Monday, November 29, 2010

:: Really Miss My Munchkin ::

Its been 4 days since I last saw her...
Really miss my baby..
Kat Daddy nyer kureng sket as kite leh borak ngan die tru' phone kn =p..
Ngahahahaha *gelak jahat
2 more days to go..

:: Mei Mei, mummy miss u ::

Aight need to get my beauty sleep..
Esok nak gerak p Sg Muda..
Till then..
Daaaa..

Sunday, November 28, 2010

:: Rapunzel ::


Korang dah tengok cerita nie???
Aku dah..
Cartoon die sangat chomel..
I loikee...






So Harry Potter done
Rapunzle done
Next in line
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Narnia =p


Can't wait =p


Friday, November 26, 2010

:: Site Meeting @ Sg Petani ::

Hari Selasa and Rabu lepas, aku kena attened meeting at Sg Petani. Time site meeting, dapat naik boat.. Best wooo.. Ngeh ngeh ngeh...


:: Ampang Jajar barrage ::

:: Aku yang kepanasan di atas bot ::

:: Chomel je pokok tu kan ::

Tapi yang tak best nyer aku tak der geng nak berjalan waktu malam. So aku habiskan masa dengan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tada

:: Love With The Proper Husband by Vic Alexander ::

Again aku pinjam buku tu dari Q'reazant Ent. Aku pernah buat entry pasal Q'reazant kat SINI BTW nie kali ke 4 aku sewa dari derang. Service memang tip top =p.. Sambil baca buku tu harus la ada jajankan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

:: Nyum nyumm =p ::

Hari Rabu tu reach KL around 6.30pm. Pastu terus berkejar balik rumah mama sebab PIL aku turun KL. Derang nak ke Kelantan, so transit dulu kat rumah aku. Kebetulan pulak husband aku ada kerja kat Kelantan, so konvoi sekali la. *Nasib baik la mak aku offer nak masak.. hehehe.. So aku tolong2 apa yang patut.

Pst: from Khamis till Monday, atuk & nenek bawak Sofia pegi Kelantan sekali. Mummy tak leh ikut as kena pergi kerja & Ahad kena pergi audit kat Sg Petani lagi.. Ayoo lama tu tak jumper si chomel. But i hafta do what i hafta do right. So see you in Tuesday Mei Mei.. Jangan nakal-nakal tau..
:: See jam kat dinding tu.. kul 12mlm still nak main lagi ::


Monday, November 22, 2010

:: PREGNANCY MOMENT CONTEST -> 22/11/10 ::

Just trying my luck..
Kali nie nak join PREGNANCY MOMENT CONTEST -> 22/11/10 by



At 36weeks pregnancy:

Untuk syarat-syarat penyertaan boleh check kat SINI

Aku dapat tau about my pregnancy lepas balik dari Pulau Perhentian. Rupa-rupa nyer I was 1 month preggy already. Perasaan??? Rasa sanga-sangat happy. Syukur alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami. Tapi dalam rasa bahagia tu, tiba-tiba timbul satu masalah. Seminggu sebelum aku dapat tau aku pregnant, aku kena demam campak. So mama suruh aku jumper Dr Pakar and I opt for Dr Amir Farid (gyne dr Hspt Tawakkal).

Darah aku di ambil for lab test. From 1st test, Dr tak dapat pastikan whether measles aku tu measles biasa or German measles. So aku kena buat 2nd test just to make sure aku dah ada vaccine dalam badan. Tapi Dr awal2 dah inform aku, kalau baby was infected by measle tu, aku terpaksa gugurkan kandungan. Ya Allah, bayangkanlah macam mana perasaan aku masa tu. Dah la susah nak dapat, bila dah lekat ada pula problem. Dalam kereta aku menangis sambil telefon Abi *time tu aku terpaksa pergi check-up sendiri sbb Abi still kerja in JB.

German Measles:
"the primary medical danger of rubella is the infection of pregnant women because it can cause congenital rubella syndrome in developing babies."
Nemours

Alhamdulillah, result 2nd blood test aku CLEAR =p... Aku sangat-sangat bersyukur walaupun ada sedikit keraguan dalam hati sebab time aku kena measles tu, banyak juga air kelapa yang aku minum. Kalu diikutkan, air kelapa for early stage of pregnancy agak "tajam" kan tapi kuasa Tuhan, alhamdulillah she survive. Everyday, bacaan yassin & surah maryam tak pernah lekang dari bibir aku and during my 24weeks, aku buat 3D scan just to make sure jantung, otak & semua anggota badan die developed dengan sempurna.

On 10 April 2010, lahirlah puteri ku yang diberi nama Alia Sofia = Beautiful Wisdom. Thank you Allah for giving me this little angle despite all the thing I've been through (diabetic + high blood pressure). Mummy love you Sofia =p...

:: My Mei Mei =p ::

Untuk pengalaman bersalin, boleh review di SINI

So, kat sini aku nak tag:
  1. Ashra
  2. Alyani
  3. Ninie

Thursday, November 18, 2010

:: Salam Aidiladha ::

Macam mana raya korang semalam? Mesti seronokan. Tahun ni aku sekeluarga beraya kat KL je. Tapi tetap happening. Pagi-pagi aku prepare kan sarapan while parents aku and hubby pergi menunaikan sembahyang raya. Around pukul 9.30am derang balik makan than terus pergi masjid balik untuk sembelih lembu.

