Wednesday, September 14, 2011

:: Red Velvet di Hari Raya =p ::

Bersambung dari entry 3rd Syawal, nie la recipe red velvet:

:: My 3rd attempt =p ::
*credit to my SIL, Nur sebab tolong letakkan topping tu.. kalu harap aku comfirm comot

Bahan A (di ayak bersama)
375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C
350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)
 
Bahan D -
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream
2 tbsp jus lemon


Cara buat kek :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang.  
  2. Satukan Bahan A, ketepikan.  
  3. Pukul Bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati. 
  4. Bagi Bahan D, Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.Kemudian cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.
Cara buat topping :

  1. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang.
  2.  Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Pukul hingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan whipped cream  dan jus lemon,  putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
  4. If  adunan kelihatan cair, boleh sejukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

=p

9 comments:

InaAchik said...

akak... nak gi raya rumah boleh?
#ngan harapan nak makan red velvet akak! :p

~ana~ said...

salam singgah...
nak tnya, mascarpone tu mcm mn erk rupa bentuk dia? biasa kalau kat kedai bhn2 buat kek ni ada jual x?

kat mn u biasa beli mascarpone ni?

Iryani Noor said...

Ina:
wah insya-Allah boleh.. next time akak buat cake nie, akak colling2 ina k =p..

*********************************************

Ana:
nnt kite upload gambar die.. mascarpoon nie leh dpt kt kdai bhn2 jual kek.. selalu nyer kite beli kt kedai Bagus.. tp die cpt abes stock... kalu tak, kat Cold Storage pun ade jual gak, tp mahal dlm 1-2hengget kot..

A.Y.U.Z.A.I.N.I said...

yani.. red velvet tu cume mewakili kaler merah je ke... sbb bhn2 dia pakai coco jugak n cume tambah coloring merah je eh..

Iryani Noor said...

Ayu;
beb aku kurang paham la ngan statement ko.. tp aku leh ckp RV nie pakai coloring merah + koko sbb die nk dpt kaler merah bata tu.. pastu beza die ngan kek2 lain is topping cream cheese die tu...

mama tisya said...

yg atas kek color merah tu apa?

A.Y.U.Z.A.I.N.I said...

owh.. xpaham eh.. aku pon xreti camne nk tanye... heheh..maksud aku, name kek ni red velvet sempena kaler kek dia jelah eh.. merah bata plus topping cream cheese.. aritu bdk utm viking ade jugak buat kek ni.. sedap jugak rsnye.. tu yg aku rs cam nk buat... alang2 ko dh kasi resepi ni, blehla try..

A.Y.U.Z.A.I.N.I said...

1 more question... antara 2 lapisan kek tu, ko letak ape eh?? cream cheese tu jugak ke

Iryani Noor said...

Mama Tisya:
yg kt atas tu red velvet gak.. waktu nk bakar, kite buat satu cupcake from the same adunan.. pastu bile nk deco, lerai2 kn cupcake tu 7 tabur atas topping =p..

**************************************************

Ayu:
heheh... ha'ah betul la tu.. nama red velvet tu sbb kaler merah.. ko try la buat.. pastu yg filling kt tengah tu sama dgn topping cream cheese =p