Monday, June 13, 2011

:: Lasagna for Dinner ::

sabtu lepas, tekak aku nie terasa nak makan western la pulak. Memandangkan That Little Gerai dah tak beroperasi lagi, maka terpaksa la Chef Yani masak sendiri lasagna =p.. *Unfortunately they are not operating at AU5 any longer and currently they are looking for another spot... Huwaaaa..

So sambil keluar masuk dapur and menjerit-jerit dengan emosional melayan final game T'ganu vs Kelantan, finally lasagna sedia terhidang @ 11 pm.. *gemok ler makan berat malam2.. Itu pun lepas adik2 aku sampai @ 11.20 pm baru la kitorang makan...

The ingredient:


Daging cincang
1 kotak kepingan lasagna
1 botol sos pasta
Mozzarella cheese (diparut)
1 ulas bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
1/2 biji capsicum (potong dadu)
5-6 biji cendawan butang (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa
Mentega
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan mentega untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
  3. Masukkan sos pasta, capsicum & cendawan butang. Kacau rata. Jika perlu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.
  5. Rendam kepingan lasagna dalam air panas.
  6. Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
  7. Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
  8. Letak 1 lapisan sos tadi di atas kepingan lasagna menutupi seluruh permukaan. Kemudian taburkan sedikit keju parut
  9. Next, letak kepingan lasagna yang lain.
  10. Ulang langkah 8 dan 9 sehingga membentuk beberapa lapisan.
  11. Pastikan lapisan paling atas ialah taburan parutan mozzarella cheese yg banyak (aku buat 3 lapisan lasagna) .
  12. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit.
If nak lebih sedap, lepas lapisan sos bolognese tu, korang leh letak satu lagi lapisan sos putih.. Leh tengok resepi tu kat sini.. *next time aku try buat resepi nie plak

:: Lapisan pertama ::

:: Lapisan ke-3 ::
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADA

Bon Appétit


10 comments:

alyyani said...

bon apetit! suka lasagna jugak. kena beli oven kot baru dpt kesedaran nak masak ni :p

aishah zaharin said...

TLG kata dia dapat spot depan nasi lemak lentok at the same area. so weewo!!! shop lot, corner lot gitu. alhamdulillah, masih boleh ber'TLG', ngee!

Iryani Noor said...

Alyya:
hahaha beli jgn tak beli... tu mmg alasan yg best utk masak =p... kalu boleh dapur pun can nk renovate kn.. kekekke..

***********************************************

K.Aishah:
serius derang dh dpt new spot?? yayyyyy nie yg nk p mkn big ass nihh.. kedai nasi lemak tu kt mana?? f/book xleh bukak lak.. ampehhh....

ashra said...

hehe.aku feveret sungguh dgn lasagna.
nanti ngetest resepi ko.aku belum pernah wat lasagna ni..

Cute MuM said...

sedapnya,,
tgk waktu malam nie, terasa lapar pulak dah..
kalo makan mesti gemuk..
huhu..

Zafirah Noor said...

boley buat lagi..
adk2ko smue pelaham orgnye..haha
sofia pun suke makan..:p

Ibu Emir said...

best!!! babe, kalau ade san romeno tu kat rumah ko, aku nak.. nak masuk contest :D

Iryani Noor said...

Ashra;
haha better ko cuba resepi yg ada sos putih tu.. comfirm lg sedap... xleh buat selalu lasagna nih... bnyk sgt cheese =p...

************************************************

Cute Mum:
hehhe betul2... mmg menggemokkan, sekali skala mkn xpe... =p

Iryani Noor said...

Piah;
anak aku tu ape je die x mkn... tu pasal bdn solid.. mcm acik die.. miahahahha...

**********************************************

Miera;
weiii ko nk kotak san romeno tu ke?? aiseyyy dh buang beb.. xpe nnt kalu ade lg aku kasi ko ekk.. hehehhe... yg plastik nyer ko nk???

Aidy said...

Wow..lasagna tu memang nampak best. Tapi nxt time kena la buat bachemel sauce bagi dia lagi mantap. ;)

Yep TLG dh ada tempat yg baru tp banyk jugak benda macam letrik dan air yg kena diuruskan dulu. Insyaallah dlm masa dua minggu ni boleh la kita beroperasi semula.

Salam