Monday, January 24, 2011

:: Buat Ashra - Tabahlah Wahai Sahabat ::

Keseronokan bercuti ke Melaka seminggu lepas bagai diragut apabila menerima berita dari Ashra yang dia telah kehilangan baby yang dikandungnya (7bulan). *I was dumbstruck by what I heard. Menurut Ashra punca kematian baby masih tidak diketahui.

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan. Kau & Enn adalah orang yg dipilih oleh Allah utk menerima ujian sebegini... Yang dirasakan layak dan mampu menangani ujian tersebut.... Anggap lah apa yg berlaku adalah suratan hidup. Allah ada sesuatu yang lebih indah dijanjikan untuk kau & Enn.. Ada hikmah disebalik semua ini. Hidup mati kita dah ditentukan olehNYA... Semuanya telah tersurat. Semoga kau redha dengan pemergian Nur Iman.

"Ujian-ujian Allah itu justeru menaikkan darjat hambaNya; seperti mana Allah menaikkan rasul-rasul Ulul Azmi kerana hebatnya cubaan yang diberikan ke atas mereka yang telah berjaya dilalui dengan SABAR.

Semoga Allah membalas kesabaran kalian dgn kebaikkanNya di dunia dan akhirat"

Buat sahabatku.... Tiada kata atau perilaku yang boleh kuberikan untuk mengurangkan pedih, sedih, sayu dihatimu kerana kehilangan puterimu di saat ini... Hanya doa yang boleh kupohon... Yang pasti puterimu adalah bidadari di sisiNya.... Al-fatihah dariku buat Nur Iman....

"Kita minta kepada ALLAH setangkai bunga segar,

DIA beri kita kaktus yang berduri,

Kita minta kupu-kupu..

DiberiNYA ulat..

Kita rasa kecewa dan sedih.. Tapi masih tetap bersabar..

Namun, tak lama kemudian...

Kaktus itu berbunga indah sekali

Ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik

Begitulah cara ALLAH mengasihi kita.. Selalu indah pada setiap waktu.."


Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan

kadang2 kita sedih, terluka

tapi jauh di atas segalanya..

Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita


Kawan-kawan, tolang doakan semoga Ashra selamat melahirkan baby Nur Iman pada Selasa ini. Gyne Ashra memberi option padanya untuk bersalin secara normal. Jika diizinkan Allah, baby nyer akan mengecut sendiri dan menurun untuk memudahkan bersalin normal.

*Knowing her for almost 11years, Ashra adalah seorang yang "fragile" dan tapi alhamdulillah, selepas melawatnya semalam, dia kini sudah kembali tenang dan redha dengan pemergian puteri ke-2nya. Be strong ye Ash. Just gimme a call whenever u need me. Kawan2 semua sentiasa support ko.

12 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

takziah bt ashra...
Allah lebih sygkan baby tu..
semoga dia tabah...

ashra said...

speecless..
thanks,dear..

irmafittaputri said...

ashra baru..terdengar ni...tabah hati tau..yani...pedih tau rasa kehilagan anak dlm kandungan...sampai sekarang aku fobia lagi...walaupon masa tu gugur ..3 kelinik aku checkup nak puas kan hati...

ainisofea said...

Semoga Ashra kuat dan Tabah..sy ada kwn yang senasib dgn Ashra tp kandungan bby kwn sy msa tu dah 9 bulan lebih...turut rasa kesedihan yang ditanggung..:(

-aini-

aishah zaharin said...

sabarlah ashra. nur iman berada di tempat yang jauh lebih baik dari apa yang dapat kita bayangkan. pernah merasa apa yang ashra rasa, lebih perit sebab menunggu hari kelahiran. yakinlah, ada sesuatu yang lebih baik yang menanti. amin.

ninieZUERYANNIE said...

alfatihah.. semoga Ashra & fmly kuat menghadapi dugaan nih..

* berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..

Iena said...

kesiannya kat kawan akak...
sedih kite dgr kak...
takziah buat kak ashra & family...

alyyani said...

yaAllah...tak tau nak cakap apa. baru baca ashra's blog. hope ashra dipermudahkan bersalin nanti. tah kenapa, dugaan2 sebegini diberi kepada org2 yg 'fragile' mcm yani cakap tu. ingat tak masa kita nak meet up nak amik kuih sampan tu? siang tu kitorg kat UMMC. cousin baru lepas deliver. sebelum tu baby dah meninggal dalam perut. sekarang dah almost 5months, dia masih lagi 'fragile' tambah pulak 1st baby. sgt terkesan bila baca2 cerita2 gini. kena fikir yang baik2 je, nur iman ada tunggu mama papa dia kat sana. :((

MamaShiLa said...

salam takziah buat ashra....

~n0rliza 0thman~ said...

takziah buat ashra sekeluarga..
semoga tabah dengan dugaan ini..

sebagai ibu, turut merasa kesedihan itu..
al-fatihah untuk baby nur iman..

ieda said...

takziah buat ashra ..
sedih akak baca ..
betul semua apa yg adik cakap .. allah tahu apa yg terbaik buat ummatnya ..

ana said...

takziah