Wednesday, August 10, 2011

:: Pokok Tumbang.. Laluan ke Rumah Terhalang ::

Masha-Allah, petang semalam hujan lebat sungguh.. Even pakai wiper pun, still tak berapa nak nampak jalan..Kabur je.. Sebelum balik rumah aku sempat menyinggah kedai mamak. Habis basah lencun baju aku.. 

Waktu drive balik ke rumah, tengah seronok2 menyanyi lagu J Lo - I'm in To You, belok je kat simpang 3  area kawasan perumahan tu terus berderau darah aku. Kat depan aku ada pokok tumbang, tutup dua-dua lane nak ke rumah aku.. Pastu pokok tu tumbang atas kable letrik, and kabel tu tergantung/melendut lebih kurang sama level dengan bumbung kereta.. Alamak canner nih.. 

Sekali aku tengok ada satu kereta kelisa dari arah seberang tengah keluar ikut bahu jalan betul2 tepi pokok tumbang tu.. Lepas aku make sure tak de lagi kereta dari arah yang bertentangan dengan aku, aku pun lalu ikut bahu jalan tu.. Dalam hati aku doa banyak2 jangan la kable tu jatuh atas kereta aku. and moga bahu jalan tu kuat untuk terima loading dari kereta aku.. Jangan runtuh dah la.. Alhamdulillah tak de apa2 jadi and aku selamat sampai rumah. Dalam hati otak nie ligat berfikir nak buat report kat sapa.. Last2 aku call abah mintak opinion die. Abah suruh aku call MPAJ..

Lepas google-ed website MPAJ, aku pun dail 1800-22-8100.. Tak sampai 3 kali deringan panggilan aku diangkat *good job guys walaupun that time jam menunjukkan pukul 5.30pm.. Lepas bagi all the details, pegawai MPAJ janji akan hantar bantuan secepat mungkin.. *actually aku tak tahu nama jalan tu, aku just cakap kat area kemensah Height dekat dengan surau.. Hehe.. The rest pegawai tu yang figure out sendiri..  Aku rasa lega sikit sebab bukan ape, jalan tu dikira main road and akan menyababkan massive jem kalau pokok tak di alihkan dengan segera.

Dalam 6.30pm aku terima panggilan dari pegawai MPAJ.. Dia mintak aku tengokkan ada tak bantuan tiba kat tempat kejadian tu *sebab die dah call bomba & orang TNB.. Aku tengah masak time tu tapi  nasib baik En Hubby baru je keluar rumah nak ambil Sofia, so aku try call hubby tanyer aper citer?? En Hubby reported dah ada orang MPAJ yang tengan control traffic kat kawasan tu tapi belum ada buat apa2 dengan pokok tu.. So bile aku bagi tahu pasal tu kat pegawai MPAJ tu, die cakap bomba stuck dalam jem  (*biasa la area MRR2, jem macam harem) and sebelum buat apa2 derang kena dapatkan nasihat from orang TNB.. Ye la karang tengah potong pokok tu terpotong pulak kable letrik tu.. *Ada gak aku berbuka pakai lilin.. Hehe... 

Aku tak tahu la pukul berapa pihak bomba sampai sebab yang penting time aku nak pergi kerja pukul 6.45am tadi, jalan sudah clear.. Alhamdulillah.. Mungkin derang buat kerja malam tadi dalam keadaan hujan lebat tu.. Terima kasih kepada team MPAJ, Bomba & TNB serta semua yang terlibat especially pihak MPAJ la yang sentiasa memberikan service yang terbaik *siap buat follow up, follow through tu. Rasa puas hati sangat2.. TQ TQ..

P/s : sori terlupe nak snap gambar kejadian tu sebab aku blur gile time tu.. Hehe..

6 comments:

InaAchik said...

kat area Tmn Melawati ikut roundabout jln kolam air panas pon ade pokok tumbang jugak semalam. mmg x nmpk apa benda pon.

Iryani Noor said...

Ina:
tu la.. hujan lebat gile kn smlm... drive pon slow je... risau...

nurhareza said...

hebat yani.. pemyelamat sekalian manusia dari jammed yg teruk.. ;)

alyyani said...

aiyo, mujur la tak terputus kabel tnb, kalau kena, haru la. tp efisyen mpaj dan plg best bila yani yg resolve the issue. cayaklah! mmg prihatin :D

ashra said...

wah..hehe.buat laporan.bagus2..

ye lakan,tuk keselematan orang ramai gak..

lebat eh KL.aku kat sini,biasa2 je hujan nye.

Iryani Noor said...

Reza:
hehe xde la... utk keselamatan bersama =p..

******************************************

Alya:
betul tu.. waktu drive bwh kabel tu mmg tawakkal je jgn kabel tu terputus.. kalu tau mau rentung aku dlm kete tu.. hehehhe...

*******************************************

Ashra:
mmg lebat gile.. xnampak jln beb...