Monday, January 24, 2011

:: Buat Ashra - Tabahlah Wahai Sahabat ::

Keseronokan bercuti ke Melaka seminggu lepas bagai diragut apabila menerima berita dari Ashra yang dia telah kehilangan baby yang dikandungnya (7bulan). *I was dumbstruck by what I heard. Menurut Ashra punca kematian baby masih tidak diketahui.

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan. Kau & Enn adalah orang yg dipilih oleh Allah utk menerima ujian sebegini... Yang dirasakan layak dan mampu menangani ujian tersebut.... Anggap lah apa yg berlaku adalah suratan hidup. Allah ada sesuatu yang lebih indah dijanjikan untuk kau & Enn.. Ada hikmah disebalik semua ini. Hidup mati kita dah ditentukan olehNYA... Semuanya telah tersurat. Semoga kau redha dengan pemergian Nur Iman.

"Ujian-ujian Allah itu justeru menaikkan darjat hambaNya; seperti mana Allah menaikkan rasul-rasul Ulul Azmi kerana hebatnya cubaan yang diberikan ke atas mereka yang telah berjaya dilalui dengan SABAR.

Semoga Allah membalas kesabaran kalian dgn kebaikkanNya di dunia dan akhirat"

Buat sahabatku.... Tiada kata atau perilaku yang boleh kuberikan untuk mengurangkan pedih, sedih, sayu dihatimu kerana kehilangan puterimu di saat ini... Hanya doa yang boleh kupohon... Yang pasti puterimu adalah bidadari di sisiNya.... Al-fatihah dariku buat Nur Iman....

"Kita minta kepada ALLAH setangkai bunga segar,

DIA beri kita kaktus yang berduri,

Kita minta kupu-kupu..

DiberiNYA ulat..

Kita rasa kecewa dan sedih.. Tapi masih tetap bersabar..

Namun, tak lama kemudian...

Kaktus itu berbunga indah sekali

Ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik

Begitulah cara ALLAH mengasihi kita.. Selalu indah pada setiap waktu.."


Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan

kadang2 kita sedih, terluka

tapi jauh di atas segalanya..

Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita


Kawan-kawan, tolang doakan semoga Ashra selamat melahirkan baby Nur Iman pada Selasa ini. Gyne Ashra memberi option padanya untuk bersalin secara normal. Jika diizinkan Allah, baby nyer akan mengecut sendiri dan menurun untuk memudahkan bersalin normal.

*Knowing her for almost 11years, Ashra adalah seorang yang "fragile" dan tapi alhamdulillah, selepas melawatnya semalam, dia kini sudah kembali tenang dan redha dengan pemergian puteri ke-2nya. Be strong ye Ash. Just gimme a call whenever u need me. Kawan2 semua sentiasa support ko.

Friday, January 21, 2011

:: Melaka Part 2 - Percutian Berama-ramai Sebagai Pembuka Tirai 2011 ::

Keesokkan harinya kitorang turun breakfast around 9am. Masing-masing muka segar even though malam sebelumnya tidur around 3am. Anak-anak pun sangat2 cooperative and tak meragam. Alhamdulillah.

:: Sofia yang sedang menikmati biskut baby bite ::

:: Oit, awak makan ape tu Sofia?? Keluarkan cepat!!! ::

:: Ayesha's attempt to pout ::
*Wah gelak besar Ashra kat belakang tu.. Ape la yang seronok sangat tu??

Dah settle kemas-kemas barang + panaskan makanan anak, kitorang terus check out. Destinasi yang dituju haruslah ke Kota A'famosa. Tak lama pun kitorang kat sana, just nak bergambar. Ye la dah alang-alang sampai sana kalau tak jalan kat A'famosa nie macam tak lengkapkan. Itu pun kitorang jalan2 area bawah sahaja. Tak larat nak naik tangga tinggi2 ke kubu A'famosa tu. Dah tu masing2 bawa stroller, tak larat nak mengangkut ke atas =p.. Next time je la yer Sofia =p..

:: Daddy & Sofia ::

:: Anak-anak ::

:: Mummy & Sofia yang tak nak senyum ::

Drama sebabak

"Cepat Sara, nanti tertinggal ketapi" =p

"Mana daddy nie?? Kata nak datang jemput..."




:: Yaya, Aqsa & Ayesha ::

:: With Ashra ::

:: Ehh korang salah anak la =p ::



:: with Osya ::


:: Huru-hara bila jalan ramai2 mcm nie ::

Sebelum berangkat pulang, kitorang singgah makan di kedai Asam Pedas Orang Kampung. Kalau korang jalan2 di Melaka, singgah la makan kat restaurant nie. Memang recommended sangat. Asam pedas die memang superb.. Bak kata Ham, "Nie besok kalau ambil air sembahyang subuh pun boleh bau lagi asam pedas kat tangan". Wakakakaka... Satu lagi hidangan yang korang patut try is ketam masak lemak.. Walauwehhh.. Sangat sedap and berbaloi la dengan harga 16hengget seekor.

