Wednesday, March 21, 2012

:: Off to Sungai Petani ::

Am off to SP again..
Last week pun ke sana & bermlm..
Hari nie balik hari je
Ada penyerahan cek pampasan untuk nelayan
Ahad sampai Isnin nie maybe akan ke sana lagi..

So mintak maap ler kalu tak hapdate blog yerr...
Aight till then..
Daaa..

:: March Babies : Celebrating Mama's Birthday ::

Ramai betul yang celebrate birthday bulan March nie...
Happy Birthday yaaa.. =p

So kite mulakan dengan birthday mak aku..

2nd March 2012

:: Pavlova ::

:: Closed-up sikit ::

:: Birthday gurl potong kek pulak ::

Hadiah untuk mama,
Non-stick Double Gill Pan... ngeheheh...
Kata nak makan yg bergrill, tak nak yang bergoreng2 lagi..




*************************************************

Next, Amira's birthday on 14th March 2012



*************************************************

Next, my brother birthday on 18 March 2012..
Dah 22 thn dah ko ye Faiz


*************************************************

& tidak dilupakan buat Ashra who celebrated her birthday on the same day with my brother

:: Opss time nie gambar tahun 2005, dats why nampak muda belia =p ::

*************************************************

and this coming 24th & 31st March,
we will be celebrating Dalila's & Abah's birthday =p..

Wednesday, March 14, 2012

:: Chatime Now In Wangsa Walk::

Yesterday after work, I decided to bring Sofia for a walk.. So kitorang p jalan2 la kat Wangsa Walk.. Waktu naik 2nd floor, aku nampak CHATIME.. Wehuuuuu suke suke.. I've been reading so much about Chatime on FB and it seems like everyone's addicted to the bubble beverages now. Now, I heard about Gong Cha from Miera pulak.. 


Upon checking their menu, aku pening nak pilih flavor yang mana sebab too many selection. Anyway they have Mellow Milk Tea, Smoothies Series, Coffee, Energetic Healthy Juices, Oriental Pop Tea, QQ Jelly, Chatime Special Mix, Chatime Mousse and plain Fresh Tea.

Aku beli Caramel Milk Tea nd guess what, Sofia loves it too..




Petang nie nak try flavor lain pulak =p..

Tuesday, March 13, 2012

:: Mohon sedekahkan Al-fatihah buat Abdul Halim bin Nasir ::

Andai 'dia' masih bernyawa
'Dia' akan menyambut hari kelahirannya yang ke 20 pada hari ini
Namun Allah lebih menyayangimu
Hanya al-fatihah & doa yang mampu Kak Long hadiahkan buatmu dik
Semoga Allah memudahkan urusanmu di SANA..
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahanya, muliakanlah kedatangannya, lapanglah kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih"
Dear readers, 
Mohon sedekahkan Al-fatihah buat Abdul Halim bin Nasir yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 March 2012 (Ahad lepas)..
Semoga  rohnya ditempatkan bersama-sama para As-Sollihin

Monday, March 12, 2012

:: Al-fatihah Along.. Tenanglah Kau Di sana, Moga Rohmu Dicucuri Rahmat ::

 Assalamualaikum..

"Innalillahiwainnailaihirojiun," hanya itu yang mampu aku lafazkan sebaik sahaja mendengar perkhabaran dari mama yang Along, anak Pak Su meninggal petang semalam. Mama minta kami semua berkumpul di rumahnya sebelum ke HKL.

Abah, Farid, adik ku Faiz & Z, adik iparku pergi dahulu. Kami, yang perempuan gerak ke HKL selepas Asar. Tiba di sana kelihatan keluarga Pak Ngah sudah menunggu di hadapan bangunan Forensik. Kelihatan juga kawan2 Along menunggu di perkarangan bangunan tersebut. Sungguh ramai kawan-kawan arwah. Ternyata di seorang yang disayangi.

