Thursday, June 30, 2011

:: Kacang Pool ::

Korang pernah makan kacang pool??? Tiap tiap kali aku turun JB, mesti aku minta Abi bawak makan kat sini *berdekatan dengan balai bomba larkin ... Actually kacang pool ni makanan Arab made of kacang parang cooked with spices & dimakan dengan roti + telur mata kerbau. So sapa2 ada G6PD tak boleh makan ye..

:: Kedai kacang pool haji ::

:: Kacang parang + daging cincang + telur mata kerbau ::

:: Dimakan dengan roti ::

:: Seleranyer orang tu makan ::

:: Sofia pun suka juga =p ::

Anyway, aku baru je googled, rupa nyer kacang pool haji nie ada buka satu branch kat KL.. Hoyeahhh.. Harus ajak Abi terjah tempat ni.. Tapi kalu tak silap harga die mahal sikit dari kedai kat JB.. RM6 satu set.. Kalu kat JG baru RM4 satu set.. Tak pe la, dari nak turun JB jauh2 kan.. Hehehehe....

Kacang Pool Haji
D-G-07 Ritze Perdana,
No 5 Jln PJU 8/2,…
Bandar Damansara
47820 Petaling jaya
Selangor

Wednesday, June 29, 2011

:: Transformers: Dark of the Moon ::

Back from work, aku terus headed to Wangsa Walk.. Dating dengan hubby.. Kitorang tengok citer Transformers (5.10pm).. Sangat sangat best.. Mula2 macam a bit slow, tapi bile masuk je part action, aku tak sempat nak bernafas... Tersangatlah best.. Enough said...


*kurang best sebab Megan Fox xder..

P/S : Habis je citer nie, semua org applause.. So korang dapat bayangkan betapa best nyer citer ni...

:: Curry Puff ::


:: Curry puff ::

Balik je dari Langkawi, terasa macam nak membaking something yang pedas2.. Dalam kepala nie dok terpikir puff.. So terus beli pastry segare kat Cold Storage, Wangsa Walk.. Pastry jenama Kawan nie ada dijual di sesetengah Giant & Carefour.. Satu paket dalam RM3.80++ *kalu tak silap..

Bahan-bahan
  • 2 paket pastri segera ( aku guna brand Kawan)
  • 1 biji kuning telur untuk sapuan

Untuk Inti
  • 300 gm daging
  • 4 ulas bawang merah *dikisar
  • 2 ulas bawang putih*dikisar
  • 2 ulas bawang putih*dikisar
  • halia*dikisar
  • 1 peket rempah kari daging – cairkan dgn sedikit air
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 biji kentang * potong kiub
  • 1 biji bawang besar * potong kiub
  • daun kari
  • garam n gula secukup rasa

Cara penyediaan Inti
  1. Goreng daun kari dan masukkan bahan yang dikisar .Masakkan hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah kari . Masak api kecil hingga agak garing.
  3. Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas kentang dan daging. Masak hingga pekat atau hampir kering.
  4. Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan bawang cincang dan masak hingga pekat. Gaul rata dan angkat. Sejukkan.

Cara melipat pastry
  1. Isikan inti ditengah2 pastry dan lipat bentuk “V”.
  2. Tekan keliling pastry dengan garfu.
  3. Atur di loyang pembakar dan sapu atasnya dengan campuran telur.
  4. Akhir sekali bakar puff di dalam oven pada suhu 180 darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas.
:: Lipat bentuk V ::

:: Tekan keliling pastry dengan garfu ::
*pastikan xde minyak ye.. Nanti time bakar takut pastr tu terbuka

:: Sapukan sedikit telur kuning sebelum bakar ::

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

After 30min

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADA


*Puff ku siap sebelum midnight =p

Tengah aku membaking tu, Abi ajar Sofia atas tikar alphabet... Sekejap mouse la, kejap dolphine la.. Sekali aku dengar Abi bising kat Sofia..

Abi: Sofia jangan pegang tempat tu... Harammm...