Dalam pukul 10.30am aku gerak ke masjid dengan Sofia. Konon-konon nak tengok lembu kena sembelih, ruper-ruper nyer 9 ekor lembu dah pun tumbang.. Aisehh lambat la pulak.. Sorry yer Sofia, mummy lambat la.. Kalu tak dapat Sofia tengok lembu hidup. Next year ye sayang..

Anyway, qariah masjid Al-Hidayah memang best. Kaum bapa semua bekerjasama melapah lembu and warga perempuan lak bergotong royong masak lauk untuk tengah hari. Pergh kenyang perut aku dapat makan daging msk lemak + daging goreng kunyit + daging masak asam podeh + ulam + sambal belacan.. Memang terangkat.. Pastu malam nyer pula makan sup tulang gearbox.. Ngegegeggege best =p..

:: Abg baju itam tu memang power la mengapak lembu tu ::

:: Aii abah, takkan tengok jer?? =p ::

:: Potong kapala ::

:: Ye, yang kat belakang tu darah lembu =p ::
*sila jangan muntah ye

:: Mak ngah & Sofia ::

:: Abah melapah lembu ::

:: Bie, pandai ke tu??

:: sempat senyum lagi laki aku nie ::

Psttt: Gambar pompuan gotong royong aku tak sempat snap sebab aku pon kena tolong2 kat dapur gak (motif: nak bitau la yg aku pon turun padang gak.. kekekke =p)

Friday, November 12, 2010

:: 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat ::

*pic source

Bismillahhirrahmannirrahim.

11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
Wallahu'alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
InsyaAllah.
Peringatan.
  • Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna.
  • Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
  • Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
  • Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
  • Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat.
Amin.

~ Ilmu harus dikongsi bersama .. ~

:: Mieng Kum ::

Korang pernah tak makan Mieng Kum. Susah nak dapat bender nie.. 1st time makan time ada kursus in Penang.. Mula2 tengok, kepala automatic generate, "Owhh daun sireh kot nie.. Macam mana nak makan bender nie ekk??".. Little did i know that daun tu sebenar nyer daun kadok...

:: Daun Kadok ::
*pic google

Mieng Kum nie biasa dimakan sebagai appertizer. Rasa die susah nak describe, korang kena rasa sendiri.. Manis2 pedas + rangup + masam.. Sedappp =p..

pic from HERE

Mieng-Kham (Sireh Daun Kadok)

1/4 Cawan Udang Kering-Goreng Garing
1/4 Cawan Kacang Tanah-Goreng Dan Buang Kulit
20-30 Helai Daun Kadok
1 Limau Nipis-Di Potong Kecil bersama Kulit
1/4 Cawan Bawang Besar-Potong Kecil
10-20 Biji Cili Padi-Hiris Kecil2
1/2 Cawan Kelapa-Hiris Nipis dan goreng garing.
1/4 Cawan Halia Muda-Potong Kecil.

Sos

1/2 Sudu Makan Lengkuas-Kisar Halus
l1/8 Cawan Bawang Merah-Dicincang
1 Cawan Air
1 Cawan Gula
1 Sudu Makan Sos Ikan
1/4 Cawan Kelapa Parut –Goreng Seperti Kerisik tetapi jangan dikisar.

Cara-Cara:-
Masak ke semua bahan kecuali kelapa parut, sehingga sos pekat. Masuk kan kelapa parut setelah sos sejuk.

Cara Makan:-
Ambil daun kaduk, lipat macam kon kacang goreng tu, kemudian masukkan serba sedikit semua bahan bahan di atas. kemudian letakkan sos tadi. lipat balik kon tu, makan, macam orang tua-tua makan sireh.


pic from HERE

So kat KL nie mana nak cari Mieng Kum nie ekk??

Tuesday, November 9, 2010

:: Buah Deliima ::


Dulu time peknen, susah nyer nak cari buah nie. Mengidam tu tak la, tp sebab terbaca artikel dalam Pa&Ma, buah Delima or pomegranate nie mampu mengurangkan risiko baby kena kuning.. Tu yang usaha juga cari. Tapi memang bukan musim kot.. So end up aku beli jus Itu pun secara betulan aku ada meeting kat Putrajaya. Akak tu yeye la promote kat aku, and untuk tak menghampakan die aku beli gak la. Sedap juga rasa jus die =p.. Katanya jus tu diimport dari Iran, and bile aku browse, jumpa la site nie

pic dari SINI

Nway, buah delima ni byk khasiatnya:
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:

  • menghalang pembentukan sel kanser
  • mencantikkan kulit
  • mencegah dr nyanyuk
  • memberi tenaga
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
  • elok utk sistem penghadaman
  • mngurangkan berat badan
  • prevent morning sickness( utk org mengandung)
  • memperelokkan rahim
*info dari Zwa's Site boleh juga dirujuk di SINI

Monday, November 8, 2010

:: Daddy xder, Mummy Kena Meriangkan Hati Dengan Berphotoshoot Si KEcil ::

Ewahhhh tajuk macam hapa je kan... Eheheh tapi seriously, disebabkan boring *daddy Sofia ada kerja kat Sibu dari hari Khamis - Ahad, so mummy hangkut adek2 ku untuk berphotoshoot @Putrajaya..

Actually, kitorang singgah Putrajaya pon sebab dah alang2 hantar mama ke KLIA pagi tu, so why not singgah kejap kan =p...

Model :
Sofia Dobot


Location:
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Apparel:

Sofia's Sdn Bhd