Tuesday, July 5, 2011

:: Kuih koswi ::

 :: Kuih Kaswi sedap dimakan waktu petang ::

 Minggu lepas aku buatkan abah kuih kaswi.. Its his favorite kuih. So mula2 aku kukus kat rumah aku tapi disebabkan stimer tu kecik so lambat la nak siap. Last2 aku bawak je adunan (yg aku dah masuukan dalm teko) tu ke rumah mak aku.. Hehehe..

:: Biler mau siap daa kalu stim dalam bekas nih.. ::

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula putih *aii pakai gula castor
1/2 cawan gula merah
secubit garam
2 1/2 cawan air
1/2 sudu teh kapur makan
sehelai daun pandan

Cara Penyediaan :
  1. Campurkan gula putih, gula merah, daun pandan dan air. Masak dengan api perlahan sampai gula hancur kemudian tutup api dapur dan biarkan campuran sejuk.
  2. Masukkan pulak tepung dan garam, kacau cepat2 jgn sampai berketul.
  3. Kemudian masukkan kapur makan ke dalam adunan.
  4. Panaskan kukusan. Kukus adunan tadi sehingga masak.
    If guna loyang, tapiskan adunan kuih dalam loyang. Tutup loyang kuih dgn aluminium foil supaya wap air tak masuk semasa mengukus and kukus selama 40min - 45min
    If guna acuan kecik, untuk memudahkan masukkan adunan kuih ke dalm acuan, masukkan adunan tadi ke dalam teko. Seeloknya, tutup kukusan dibalut dengan towel supaya wap air tak menitis dalam kuih. Kukus selama 15 min


:: Kukus selama 15 min ::

 
:: Cover lid dengan towel untuk elakkan wap kukusan menitis atas kuih ::
*sila abaikan stimer mak aku yg dah kelabu tu.. =p
:: Siap untuk di hidang ::
:: Jemput makan =p ::

4 comments:

alyyani said...

koswi my favorite too!! suka sgt. ni je la kuih melayu yg alya suka. ewah :p

ashra said...

aku feveret giler kuih kaswi ni.tapi aku takder pengukus lah.

aku nak cari pengukus mak2 tu.
yang ada kat giant,kecik lawa punya.tamau ar..

yang mak2 nye lagi beskan..tp nak kena cari kat pasar kot kan.

Em's Family said...

weih, kat mane erk nak cari stim macam kat rumah mak mak kite.. aku tak nak yang moden punye, nak yang macam rumah mak kite tu

Iryani Noor said...

Alya:
kan kan .. sedap kn.. satu lagi kuih tradisional yg best, bingka ubi.. nyumm...

******************************************

Ashra & Miera
tu la beb.. skrg kalu jmpe pun kukus yg kecik tu.. tp kan kalu tak silap aku, kt bt pahat ade jual kukus yg beso tu tau.. cam nk beli je.. tp dapur aku smpit la.. susuah nk simpan..