Aku pun jenguk la 2 beranak tu tengah buat ape.. Rupe nyer tangan Sofia tunjuk kat Ba Alif Ba Ya... Miahahahaha.. Owh maceh kepada K.Nur yang sudi hadiahkan tikar nie untuk Sofia.. Kalu korang ingat ENTRY nie, Sofia terpilih sebagai salah seorg pemenang untuk Anakku Cute With Romper Contest anjuran NurShahFamily. Very useful and Sofia suke baring atas tikar nie.. Maybe sebab kaler die yang vibrant kan...

:: E for elephant ::

:: Untuk Sofia, mummy buatkan apple puff =p ::

Cara buat inti:
  1. Apple dipotong dadu
  2. Gaulkan dengan brown sugar, cinnamon & sedikit parutan keju
  3. Isikan dalam pastry & bakar
:: Oppsss sorry Sofia, apple tu terhangus sikit.. Hehehe =p ::

:: Happy Birthday Yaya :;


Entry nie khas buat sahabatku Noor Hidayah Sanusi..
H/P aku tertinggal kat umah la babe..
Disebabkan aku tau ko rajin baca blog aku, so aku wish dalam blog ekk..

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To Yaya
Happy Birthday To You

Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki...
Amin..

Tuesday, June 28, 2011

:: Langkawi Trip ::

Last week, I was instructed to go to Langkawi untuk dengar taklimat on flood forecasting. Bile pergi secara solo ni rasa macam tak best la kan.. Lagi2 pula tak ada member perempuan nak berjalan kat sana... So end up bile nak pergi shopping aku terpaksa tagged along dengan budak2 lelaki.. Tu pasal la aku leh joiun derang tengok KL Gangster *boring weyh kalu duduk kat bilik sorang.. Hahaha..

1st & 2nd day kitorang just berjalan di pekan Kuah.. Beli choc & souvenir.. Anyway on my last day kat sana, baru la dapat berjalan keliling pulau. Tapi memandangkan masa sangat pack, so aku dapat pergi ke 2-3 location sahaja...

#1. Dataran Land @ Eagle Square

:: Dataran Lang ::

:: Nie la bonzer2 aku kat sana =p ::

:: Nak submit gambar nie untuk pencarian Hero Remaja katanya.. ::
*opsss jangan marah Zahar

:: Tak der org nak tolong amik kan, so terpaksa syiok sendiri =p ::

#2. Makam Mahsuri

Opening hours
Open 9.00 am to 5 pm

Entrance: RM5 adult

Address:
Kota Mahsuri,
Kampung Mawat,
Mukim Ulu Melaka,
07000, Langkawi,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

:: Makam Mahsuri ::

:: Al-fatihah ::




#3. Langkawi Cable Car

Aku tak berkesempatan untuk naik cable car sebab time sampai sini around 3pm.. Flight aku kul 5pm.. Dari sini nak ke airport takes 20min... *ada gak aku miss flight nanti

Aku: Dik berapa lama nak sampai atas ekk??
Staff : Depends kak.. Kadang2 15 min, tapi kalau windy maybe lama lagi.

*kiranya, dari naik sampai la turun semula ada dekat 45min++ kot.. Lepas aku tolak/timbang/bahagi last2 tak jadi naik.. Lagipun kalu naik time tu agak rugi sebab kena bayar RM30/pax.. If naik after 5pm, baru RM15/pax.. Furthermore staff kat situ cakap, kalu nak naik better time petang sbb scenery die cantik *time sunset memang cantik wooo.. So aku suggest kat bebudak laki tu, ape kata hantar aku dulu kat airport, then pegi semula kat tempat nie.. *derang nyer flight kul 8pm.. So still banayk masa lagi


Anyway, kalu korang jalan2 kat sana antara barang yang HARUS korang bawa balik...