Dari cerita Mak Ngah, Along kemalangan dengan kereta CRV semasa dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Carefour, Wangsa Maju pukul 9 pagi semalam dan terus di kejarkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju tetapi terpaksa di tukarkan ke HKL disebabkan keadaannya yang terlalu kritikal. Pak Su sendiri tidak tahu yang Along telah dimasukkan ke hospital sehinggalah kawan Along memberitahu Pak Su yang die ternampak motorsikal Along tersadai di tepi jalan. From scratch, Pak Su mencari Along & nalurinya menyatakan yang Along ada di HKL tetapi ternyata Allah lebih menyayanginya, sebaik tiba apabila tiba di HKL, pihak hospital memberitahu Along telah kembali kerahmatullah. 

Hasil dari post-mortem, tulang rusuk Along patah menembusi paru-paru & limpanya. Aku sempat melawatnya di bilik jenazah, Along kelihatan seperti sedang tidur lena, wajahnya nampak tenang dan tidak terdapat sebarang tanda-tanda kecederaan di mukanya. Keadaan sedikit kecoh apabila Mak Su pengsan sebaik sahaja melihat jenazah Along.  Sebak hati bila tengok kejadian tu. Around 7.00pm aku menghantar adik aku, Zafirah & Sofia balik memandangkan selepas sembahyang jenazah, arwah akan terus di kebumikan di Tanah Perkuburan, Batu Muda. Lepas drop derang di rumah, aku terus ke HKL semula.  At that time, ramai saudara mara yang lain telah berkumpul di perkarangan bangunan. Around pukul 10am barulah jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

Sesampai di sana, kami terpaksa menunggu saudara mara Mak Su dari Kedah tiba. Aku sempat mendengar perbualan antara Mak Su & Acik yang hari jadi ke-20 arwah esok, 13 March 2012. Menurut mak su, arwah seorang anak yang pandai berdikari dan pandai mencari duit sampingan. Menurut Pak Su, beberapa hari sebelum meninggal, arwah sering tidur bersamanya. Rupanya itu petanda yang arwah akan meninggalkannya.

Aku juga dapat melihat kawan-kawan arwah bergilir masuk ke dalam lubang kubur dan bertungkus lumus mengeluarkan air yang bertakung di dalamnya *ekoran hujan yang turun tanpa henti 2-3 hari kebelakangan ni. Mereka masih setia menunggu dari tengah hari hingga lewat malam untuk memberi penghormatan terakhir buat arwah. Sebaik sahaja keluarga sebelah Kedah tiba, ikatan jenazah dibuka dan setelah selesai ciuman terakhir dari saudara mara, jenazah diturunkan ke dalam liang lahad. Pak Su menyambut arwah dari bawah.  Sebak hati aku melihat Pak Su yang kelihatan tenang mengepal2 tanah untuk disusun2 di dalam liang lahad.

Jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 11.30 malam.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Abdul Halim bin Nasir
(1992-2012)

Al-fatihah.

Thursday, March 8, 2012

:: Finally, My Customize Photobook Is Here ::

Wiiii, sungguh excited.. Yang ditunggu telah tiba.. My customize album is here.. Aku design photobook nie khas untuk Sofia, nak mengabadikan gambar2 die dari dalam perutss sampai 1 year old.. Hasrat di hati nak buat sampai Sofia 2 tahun, tapi photobook tu ada 24 pages je so tak dapat la nak tepak semua gambo dalam tu. (*nak menyiapkan 24 pg nie pon amik masa yg lama, ada hati nak  buat sampai umur 2 tahun =p) Anyway I bought this Window Hardcover photobook – A4 Landscape from Milk A Deal worth RM64.. Memang berbaloi =p..


Overall sangat berpuas hati dengan end-product die.
Kalu ada sapa2 nak order, boleh order dengan Ultimate Print Sdn. Bhd.


