Tuesday, December 24, 2013

:: LEGOLAND... *lapuk punya cerita =p ::

Err cite nie sebenarnya happen on December 2012.. Kiranya da setahun aku peram.. Ahaksss..  Tapi nak jugak hapdate.. Untuk kenangan kitorang sekeluarga. *ecehhhh macam la baca balik yang lama2 kan =p

Time kitorang pergi dulu (18 dec 2012), belum ada waterpark. Hotel die pun belum siap lagi. Al-maklumlah Legoland ni start beroperasi pada 15 September 2012. Kirenya baru 2 bulan dibuka untuk orang ramai. Itu pun aku rasa jenuh nak habis kan satu park.. Hahaha... *akak sudah tua lorrr =p.... 

Legoland ni terbahagi kepada dua park, Theme Park & Water Park.

For THEME PARK ada 7 taman tema yang oulss boleh lawati iaitu Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Lego Technic, The Beginning, Lego City dan Miniland.

1. THE BEGINNING
* Entrance & The Big Shop pusat jualan product lego



2. MINILAND
*ada banyak miniture bangunan Malaysia, Singapore &Asian.

:: KLCC ::

:: Masjid Putra, Putrajaya ::

:: Dataran Bandaraya Johor Bahru =p ::

:: Sultan Abu Bakar Mosque, Johor Bahru ::


:: Tanjung Pelepas, Johor ::


:: Taj Mahal, India ::

:: Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei ::



:: Singapore ::


3. IMAGINATION
  • Dewasa : Build & Test, Observation Tower, Lego Studio 4D, Kids Power Tower *memandangkan ada Sofia, so kitorang just masuk Lego Studio 4D je
  • Kanak-kanak : Duplo Express , Duplo Playtown
:: Dah ready nak tengok movie 4D ::

:: Duplo Playtown ::

:: Pantang nampak, mesti nak naik slide ::

:: Vromm vromm... mau jadi bikers ka Sofia?? ::

:: Pasrah je aku teman Sofia naik Duplo Express nih ::


:: Pokok pun dibuat dari Lego okehh.. curlass gitu ::


4. LEGO TECHNIC

Di sini pula ada permainan Project X (min age 7yrs),  AQUAZONE® Wave Racers (min age 5yrs), Technic Twister (min age 7yrs), LEGO Academy & LEGO® Mindstorms®.
*kesimpulannya kitorang tak pergi pun seksyen nie sebab banyak mainan yang Sofia tak boleh main.


5. LEGO KINGDOMS

Dalam Lego kingdom ni ada 2 buah roller coaster. Bagi yang baru nak berjinak-jinak naik roller coaster ni dicadangkan naik Dragon’s Apprentice (min age 4-5yrs) sebab ia tak berapa laju dan tinggi. For those yang 'hati kering' boleh la naik The Dragon sebab ia lebih mencabar, laju dan curam.

Selain tu ada juga permainan Merlin's Challenge (min age 4-5yrs), Royal Joust (min age 4 yrs) dan The Forestmen's Hideout.










6. LAND OF ADVENTURE
  • Dewasa : Lost Kingdom  (min age 3yrs), Beetle Bounce  (min age 4yrs), Dino Island  (min age 9yrs) 
  • Kanak-kanak : Pharaoh's Revenge




7. LEGO CITY

  • Seisi Keluarga : Rescue Acadamy  (min age 4yrs), Lego City Stage, Lego City Airport  (min age 3yrs) , Legoland Express, Boating School 
  • Kanak-kanak : The Shipyard, Junior Driving School  (age 3-5 yrs only)



:: Junior Driving School  ::


:: Boating School ::


:: Beratur sikit punyer lama, lebih 30min, tapi naik boat tak sampai 5min... fuhhhh ::


:: Lego City Airport ::

:: Legoland Express... chooo choooooo keretapi ::

:: Tempat untuk parking stroller juga di sediakan ::

:: Yayyyy keretapi sudah sampai.. jom naik ::

Antara model2 lego yang ada di Legoland 










Survivor tips:

  1. Sila pakai baju yang serap peluh/selesa (tak perlu la nak berhijabista bagai)
  2. Pakai kasut yang selesa (elakkan pakai heels)
  3. Bawa bekalan air mineral
  4. For parents yang bawa anak kecil ie baby, sila bawa baby fan bersama ye sebab cuaca sangat-sangat panas 
For more info berkenaan Legoland ni (ie booking tiket, booking hotel, aktiviti bagi Water Park) sila lawati website LEGOLAND MALAYSIA   

LEGOLAND Malaysia 

LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250, Nusajaya,
Johor Darul Takzim, Malaysia Service

Tel.: +607 597 8888 (Mon - Sun, 8.30am - 5.30pm)
 Service Fax.: +607 597 8804
 Generic Enquiries: info@LEGOLAND.my
Sponsorship: sponsorship@LEGOLAND.my
Media Enquiries: media@LEGOLAND.my
Online Booking: onlinebooking@LEGOLAND.my


  

No comments: