Wednesday, February 9, 2011

:: "Assalamualaikum Nur Iman" ::

Alhamdulillah,
Allah telah permudahkan segala urusan Ashra utk "melahirkan" baby Nur Iman
malam semalam di Hosptital Putrajaya secara normal..

Jenazah Nur Iman akan disemadikan harini di Simpang Renggam, Johor.


Hatiku tersentuh apabila menerima text dari Ashra:
"Dengan ucapan "Assalamualaikum" aku mengucup dahi "Nur Iman" dalam keadaan jenazah di tutup... Meredhakan pemergiaannya.. Deep down in my heart, I noe, she's cute, just like her sister"
*nanges*
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Moga Ashra sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..
Al-fatihah buat Nur Iman..

*saat2 kelahiran nur Iman boleh dibaca di SINI

******************************************************************

Hope this article will put a smile on your face..

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

10 comments:

ashra said...

thanks,dear..atas segala sokongan dan nasihat ko selama ni.

aku dengar nasyid 'nurul iman' aku jadi sangat sayu...tu la pengubat kerinduan aku. *nanges*

its ok..i noe,she's there 4me.wlaupun blum sempat aku temu dgn die..

ninieZUERYANNIE said...

alaaaa, sedihnye bc text ashra tuh..

Mama Qiestina said...

allah hu akbar !


yat sayu betul baca cerita macam nie :(
terus meleleh leleh airmata.kerana kita juga seorg ibu.

moga ashra tabah & moga iman menanti ibunya kat syurga nanti.

MamaShiLa said...

Allah maha mengetahui...nangis juga membacanya...

ieda said...

akak baca punn terharu ..
semoga ashra tabah ya dikk ..
dia setia menanti ashra disana .. percayalah ..:)

Mrs. Eeza Herman said...

hanya insan2 terpilih macam ashra je yg Allah pilih yg mampu hadapi ujian Allah nie...
bila da ader baby nie, perasaan seorang ibu terasa sgt2 bila fikir macam mana keadaan ashra..
semoga Allah pelihara nur iman di syurga..

Fathiyah said...

takziah to kak ashra & famili

D'Nur Boutique Online said...

semoga ashra lebih tabah... we all sentiasa mendoakan yg terbaik tuk ashra...

berat mata memandang berat lagi ashra menanggung... tak ramai yg mampu menerima dugaan sedemikian...

hati seorg ibu mesti sedih dan terharu...

mobile spa said...

uhuhu..boleh x saye copy paste tazkirah ni?utk reminder for me n frens..huhu..takziah to u..be strong!hope anak kecil u nanti akan ngadu kat nabi muhammad gak bile parents nya dlm kesusahan:`)

Anggerek said...

takziah utk ur fren. sebak bace entry ni.