Wednesday, March 7, 2012

:: Alia Sofia @23rd Month ::

Scene 1
Lagu terbaru dari Cik Sofia:

"Buai ajuu aju..
Sampai okok eneee..
Ape alamm ajuuu..
Seuntum ungee cineee"

hehehe..



Scene 2

Dalam hypermarket, Sofia manage to grab Cadbury dairy milk chocolate from the shelves *note: yg paling besoo punyer bar lak tu. Aku suruh die letak balik and switch for a smaller one, pastu die cakap, "Mummy ekut"... Ewah ewah, sesedap rasa je cakap mummy K.E.D.E.K.U.T yer.. Nak kena nihh... =p


Scene 3

Bila nampak pool or laut mesti jerit2 nak mandi.. Tapi bile dah masuk, macam nie la jadik nyer..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


P.E.N.A.K.U.T  
=p

:: Cameron Highland Trip 2012 ::

Hehe.. Yup another trip to Cameron Highland from 24th Feb to 26th Feb  =p.. Kali nie pergi dengan my parents in law..Two weeks before ke sana, my MIL telefon Abi, telling him nak hantar my sister in law, Ain ke Tapah, ada kerja kawen. Kebetulan mak member Ain tu kawan kepada PIL aku. So dah alang2 menghantar ke sana, Abi suggested why don't we go to Cameron Highland lepas hantar Ain. Hehehe...

Seperti biasa, tempat yang harus kitorang singgah is non-other than BOH Tea Center Sg Palas =p.
Tak perlu la cerita panjang lebar pasal tempat nie as aku pernah cerita kat previous2 entry + sapa2 yang tengok Ombak Rindu pasti aware about this place =p






Makan2 at Sweet Memory


and of course, jln2 @ Pasar Malam Brinchang


Sebelum balik KL, singgah kenduri kawen kawan Ain @Tapah

Selamat Pengantin Baru Izwana & hubby

Tuesday, March 6, 2012

:: Our Breakfast Today ::

Feeling ala-ala Worldless Wednesday today...
Mau tepek sekeping gambar..
My bread pizza for breakfast pagi tadi 
=p



:: Presenting Lil Aaron Ayden ::

Errr dah bersawang ruper nyer blog aku nih.. My bad.. my bad.. Quite occupied with work.. Sometime rasa macam nak T.U.T.U.P je blog nih, coz seriously aku betul2 super busy even nak berjalan ke blog korang pun tak sempat..

Anyway harini aku bersiaran dari rumah coz I'm on MC leave.. But tak leh berhuha-huha coz aku kena C.O.N.J.U.N.C.T.I.V.I.T.I.S aka sakit mata.. kang kalu keluar berjalan, ada pulak yang berjangkit.. Wrghhhhh tak besttt... Lepas satu-satu sakit datang.. Last week I lost my voice due to batuk & sakit tekak.. Nie pun suara still macam BAPOK... Erghhh... Am not complaining sebab orang cakap sakit itu penghapus dosa kecil.. Alhamdulillah..

So last Saturday, aku sekeluarga (*ecehhhh ayat)  went to visit Ashra's new bundle of  joy, lil Aaron Ayden. Tsk tsk, read the name: Aaron ya'll.. Kata Ashra sebelum tau gender baby, dua malam berturut2 die mimpikan Aaron Aziz. Haha.. Yes nama memang glemer and yang penting Aaron Ayden membawa maksud:

Aaron :
The name of a prophet - Harun (Yang mulia/ Luhur)
Arabic shining light, high mountain, messenger .

Ayden :
(Turkish name)
Brilliant, Enlightened, Intelligent
  

DOB : 10th Feb 2012
TOB: 1.40 pm at 
Weight: 3.06 kg..

Alhamdulillah..
Congrats to Ashra & Enn.. 

*sedikit ralat sebab tak dapat dukung baby Aarondue to my batuk2..
Don't want lil Aaron berjangkit pulak kan..
 Maybe next time k..
Mwwuahhh..