Wednesday, September 29, 2010

:: Apakah?? ::

Duhai anak ku Sofia...
Nape nyer makan kaki tu??
Sofia lapar ke??
Kan mummy dah start kasi makan cereal...
Tak cukup ehh??


Current weight = 7.8kg

Mummy you


Saturday, September 25, 2010

:: Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma ::

Aku sangat obses dengan lagu ni..
Such a beautiful song..
Pendek kata smer lagu Maher Zain memang best la...

barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair
"Allah will bless both of you and he will unite you both for good"
=p



Thursday, September 23, 2010

:: Persoalan Puasa 6 ::

Berikut persoalan yang kerap timbul terutamanya di kalangan orang perempuan mengenai puasa 6 ..

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya'rawi "Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal ".

Kalau macam tu, kesian la kat orang perempuan yang uzur di bulan Ramadhan? Tak dapat fadhilat puasa setahun la sebab tak puasa penuh dalam bulan Ramadhan?

Menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi'e, orang yang ada puasa qadha, wajib qadha puasa dahulu di bulan syawal sebelum puasa sunat. Kalau ada baki, maka bolehlah puasa sunat dalam bulan syawal. Tapi, Bagi orang yang luput sebulan Ramadhannya dan terpaksa tukar sebulan di bulan Syawal, maka dapat lagi fadhilat puasa 6 syawal kalau ia berpuasa dengan niat puasa 6 syawal di bulan Zul qaedah.

Kalau nak niat serentak puasa QADHA 'dan SUNAT SYAWAL, boleh ke?

Ulama 'berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.

Dalam mazhab Syafi'e, setengah ulama 'mengharuskan niat serentak puasa qadha dan sunat syawal dan terhasil fadhilat puasa syawal dengan niat serentak. Setengah lagi mengatakan bahawa kalau hanya niat puasa qadha 'sahaja sekalipun, tetap dapat pahala fadhilat puasa 6 hari dalam syawal kerana umum hadis tidak menyebut sama ada puasa itu qadha ataupun puasa sunat!!

Banyak sangat hukumnya .. Jadi apa kesimpulannya?

Disebabkan hal ini terdapat banyak perselisihan pendapat di kalangan ulamak, maka kita sebagai orang awam ni bebas untuk pilih yang mana satu untuk kita ikut. Jika kita nak gabungkan puasa pun tak salah, atau nak buat asing pun lagi bagus sebab puasa 2 kali. Jika anda tanya pendapat saya, saya lebih suka dengan cara Aisyah ra

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha 'pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain.

Jadi boleh mendahulukan puasa sunat daripada puasa wajib. Ini kerana puasa qada 'walaupun dilakukan pada bulan-bulan yang lain tetap mendapat 10 kerana ia adalah puasa wajib ramadhan yang diqada'. Tetapi puasa sunat 6 hari syawal hanya boleh dilakukan pada bulan syawal.

Kesimpulannya,
Anda pilihlah sendiri sebab setiap pendapat ada hujjah masing2 dan pastikan anda berpegang tetap pada satu sahaja.

Wallhualam..

Tuesday, September 21, 2010

:: LAksa Johor Anyone =p?? ::

Last Saturday, mama ajak aku masak laksa johor.. Hehe.. and memandangkan En Suami bekerja di JB (since Jumaat sampai Isnin), why not kan.. Memang aku pon tak ada sebarang jemputan open house.. So kitorang start bekerja keras di dapur dari kul 10.00 am till 11.30am... I lurve eating laksa johor but tapi nak membuat nyer sangat renyah..

First kena bakar ikan (lebih sedap kalu pakai ikan parang), then asingkan isi ikan dengan tulang.. Pastu isi ikan di blend skali dengan udang kering + udang basah.. The rest wat macam masak kari.. Tumis bawang merah + cili kering yg telah di blend.. Bila dah naik bau masukan rempah laksa johor (bought this rempah Sharifah in JB.. kalau xder rempah nie leh pakai rempah kari daging).. Bile dah garing sket masuk terus ikan + udang2 tadi + santan + serai + halia + daun kesom + bunga kantan + kerisik + sedikit garam.. Siap.. Nie baru penyediaan kuah sahaja.. Don't forget "accessories" nyer yang lain ie sambal belacan + ulam2 + spaghetti..


Tengah hari tu Miera call.. Nak ajak pegi rumah Ezanul.. but I couldn't join her as ada family business sket, so aku jemput die datang rumah.. Bile dengar aku masak laksa johor, member terus je kate ON.. (lagi2 plak bile dengar mak ayah aku xder kat umah malam tu.. so leh gosip lama sket..) Hehehe... So die la jadi tester pertama utk laksa aku =p.. *amacam Miera, ok tak ???


:: Miera & Sofia ::

:: Ehmm aku doakan pasni korg dpt bb gurl plak =p ::


After Miera n Emran went back, kitorg wat sesi phootoshoot untuk si kecik nie plak.. =p

:: Die dah semakin besar sekarang.. Dah tak nak baring tapi nak duduk ::
*tp kan Sofia lom meniarap lagi.. die cukup marah kalu ditiarapkan.. is it normal ??



Monday, September 20, 2010

:: Rindu Sama Itu Dobot ::

Aku rindu sama itu dobot...

Rindu dengan gelak tawanya..

Mau guling2 dengan die..

