Thursday, July 5, 2012

:: Putrajaya - FLORIA 2012 ::

Wehuuuuu Floria kali ke-5 kini kembali and kali ini bertemakan "Bougainvillea, Enduring Beauty". Sedikit fakta menarik mengenai  Bougainvillea atau nama lainnya, bunga kertas...

- Terdapat lebih kurang 100 - 120 kultivar/hibrid bunga kertas yang ada di Malaysia.
- Berasal dari Amerika Selatan, nama botani Bougainvillea spp.
- Bunga kertas adalah daripada famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bunga kertas di Malaysia - B. glabra, B. spectabilis and B. peruviana.
- B. glabra 'Mrs.Butt' telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti pula oleh B. 'Mrs. Mclean' pada tahun 1933.

Anyway tak sangka dapat juga ke Floria nie sebab sepanjang minggu pameran (30 Jun 2012 - 8 Julai 2012) aku agak busy. Last weekend aku ada kursus di Port Dickson, this weekend pulak aku kena pergi audit di Kelantan & Terengganu. Tiba-tiba je time kursus last week, bos keluarkan arahan pada kitorang untuk pergi ke Floria on Monday & ambil gambar bunga2 kat sana as ada a few of our project ada landscape. *Pucuk dicita ulam mendatang beb.. Miahahah... Haruslah beronggeng secara berjemaah dengan geng2 bahagian =p.. Siapa lagi kalau bukan dengan Kak Uyun, Ikin & Fiza.

So jom layan gambar,


:: 1 Malaysia =p ::

:: Konon2 chomel la kan, boleh buat gambar cover album... Haha ::





:: Cactus.. chomel ::

:: Dalam banyak2 tempat, aku paling suka Majlis P.Pinang nie punyer konsep ::

:: Theme 'Under The Sea' ::

:: Pelbagai orkid ::

Sedikit tips untuk sesiapa yang nak ke sini, sila datang awal pagi especially for those yang bawak anak kecil  sebab bile dah masuk tengah hari, cuaca memang panas terik.. Macam nak menggelegak otak. Bawa la kipas + air mineral  + tisu and sila pakai pakaian yang selesa sebab confirm baju korang akan basah lecun dek peluh. Serious nihh...

So apa lagi, jom ramai2 pergi ke Floria. Tinggal a few more days sebelum pameran tamat, kalau terlepas next year mesti ada lagi =p. Anyway ni kali ke-3 aku attend event nie, kalau nak tengok pameran yang lepas, boleh tengok kat sini, 2010 & 2011.

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012 

Tarikh: 
30 Jun - 8 Julai 2012

Tempat: 
Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya 

Tema: 
Bunga Kertas - Tetap Menawan 

Masa Festival: 
9.00 pg - 10.00 ptg (Isnin - Khamis) 
9.00 pg - 12.00 tgh mlm (Jumaat - Ahad) 

Masuk adalah PERCUMA



:: Peta laman Floria ::
Sila rujuk petak yang bertanda 'P' untk parking
 
 

7 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

ALOOOOOHHH...CANTIK NYER!! :)

mama tisya said...

cantik smua gmbr..tk pernah pn pegi sbb jauhhhh:-p

Nur Hareza said...

parking mcm mana yani?

♥ Wina ♥ said...

paradise on earth gitu!

Iryani Noor said...

Mrs Eady:
kan kan... meh la pegi sini.. =p..

********************************************

Mama Tisya:
pegi la ujung minggu.. tp make sure pagi2 tau sbb by noon, panas terik..

******************************************

Reza:
parking ada kt depan taman tu.. reza boleh refer plan yang yani ada letak kt dlm entry nihh =p..

*********************************************

Wina:
kan kan =p.. sgt colourful..

Em's Family said...

aku pun ada banyak gile nak stori mori.. tapi tak dak time.. by the time, best tu keje pi floria hehehee..

Nina Johari said...

sangat2 cantik... ku tertarik.. terpukau.. :)


*follow me for making friends! http://websitenina.blogspot.com