Tuesday, December 24, 2013

:: From Cendol Bakar to Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor ::

2nd March 2013 

Aktiviti jalan-jalan cari makan with bestie.. Venue Kuala Selangor

Kitorang bertolak dari rumah pukul 3.30pm. Punya la semangat.. Daripada Gombak, kitorang lalu ikut Selayang then masuk Latar Expressway. 30min dah sampai Kuala Selangor. Memang best expressway tu. Lengang je. Tapi kalau lalu sorang2 waktu malam, memang la seriau... Kekekeke... 

Lepas keluar je dari exit Kuala Selangor tu, dari kejauhan jalan dah start jem. Ada anggot RELA sedang control traffic. Ingatkan polis buat road block ke hapa, rupanya itu la simpang ke gerai Cendol Bakar nih.. Punyer la ramai yang datang sampai jalan pun jem.

Lepas dapat je parking, kitorang yang anak dara mak-mak budak ni terus cari meja. Memang pack. Pandai-pandai la duduk menyelit-nyelit kat celah-celah orang.. Hehe..

 :: Sebelah kanan untuk makan kt situ & sebelah kiri untuk drive thru ::

:: Perghhh demi mu cendol, sanggup beratur tengah2 panas ::

En Suami cakap, patut la nama cendol bakar.. Kite dah kena bakar dulu baru dapat makan cendol.. Aihh buat lawak plak laki aku nihh.. Dalam 15-20min beratur, baru la dapat cendol nyer.

:: Tadaaaa..... cendol bakar yang femes...::
 
  :: Senyum lebaq incik2 abang bile dapat cendol =p ::


:: Time ni Sofia lom ada mood lagi.. Baru bangun tido.. Fella pun ngantuk lagi tu::

:: TV3 choice =p ::

Lepas basah2 tekak, kitorang pun move to next destination.

From Cendol Bakar to Aroma Ikan Bakar...

Reach here around 5.30 pm... Saja datang awal sebab kalau hujung minggu memang ramai orang, nanti lambat pulak dapat makan dek order masuk yang banyak tu.

 :: Chomel kan pondok die.. Kalu nak makan kt pondok ni kena tempah awal & bayaran yg dikenakan untuk satu pondok RM10 - RM20 ::

Sementara tunggu makanan siap, kitorang jalan2 tepi pantai. Anak-anak la paling seronok sekali.


 :: Kakak Yaya, Kakak Farisya & Sofia ::

 :: Ewahhh anak dara aku nihhh ::


 :: Zafry, satu-satunya kumbang dalam taman =p ::
 :: Ihihihi lari sambil pegang tangan dengan kakak Yaya ::

 :: P.E.A.C.E  yoooo ::





 :: 3 maks dara & 3 anaks dara... cuba spot mana kaki aku =p ::

 :: Me n Eliz ::

 :: Me n incik suami... ::
 :: Fairuz & Farisya ::

T.H.E  F.O.O.D

 :: Sotong celup tepung, baby kailan & sup sayur ::

 :: Ikan siakap masak sweet sour ::

 :: Siakap masak stim ::

 :: Butter prawn ::

 :: Salted crab ::

Alhamdulillah.. total damage RM265.20
*RM88 per family =p
 
  
Waktu nak balik, terkejut aku tengok que orang beratur untuk pilih makanan. Punya la panjang. Nasib baik la kitorang datang awal... *fuhhh lap peluhhh... kalu tak mau gastrik aku tunggu dlm line tu.

:: Errrr tak sanggup beratur panjang2 mcm nihhh ::

Kitorang gerak pulang ke rumah around 7.45pm. Singgah solat di Masjid Jeram. Cantik masjid tu..
 




AROMA IKAN BAKAR
 Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Opening Hours: 4.00 pm to 12.00am, 
Closed on Monday once every two weeks. 
For reservation :Tel. Number: 017-316 3117/019-2084452

1 comment:

Kopiolimauice said...

bukan kata gastrik bedarah usus klu bebaris panjang camgitu...