Monday, March 12, 2012

:: Al-fatihah Along.. Tenanglah Kau Di sana, Moga Rohmu Dicucuri Rahmat ::

 Assalamualaikum..

"Innalillahiwainnailaihirojiun," hanya itu yang mampu aku lafazkan sebaik sahaja mendengar perkhabaran dari mama yang Along, anak Pak Su meninggal petang semalam. Mama minta kami semua berkumpul di rumahnya sebelum ke HKL.

Abah, Farid, adik ku Faiz & Z, adik iparku pergi dahulu. Kami, yang perempuan gerak ke HKL selepas Asar. Tiba di sana kelihatan keluarga Pak Ngah sudah menunggu di hadapan bangunan Forensik. Kelihatan juga kawan2 Along menunggu di perkarangan bangunan tersebut. Sungguh ramai kawan-kawan arwah. Ternyata di seorang yang disayangi.

Dari cerita Mak Ngah, Along kemalangan dengan kereta CRV semasa dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Carefour, Wangsa Maju pukul 9 pagi semalam dan terus di kejarkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju tetapi terpaksa di tukarkan ke HKL disebabkan keadaannya yang terlalu kritikal. Pak Su sendiri tidak tahu yang Along telah dimasukkan ke hospital sehinggalah kawan Along memberitahu Pak Su yang die ternampak motorsikal Along tersadai di tepi jalan. From scratch, Pak Su mencari Along & nalurinya menyatakan yang Along ada di HKL tetapi ternyata Allah lebih menyayanginya, sebaik tiba apabila tiba di HKL, pihak hospital memberitahu Along telah kembali kerahmatullah. 

Hasil dari post-mortem, tulang rusuk Along patah menembusi paru-paru & limpanya. Aku sempat melawatnya di bilik jenazah, Along kelihatan seperti sedang tidur lena, wajahnya nampak tenang dan tidak terdapat sebarang tanda-tanda kecederaan di mukanya. Keadaan sedikit kecoh apabila Mak Su pengsan sebaik sahaja melihat jenazah Along.  Sebak hati bila tengok kejadian tu. Around 7.00pm aku menghantar adik aku, Zafirah & Sofia balik memandangkan selepas sembahyang jenazah, arwah akan terus di kebumikan di Tanah Perkuburan, Batu Muda. Lepas drop derang di rumah, aku terus ke HKL semula.  At that time, ramai saudara mara yang lain telah berkumpul di perkarangan bangunan. Around pukul 10am barulah jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

Sesampai di sana, kami terpaksa menunggu saudara mara Mak Su dari Kedah tiba. Aku sempat mendengar perbualan antara Mak Su & Acik yang hari jadi ke-20 arwah esok, 13 March 2012. Menurut mak su, arwah seorang anak yang pandai berdikari dan pandai mencari duit sampingan. Menurut Pak Su, beberapa hari sebelum meninggal, arwah sering tidur bersamanya. Rupanya itu petanda yang arwah akan meninggalkannya.

Aku juga dapat melihat kawan-kawan arwah bergilir masuk ke dalam lubang kubur dan bertungkus lumus mengeluarkan air yang bertakung di dalamnya *ekoran hujan yang turun tanpa henti 2-3 hari kebelakangan ni. Mereka masih setia menunggu dari tengah hari hingga lewat malam untuk memberi penghormatan terakhir buat arwah. Sebaik sahaja keluarga sebelah Kedah tiba, ikatan jenazah dibuka dan setelah selesai ciuman terakhir dari saudara mara, jenazah diturunkan ke dalam liang lahad. Pak Su menyambut arwah dari bawah.  Sebak hati aku melihat Pak Su yang kelihatan tenang mengepal2 tanah untuk disusun2 di dalam liang lahad.

Jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 11.30 malam.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Abdul Halim bin Nasir
(1992-2012)

Al-fatihah.

10 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah Buat Cousin Yani.. Allah lebih menyayngi dia... Sabar yer...

ninieZUERYANNIE said...

slm takziah.. sedih plk..

Syigim said...

Al-Fatihah. moga rohnya dicucuri rahmat, dan Allah beri kekuatan pada keluarganya.

Em's Family said...

Al fatihah.. salam takziah untuk keluarga.. muda lagi.. moga roh Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh

kak ijan said...

Salam Yani,
Al Fathihah buat arwah. Semoga rohnya tenang di sana. Masih muda, tentu lah ibu ayah dan keluarga sedih dengan pemergiannya. Semoga mereka terus tabah.

ashra said...

sedih dan sebak.
mudahan keluarga dberi kekuatan dan ketabahan.
moga rohnya dcucuri rahmat.amin.

al fatihah

Iryani Noor said...

Dear all,

thanx korang..

Nurul Aini said...

Sedihnya baca.. al-Fatihah..

Yaya said...

Alfatihah. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. ya Allah sedihnya baca, meleleh air mata. last wk on wkdays aku balik site visit makan dkt dgn tmn melati kot kalau tak silap..ada accident motor, dah terkulai meninggal kat jalan. lalu2 sebelah tgk dah ttp pakai plastik hitam tu, nampak kepala dah leper, darah meleleh kat jalan. mesti kepala pecah ke apa tu..nampak mcm melayu pakai bj kerja. sedih tgk, terbayang kalau org tu ada anak bini yg tgh tunggu kat rumah tau2 ayah dia meninggal..:(

Iryani Noor said...

Yaya:
tu la beb.. mmg sedih sgt.. terbayang2 lg time nk kebumikan arwah aritu..