Thursday, July 28, 2011

:: Black Pepper Meat Puff ::

Autopublish entry
Kali nie terasa nak makan black paper meat puff pula.. Tapi untuk pastry, aku tukar ke paratha pula sebab less fat =p (still menggunakan brand Kawan). Yang aku perasan, bila guna parataha, puff nie lebih crunchy tapi  bentuk die kurang gebu.

 
:: Susunan agak berterabur sebab xder mood nak susun cantik2.. Haha ::

Bahan-bahan
  •  1 peket paratha (brand Kawan)
  • 1 biji kuning telur untuk sapuan

Untuk Inti
  • 500 g daging cincang - perap dengan sos lada hitam semalaman.. (Aii guna jenama Puteri) 
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus 
  • 2 biji kentang - potong dadu 
  • 2 hiris halia - ditumbuk halus 
  • 2 labu bawang besar - potong dadu   
  • 3 sudu sos tiram
  • sedikit kicap  
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • sedikit parutan keju *optional
    Cara penyediaan Inti

    1. Tumis bawang putih & halia hingga naik bau.
    2. Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas kentang, daging, sos tiram dan kicap. Masak hingga pekat atau hampir kering.
    3. Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan bawang cincang dan masak hingga pekat. Gaul rata dan angkat. If suka, boleh masukkan sedikit parutan keju.. Sejukkan.
    4.  Then letakkan inti ke dalam paratha.Sapukan telur di atas puff yang dah sedia untuk dibakar.
    5. Bakar puff pada suhu 180C selama 20 min atau sehingga kuning keemasan. Keluarkan puff dr oven dan sejukkan.
     Inti
     
    :: Inti black paper meat ::

    Untuk lipat puff ala-ala croissant, aku refer kat My Resipi posted by Alma. Memandangkan mini crossant nie untuk Sofia, so for filling, aku isi blueberry. Do excused my croissant aku yang comot kurang chomel itiew..Aii kan budak baru belajar =p..

    #1 . Potong paratha agar dapat bentuk segitiga


    #2. Letak filling ditengah2



    #3. Gulung ke sudut atas. Siap gulung, bengkok/sengetkn dua2 hujung


    and hasil nyer
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    TADA...

    :: Puff yang dah siap di bakar ::

    :: Satu nie je yang jadi, yang lain semua kembung kat tengah sebab terlebih inti. Hehe ::

    :: Makan sambil tengok tv ::



    :: En Suami tersenyum dalam keterpaksaan.. Miahahah ::

    6 comments:

    ashra said...

    besnyeee....nak buat gak lah nanti.
    wah farid..sengih sampai ke telinga tu...keke

    Yaya said...

    wahhh makin buntal la ayed makan puff everywk...bams ko mmg talented la buat2 benda mcm ni as in appetiser / grazing...ko bwk ni ms majlis bkk puasa pun ckp...kenyang sampai sahur..hehe..

    kak ijan said...

    Salam Yani,
    Cantik ler gambar2 yang Yani letak kat blog ni. Yani guna software ape ye utk edit? i like especially Sofia @ 8month tu. Comel sangattttt :)

    Anyway, selamat berpuasa buat Yani bertiga. hehe... Yani and Mr Hubby and Sofia ler tu... Ramadhan Al-Mubarak :)

    Iryani Noor said...

    Ashra:
    hehe tu senyum paksa beb sbb die tau aku comfirm masuk kn dlm blog.. miahahaha...
    aaaa nnt cuba tau...

    ***********************************************

    Yaya:
    miahahhaa bkn dr dulu ayed mmg buntal ke.. oppsss =p..
    maner der.. comot lg tu.. tp boleh la utk mkn anak beranak.. kekeke.. ko nk aku bwk side dish nie time buka nnt ke?? ape2 update kt email ekk..

    ***********************************************

    K.Ijan:
    tq tq.. tp akak nyer gambo lagi cntik2 =p..terliur je tgk food akak.. presentation mmg superb...

    yani selalu nyer pakai photoscape je sbb die user friendly.. mostly edit utk enhance kaler je.. nk pakai photoshop x reti.. hehe

    nad said...

    hihhi.. cam menarik.. dah standby raw material nih.. tunggu masa jek nak buat.. nyumm..nyumm..

    kak ijan said...

    okay thank you. kak ijan guna photoscape jugak selalunya. nak godek photoshop itulah, ketar lutut pun tak gambar tak menjadi jugak.wakaka... ada satu lagi tau, diorang panggil lightroom. best je guna, user friendly jugak. abg faiz tengah ajar kak ijan nk guna camana. trylah :)