Mau tengok senyuman nyer yg nakal itu..

Mau tengok aksi nyer yang macam2 itu..

Owhh kenapa la harini kena kerja????
Whyyy??
Malasss nyer...

Friday, September 17, 2010

:: STEP UP 3 ::

Just came back from watching STEP UP 3..
Perghh memang layan la..
If you love dance then you must go and checkout this movie.
You gonna love all the dance moves especially Robot dance & time derang dance on water tu..
Halamakkkk.. best la

And..
The dancers are mostly from So You Think You Can Dance..
Its a worth watch movie..

*pic googled

*pic googled

*pic googled

*pic googled

Dancing on water... perghh layann..

*pic googled

*pic googled

*pic googled

*pic googled

Acara kemuncak yg sangat happening..

*pic googled

Featurig : Rick Malambri, Adam G. Sevani, Sharni Vinson, Alyson Stoner, Keith Stallworth, Kendra Andrews, Stephen Boss, Martín Lombard, Facundo Lombard, Oren Michaeli, Joe Slaughter, Aja George, Terence Dickson

:: 1st Bithday Ayeesha ::

Semalam cuti 1 Malaysia, Yaya buat open house@Ayeesha 1st Birthday Party.. Aku kalu bab open house nie memang laju.. Ngehehehe... Cuma agak ralat sket sebab tak cukup korum.. Ashra&Enn datang lambat sket, Eliz&Ham still beraya kat JB, Osya&Jai MIA.. Agak nyer kat kg Osya xder reception kot.. Tak pe la, next rumah sapa plak?? Agenda BBQ masih On tak??

*BTW adek Eliz ah selamat bersalin on 1st raya.. Eliz sila update ekk.. Baby boy ke gurl??

Okeh.. jom layan gambo plak..

:: Laksa Johor, "Rendang Shakira", kuah kacang + nasi impit ::
*Ham, rugi ko xmakan rendang Shakira Cik Ya =p.. bergelek woahhh makan rendang nihh..

:: Aku yg kepochi ::
*aku tgh bergosip ngan ko kan Na??

Seperti biasa, ada la adegen anak2 kecil nie berebutkan basikal.. Kurang Aleesya sorang jer..

:: "Nie basikal kite, turun la Farisya," kata Ayeesha ::

:: "Turunn cepatt", kata Ayeesha lagi ::

:: "Haaa.. kan dah kena cucuk mata," kata Aleesya ::
*walaupon mata sepet sebelah sebab kena cucuk ngan Ayeesha, Farisya still xnak turun dg basikal itu..

Bile dah penat main, baru la majlis dimulakan..

:: Hiasan dinding ::

:: Birthday kek.. nyummeh ::

:: Hj Sanusi's Clan +p ::
*buat Achit (tudung kelabu) yang akan fly ke UK harini," Selamat belajar di UK yer... gud luck.. baik2 kat negara org tu"..


:: Me n gorgeous Cik Ejeck.. ::
*single but not available.. kan kan Ejeck =p??

:: Uncle Sanusi jer tak der ::
*sakit gigi kata nyer.. cepat sembuh ye uncle

:: Bile lagi mau kumpul ramai2 mcm nie?? ::

:: Birthday Gurl.. Ms. Ayeesha ::

:: Gambar kami lagi =p ::

Owh ye, sebelum pegi umah Yaya, aku sempat masak laksa penang... Mama kata boleh la.. Masin sket.. hihihihi =p...

:: My 1st attempt Laksa Penang ::

Pssttt pasni nak try wat laksa jhr lak =p..



Thursday, September 16, 2010

:: Mood Raya... ::

Alahaii kesian nyer blog aku nih.. Terabai yer.. Maklum la tuan rumah sibuk beraya.. kekeke.. Sowiee yer cik blog.. So how was ur raya?? Aku nyer raya kali nie, dengan ada nyer si kecik sorang nie memang la meriah.. Alhamdulillah, syukur ke atas kurniaan-Mu ini Ya Allah.

So memandangkan masih dalm mood raya, malas la nak berceloteh panjang2.. Tengok gambar jer la ekk... Kita start dengan pagi raya...

:: with my PIL family ::
*thn nie turn beraya di Bt Pahat

:: My small family ::
*thn nie sedondon kaler turquise

:: Mummy & Sopia ::

:: Daddy mintak maaf ngan ayah ::

:: Mummy lak salam ngan mama ::

:: Mak Ngah sempat ber"peace" time bersalam ::

:: Mak Su serious sket =p ::

:: Mama ngan ayah dapat witt ghayer ::
*skrg nie mcm2 idea kreatif kn, sampul wit raya pon leh customize ::

:: Sofia with her duit raya ::
*see sofia pon ader sampul wit raya sendri tau
aduii ngencess lak anak aku nihh

:: Mak Ngah salam abang lak ::
*see jovial tau mak ngah ni... =p
jgn marah Nor.. Camat Ari Ghayer..


:: Mak Su pon salam ngan daddy gak ::

:: Mummy nyer turn ::
*daddy, wit aye mummy thn nie bnyk sket yer =p

:: alalala Sopia pon nk salam jugak =p ::

:: Muka tak rela je Sopia nak salam daddy =p ::

:: Sofia dengan onyang nyer ::

:: nie dah petang sikit, so Sofia tukar uniform baru lak =p ::