Sunday, May 22, 2011

:: Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat ::


Al-Fatihah kepada mangsa tragedi tanah runtuh yang menimpa rumah anak-anak yatim di Hulu Langat, awal petang semalam. Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal. Sungguh sebak & syahdu menyaksikan sorotan peristiwa tanah runtuh tersebut.


Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya adalah sebagai berikut:

1. Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))
2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539))
Golongan tersebut adalah:
1) Mati akibat sakit perut
orang yang meninggal dunia kerana sakit perut. sakit perut termasuk wanita yang hamil dan meninggal disebabkan kehamilannya. kesakitan perut dalam syariah iaitu mulai dari bawah leher sampai di atas faraj. maka usus, jantung dan paru-paru, semua itu termasuk penyakit perut. mereka yang mati kerana sakit tersebut termasuk dalam golongan mati syahid.

2) Mati kerana wabak taun
wabak taun adalah wabak penyakit demam yang menyerang sesebuah negara dan ribuan rakyat di negara tersebut mati. kalau wabak taun menyerang, akan kelihatan jenazah bergelimpangan di jalanan. Rasullah SAW menyifatkan mereka itu mati syahid.

3) Mati lemas/tenggelam/terbakar
maksudnya syahid yang dirinya tidak dihisab oleh Allah SWT. umpamanya mereka ini mati seolah-olah dibunuh oleh keadaan, bukan disengajakan atau wafat dalam keadaan sihat walafiat kemudian terlantar di katil disebabkan sakit yang terdapat di perut atau kerana terbakar, kerana tenggelam dan kerana terkena runtuhan tanah.

4) Terbunuh oleh alam
disebabkan oleh bencana alam seperti gempa bumi, banjir, ribut taufan, puting beliung dan seumpamanya yang bukanlah sesuatu yang disengajakan. ia datang tanpa diundang.

5) Berjihad fi sabilillah
mereka yang terkorban kerana peperangan untuk menegakkan keagungan agam Islam.

Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)

Foto-foto yang sungguh menyayat hati
scource Bloglist M'sia



Al-fatihah..

7 comments:

alyyani said...

Al-fatihah. mmg tau kat mana tempat ni. rumah kat lereng bukit. rumah makcik ada kat area sini. mati syahid dan tambah pulak anak yatim. moga semua mangsa lebih bahagia disana... :(

ieda said...

ya tuhan sdih tgk pic2 last tuu .. yerlah umah nie di lereng bukit kan .. nak2 waktu nie katanya ujan .. kemungkinan besar runtuh tu memang ada .. :(

semoga mereka semua di tempatkan syurga jannah .. anak2 yatim nie .. ya allahhh berikanlah mereka kebahagiaan di sana .. aminnnnnnn

ninieZUERYANNIE said...

alfatihah.. sedey nyer...

ashra said...

thanks sharing info.ilmu yang berguna..
dalam kemalangan tersebut,sebenarnya mereka bertuah kerana mendapat tempat yang mulia di sisi allah kan.tambah lagi dari golongan anak yatim dan miskin kan.

al fatihah..

NurShahFamily said...

al-fatihah

sayu hati time dgr berita semalam... tak sanggup nk tengok... tapi nak tahu gak perkembangan...
sedih sgt tgk adik2 yg tertimbus tu... tak dapat bayangkan perasaan diaorg time kejadian... hanya allah je yg tahu..

semoga mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yg beriman... amin

Iryani Noor said...

Alyya:
Amin...

***********************************************

K.Ieda:
tu la dekat sgt ngan bukit.. kawasan macam tu mmg bahaya especially musim hujan.. Moga semua mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman

Iryani Noor said...

Ninie:
tu la... bergenang air mata time tgk tv aritu... sedih sgt...

*********************************************

Ashra:
betul tu.. Allah lebih sayangkan derang... moga derang ditempatkan di kalangan org yg beriman..

************************************************

K.Nur:
Amin.. tu la kak, rasa sedih sgt..