Thursday, November 3, 2011

:: Our Simple Dinner... Ayam Panggang Yogurt Berempah ::

  Ayam Panggang Yogurt Berempah


Grilled Chicken in Spiced Yogurt 
Source : Potret Kasih
 
Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran  jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji  ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan  lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan
  1. Satukan semua bahan2 di atas.
  2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
  3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
  4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
  5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
  6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!
If kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! Boleh buat sendiri… Caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.




2 comments:

ashra said...

hehe.teringat aritu duk beli yogurt la..nak buat resepi ni makan dgn nasi karet dan lain2 lauk.dek kerna tangguh punya tangguh..last2 yogurt ku expired sudah..haha

Iryani Noor said...

Ashra:
eheheh sayang la yogurt tu.. wei nasi karet tu canner?? mcm best je.. nnt dah buat jgn lupe upload k..