Friday, August 5, 2011

:: Apricot & Cheese Gratin for Dessert ::

Semalam aku masak simple2 je.. Penat weiii.. Haha... Lagipun sekarang nie aku terpaksa kawal food intake En Suami sebab he was diagnosed with GAOT.. Baru tau minggu lepas masa kat Bt Pahat.. Waaaa no more ketam bercili, sotong goreng tepung or butter prawn for us.. Daging, sardine & ikan bilis serta tempe pon tak boleh.. Dah tu aku jadi biol tak tau nak masak aper.. 2-3 hari nie dok makan ayam je.. Muakk weii.. 

So semalam aku suruh die pegi pasar, beli ikan tenggiri dengan accessories die..  Konon nyer nak masak asam podeh la. Bile die balik, aku tengok bunga kantan ada but instead of daun kelsom, die beli daun pudina.. Arghhhhhh tensennn mak. Rasa cam nak bertukar jadi godzila plak..Katanyer bukan salah die, budak tukang jual tu salah bagi kot... Tak pe la, terima kasih ye B sebab sanggup redah hujan lebat untuk kite semalam semata-mata nak beli barang kat pasar.. =p

:: Telur masak sambal ::

:: Ikan asam pedas, sambal telur & kubis oyster ::
*aku letak jugak daun pudina tu dlm asam podeh =p

For dessert
Memandangkan time pergi pasar tu En Hubby tak sempat nak beli kuih-kuih sebab dah start hujan, so lepas korek2 dalma almari aku jumpe la bahan2 nak buat apricot & cheese gratin nih =p...

:: Bahan-bahan ::

Source : Sajian Sedap
Bahan bahan
  • 8 biji buah apricots -aku pakai yang dalam tin 
  • 300 gm krim keju - aku letak 250 gm je 
  • 75 gm mentega tawar - aku pakai salted butter 
  • 1/2 sudu teh garam - aku tak pakai pun sbb butter aku salted butter 
  • 150 gm coklat masakan putih - cairkan (aku pakai brand nona 200gm
  • Biskut kelapa/digestive biscuits - hancurkan 
  • Aku letak 2tbs lemon - optional
Cara cara
  1. Susun apricots di dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu nipis mentega dengan keadaan bahagian cekung ke atas. 
  2. Pukul krim keju, mentega, garam sehingga lembut. Then masukkan lemon (aku takut die muak, sebab tu aku letak lemon). Then masukkan coklat masakan putih dan pukul sebati. 
  3. Tuangkan adunan tadi ke atas apricots. Taburkan biskut sehingga rata permukaannya. 
  4. Bakar selama 10 minit atau sehingga biskut kecoklatan. 
  5. Hidangkan suam.
:: Proses mencairkan cokelat ::

:: Susun apricot dalam bekas ::

:: Tuang adunan atas apricot ::

:: Tabur biskut dan ratakan ::

:: Bakar selama 10min sampai biskut keperangan :: 


:: Pandangan dari sisi ::

and
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wallah

*rasa die masam2 manis + berlemak.. Tak leh makan banyak2 sebab agak muak =p


Pagi tadi bersahur dengan Apricots & Cheese Gratin.. Nyummehhh

6 comments:

alyyani said...

menu berbuka kita sama semalam. asam podeh! :p tp alya pakai ikan la. aiyok, farid diagnose gout ke? takpe2, lepas ni dr yani la incharge yek :p

ana said...

wah menarik apricot tu...

ashra said...

simple da mudah ek.nanti rajin ku try.

weyyyy..hehe.aku masak ketam lemak cili padi sok...hehe.nampak gaya,si farid mmg makan ayam masak merah ko,sambal goreng yaya je la.hehe.orang lain duk bawak daging bagai.. =p

anyway,jaga makanan farid leklok k?insyaallah,dari pemakanan boleh baik nanti.
(psstt: makin mencabar la menu masakan ko..hehe)

nad said...

sama lah ngan my hubby.. tp cuma suspect jek sbb rasa sakit kat sendi tu dah ader... Last year asid urik mmg tinggi..
Nyumm..nyumm makin gebu lah En.Farid yer..

kak ijan said...

kesian nye kena gout pulak. ais sebarang ais tak boleh jugak tu kan... hehe :)

best je nampak apricot tuh.

Em's Family said...

wei aku nak try ko punye resepi!! hari ni jugak!!