:: Chocolate is A MUST ::

&

:: Minyak gamat ::

:: Bahan2 minyak gamat... ::

:: Akar Siti Fatimah ::
*saja buat stock.. Kot2 ada sapa2 nak bersalain =p


Monday, June 27, 2011

:: Family Day @ Desa Waterpark::

On 18 Jun 2011 (Sabtu), ofis aku buat Family Day @ Desa WaterPark.. Pendaftaran bermula dari pukul 8.00 pagi tapi biasa ler bila bawa anak-anak dara adik2 aku, harus la tiba lambatkan.. Nasib baik urusetia still ada kat kaunter pendaftaran tu *rasa nyer kitorang org yang terakhir mendaftar kot.. So lepas ambil pas masuk, goodie bags and no lucky draw kitorang terus masuk dalam.. *no luck draw tu kena ptong 2.. satu kasi pd urusetia & satu lagi kite pegang.. Sebab dah kelam-kabut time mendaftar tu, adik aku lupe nak kerat and die kasi 2-2 tu balik pada urusetia.. Tapi nasib baik adik aku sempat tulis nama aku pada kertas tu..

:: Ambil gambar dulu dengan banner ::

Aku tak join mana2 game pun sebab peot... Hehe.. So time derang sibuk2 dengan game tu, aku layan adik2 aku, Abi & Sofia mandi... Sambil2 tu aku tolong jerit, beri sokongan kat team merah (team KP tu ). Hahaha aci la kan...

: Sofia takut dengan air pancut tu.. Hehehe ::

:: Seronok nyer dia main air ::

:: Konon2 nak jadi model la ekk ::

:: Muka budak gayat naik pelampung buaya ::

Pastu adik2 aku sewa boya (double) for RM12... Bile pulangkan boya tu balik, deposit RM5 akan dipulangkan..

:: Sofia mana muat duduk dalam boya tu ::


We really enjoy ourselves there.. Sofia la paling seronok sekali main air.. Pastu bile tengok bos2 sporting gile main game sama2 dengan staff, rasa best sangat... Ye la bukan selalu korang nampak bos melompat2 dalam guni kan... *Haha chomel jer...

:: Sofia berenang2 dengan daddy ::

At 12 pm, time semua sedang menikmati lunch, MC bacakan no untuk luck draw.. Sebanyak 60 hadiah disediakan untuk luck draw & hadiah grand prize akan memenangi basikal kat bawah nih...

:: Hadiah Grand Prize idaman semua ::
*aku tak tau la jenama basikal nih.. hehe

Aku tak meletakkan sebaranag harapan untuk menang apa2 as aku nie memamg selalunyer tak bertuah la.. Hehhee.. Lagi pun, aku tak ingat no lucky draw aku as adik aku lupe nak ambil keratan kertas yang tulis no lucky draw aku.. Tup tup, bile MC tu sebut, "No yang berikut nya 065 - Nur Iryani Mohd Noor".. Erkkk... Tergamam kejap, sampai adik aku sepak kerusi aku baru aku bangun pegi amik hadiah.. Hehehe... *macam tak percaya

Nak tau aku dapat ape??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADA
3rd Grand Prize

:: Voucher percutian ke Permai Hotel for 2D 1N @ Terengganu ::

:: Valid sampai 31st September 2011 ::

Alhamdulillah.. Rezeki jangan di tolak beb.. Cuma tarikh valid voucher ni macam suntuk sangat.. Ye la bile nak plan pergi Terengganu kan.. Jauh satu hal, puasa pun dah nak dekat nih.. Pastu bulan September kan musim raya, takkan nak berjalan kat sana lak kan.. Pikir2 macam nak jual je voucher tu.. Ada sapa2 nak beli ??

:: Sofia beramah mesra semua yang ada kat situ ::
*aku sgt selekeh dengan baju panda tu..
dah tu je baju kaler merah yang aku ada


Sebelum balik, winners bergambar dengan ketua2 kumpulan..

Pemenang pertama : Rumah Kuning

:: Bergambar dengan TKP1 - Dato' Nordin ::

Pemenang ke2 - Rumah Merah

:: Bergambar dengan KP - Dato' Ahmad Husaini ::