Yang best nyer, time kitorang makan tu, tiba2 nampak kelibat seorang artis nie, M.Nasir beb... Sangat bergaya dengan topi ala2 koboi tu. Handsome okehh =p.. Tapi malang nyer sorang pun tak bawak camera.. Waaaa.... Nape la aku p tinggal camera kat dalam kete..

Lepas makan, kitorang pun say good bye. Insya-allah ada rezeki kite buat gathering macam nie lagi ye kawan2 =p.. Tapi next time kite buat 3h2m ye. Sebab kalau 2h1m memang tak puas berjalan + bergosip =p..

Last but not least
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar 2008
:: Slim shady =p ::

:: jump jump.. ::
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar 2011

:: Sopan je semua ::
miahahahaha dah xbrapa slim & dah tua la nak lompat2

THE END

:: Melaka Part 1 - Percutian Berama-ramai Sebagai Pembuka Tirai 2011 ::

Ramai yang tertanya-tanya ke manakah destinasi percuti yang aku post kat SINI. Jeng jeng jeng... Jawapan nyer MELAKA BANDAR BERSEJARAH... Actually sebelum nie pun aku pernah buat entry pasal hotel nie kat SINI.

So percutian ni melibatkan 4.5 family.. *Ina & Feruz tak dapat hadir sebab anak derang, Farisya demam. Husband Osya, Jai pula tak dapat join sebab kerja. Hmmm sedih sebab tak cukup korum tp xpe insya-Allah ada rezeki kite buat gath mcm nie lagi yer =p.

Anyway, kitorang dah janji nak jumpa di R&R Jejantas Air Keroh @ 11am. So pagi tu lepas settel masak bubur Sofia, kitorang terus gerak ke Bandar Tasik Selatan untuk pickup Osya. Tiba di R&R Jejantas Air Keroh around 11.20am.. Sori2 terlambat. Maklumla kereta aku tu semput sikit.. Ngahahha


:: OTW ke rumah Osya ::

Sampai2 je Melaka, terus cari kedai asam pedas yang fofular kat Melaka nie, Hajjah Mona Asam Pedas @ Kota Laksamana, Melaka. Berpusing2 juga la nak cari kedai nie. Tapi agak disappointed sikit dengan rasa die.. Maybe bukan taste aku kot =p. Anyway kedai nie walking distance je form Jonker Street.

:: Promoter yang tidak dibayar ::
*opsss sori Enn =p

Then lepas lunch terus check-in. *malas nak berjalan2 di bandar Melaka as gathering kali ni is meant for get together and relax. Kitorang duduk di Everly Resort. Actually, kitorang book 3 units of family suite time Matta Fair bulan September tahun lepas. *semangat kan =p . Every unit ade 2 rooms and a living area. So 2 families for each unit.

Suite 1 = Yaya's Family + Ashra's Family
Suite 2 = Mine + Eliz's Family + Osya
Suite 3 = Kosong *just ambil towel & gebar.. hehehee




Around 4pm, kitorang mandi pool. Anak2 sangat suka berendam. Bapak2 tak payah cakap la, seronok melayan anak2 mandi =p. Sampai kecut2 kaki & tangan derang.

Mandi Time
:: Suka nyer Sofia main air ::

:: Ashra @ 7mnth preggi ::
*ko bergosip ngan sapa tu Ash??


:: Seronok Cica main air ::

:: Mak2 budak melayan anak2 ::



:: Bibik of the day.. miahahaha ::
*sori Osya =p

Then lepas mandi pool, kitorang keluar untuk dinner @ Muara Anjong Batu. Sebelum tu sempat singgah pekena Coconut Shake @ Klebang. Masyuk beb.. Nak2 kalu minum time panas terik. Nasi lemak die pun boleh tahan gak. *ada org tu makan sampai 2bungkus =p



Dari gerai Coconut Shake, kitorang terus gerak ke Muara Anjong Batu. It takes around 45-60min untuk ke sana. Tima kasih kepada Cik GPS sebab tanpanya pasti kami sesat =p. Actually kitorang nak dinner @ Umbai, tapi atas nasihat abg gerai coconut shake tu, kitorang tak jadi makan kat situ. Umbai cekik darah katanya.

:: Restoran Ikan Bakar Muara Anjong Batu ::

:: Pilih ikan ::

:: Siakap masak 3rasa ::

:: sotong salut tepung ::

:: Siakap bakar ::

:: Kepah masak cili ::

:: Nie baru sebahagian lauk, ikan pari + kerang bakar belum sampai lagi ::

Next kitorang ke Melaka River Cruise pulak.





Pemandangan dari boat
:: Lukisn dinding mengisahkan zaman Kesultanan Melayu Melaka ::

:: Jambatan Hang Tuah ::

:: Jambatan Hang Tuah ::




Walaupun nie kali ke-3 aku naik boat nie, tapi aku seronok sebab yang penting aku dapat berborak dengan member2.

:: See bergosip tak hengat punyer sampai kecik2 mata Ashra =p ::

:: Smile =p ::

Lepas je boat ride, kitorang terus balik ke hotel and sambung bergosip sampai pukul 3am. Anak2 pulak seronok bermain sampai tak nak tido.. Hehehe... So untuk hari ke2 akan disambung ke next entry =p.