Friday, February 25, 2011

:: Macaroon owh Macaroon ::

Korang pernah makan macaroon??... Sedap weyhh.. You should try.. Actually time peknen kan si Sofia aku memang mengidam nak makan macaroon nie..*aku salah kan Yaya sebab tunjukan gambo macaroon tu kat aku =p... But at that time susah sangat nak jumper kat Malaysia.. Kalau ada pun budak tu kena order dari UK... Aii bile plak nak dapat kan?? Last-last ku pendam kan saja rasa mengidam itieww..

Tapi lately nie banyak betul org buat post pasal macaroon baik dalam blog or FB.. Mana-mana blog yang jual cupcake, mesti ada jual macaroon gak. Pendek kata macaroon nie adalah pemanis mulut yang HARUS korang try. Makanya harus la aku tidak ketinggalan mencari macaroon nie. Hajat di hati nak try makan @Whisk, Empire Subang. Tapi jauh sangat nak ke sana. Finally, on 18 Feb 2011 merasa juga la makan macaroon nie... Aku order from Alia Mustapha *ada dalam friend list FB aku..

:: Macaroonssss ::

:: Very sinful ::

Yang nie pulak dibeli @Harrods KLCC semalam.... Serious sedap.. Ada 6 perisa, but yang paling sedap harus la Choc =p... *nie Shah punyer pasal la akak beli =p


Peringatan: sesiapa yang tak tahan manis/ada kencing manis tidak digalakkan makan macaroon nie.. Memang sangat manis hokehh... Tapi sedap =p

*next in list nak try makan Red Velvet Cake pulak.. owwhhhhh best nyer kalu dapat =p...

Wednesday, February 23, 2011

:: Si Masam ::


Ini lah ghuper budak masam yang baru bangun tido....
=p


mummy luvssss u


Tuesday, February 22, 2011

:: Mr & Mrs Zahirul ::

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, my darling sister sah bergelar isteri kepada Mohd Zahirul Naqi pada 19 Februari 2011 di masjid Al-Hidayah Tmn Melawati =p... *fuhh kawen pon adek aku nih =p... Anyaway Zack nie was her high school sweetheart... But when she further her study in US, derang break sekejap.. Tapi orang kata kalau dah jodoh tak ke mana kan.. when she returned back to M'sia, derang sambung couple balik =p..

Anyway here's some piccas on that day





Just wanna wish both of you:

"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"

Moga melonjakkan lagi amal dakwah kalian insyaAllah.
Juga beroleh mawaddah, sakinah wa rahmah dalam rumahtangga.
Ameen..

Sorry tengah banyak kerja nih...
Will update more later k..


Friday, February 18, 2011

:: She's Getting Married =p ::

Sorry for the longgg silence...
had been busy with my sister's wedding preparation
will update more later..
in the meantime, enjoy some of their pre-wed pic =p

Sha & Zack




"Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau permudahkanlah majlis perkahwinan adikku
esok"
Amin...

Wednesday, February 9, 2011

:: "Assalamualaikum Nur Iman" ::

Alhamdulillah,
Allah telah permudahkan segala urusan Ashra utk "melahirkan" baby Nur Iman
malam semalam di Hosptital Putrajaya secara normal..

Jenazah Nur Iman akan disemadikan harini di Simpang Renggam, Johor.


Hatiku tersentuh apabila menerima text dari Ashra:
"Dengan ucapan "Assalamualaikum" aku mengucup dahi "Nur Iman" dalam keadaan jenazah di tutup... Meredhakan pemergiaannya.. Deep down in my heart, I noe, she's cute, just like her sister"
*nanges*
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Moga Ashra sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..
Al-fatihah buat Nur Iman..

*saat2 kelahiran nur Iman boleh dibaca di SINI

******************************************************************

Hope this article will put a smile on your face..

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Sunday, February 6, 2011

:: My Prayes Will Always Be with You ::

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi.
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Semoga segala urusan Ashra esok dipermudahkan..
Amin