Sunday, April 25, 2010

:: Akasia Adamaya ::


Aku jadi addicted ngan slot Akasia yang satu nih... Adamaya.. Asal kul 6.30pm jer dah terpacak depan tv.. Ngan Sofia skali aku hangkut dok depan tv.. Sangat sweet + kelakar + menyampah = memang best la.. Teringat kisah muda-muda bercintan-cintun dulu... Hua hua hua... Anda dah tengok belum cerita ni? Rugi tak tengok.. Memang best dan mengujakan.

Sinopsis

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.

Layan OST Adamaya



Friday, April 23, 2010

:: Giving Birth Experience ::

Yuhooo.. hello hello.. I'm back.... Lama dah tak update pasal diri sendiri.. The truth is kalu mak haku nampak aku duduk kt kerusi nih sambil online, comfirm bising la mulut die.. Banyak nooo la pantang larang die.. Tak bley baca buku la, tengok tv la (anything to do with merenung.. takut nnt mata kabur katanya).. Kalu membasuh tak boleh perah2 la.. Adehhh...

Aight.. so here goes my labor experience..

@ 3.30pm
Baru je post this entry.... Then bangun nak p toile, SUDDENLY ada rasa air panas meleleh kat peha.. "Uik tak kn tak bley tahan kencing sndri kot???". Cepat2 lari masuk toilet and find out air tu warna putih jernih.. "Aiseyy nie air ketuban ker???". Panggil2 mama, tp ruper nyer mama keluar p gunting rambut.. Aiseyy how howw..
Still maintain calm, tarik nafas then call K.Liza nk comfirm kn air ketuban kaler aper n ruper nyer betul la yg keluar tu air ketuban... Terus call mama & Abi...Then dok diam2 dalam bilik and recite Surah Maryam..

@4.00 pm
Off to APSH.. Mama drive macam orang kalut2.. Dah la hujan lebat.. Ahakss.. Cian mama.. Pastu dalam kete makin banyak air ketuban yang keluar... Sungguh tak selesa.

@4.20pm
Reach hospital... daftar...

@4.45 pm
Terus masuk labor room, did CTG, confirm an opening of 3cm!! (perghh time die seluk tu terasa senak.. adehh). Then terus kena induce as air ketuban pecah dulu. Nurse tu cakap, within 24hrs kena keluarkan baby sebab takut ada infection.

@5.30pm
Abah sampai hospital, so mama teman kan abah kat bawah as abah tak boleh masuk labor room. I was left alone and time tu contraction dah start datang.. Tapi still boleh tahan lagi.. Macam senggugut.

@6.00 pm
Abi sampai. By seeing him entering the room, I burst into tears.. Rasa sebak sangat.. Mintak maaf sambil menangis kat dia kalau2 aku banyak sakitkan hati die. He kiss my forehead and bisik, "Org dah lama maafkan Bie". Masih terngiang-ngiang lagi ayat tu. Sungguh, aku rasa terharu sangat. Luv u bie..

@6.15 pm
Mama naik semula to check on me, tapi nurse suruh die balik dulu as die cakap lambat lagi nak bersalin. Most probably pagi baru bersalin. Aku nampak mama berat hati nak tinggalkan aku time tu and aku sendri kalu boleh nak mintak die temankan aku. Tapi sebab tak nak menyusahkan mama, aku suruh die balik. Nanti aper2 Abi akan call.

Then nurse check opening lagi, 4cm dilated already. That time sakit die dh start terasa and tiap kali contraction datang aku menggigil2 tahan sakit. Abi kept on bisikkan selawat & zikir. Then nurse kasi injection (pain killer) and suruh aku inhaled ethonox gas. Time nie dah start mamai.

@12.00am
Contractions kept on coming and pain was at its peak. I was 6cm dilated. Cont struggling... breath-in... breath-out... zikir... Subhanallah, time nie memang tak tertahan rasa sakit and there's a time waktu contraction datang aku hanya mampu cakap..gas..gas.. kat Abi (mintak die letakkan corong gas kat hidung aku sebab aku tak mampu nak bergerak langsung). Skali-skala aku minta Abi air selusuh that he had prepared for me. Come to think of it, I am SO thankful I have such a wonderful husband like him to be by my side during such a trying time. He was basically with me all night long doing the best he could do to take the pain away from me....

@2.00am
Finally 10cm opening. Terus panggil Doctor. Time nie memang rasa nak push sangat tapi aku still tahan, tunggu instruction dari Doc. Then nurse ajar cara2 nak teran, kepala kena tunduk ke arah chest and push macam meneran nak buang air besar. At that time aku leh dengar alunan Al-Quran (Abi cakap tu Surah Maryam) sambil aku dok recite Laillahaillanta. Then here come the pushing part. 1st & 2nd contraction still tak berjaya push. Then sebelum contraction datang semula utk kali ke-3, Dr Ariza suruh Abi kasi aku minum air, and aku minum till the last drop of air selusuh.

@2.17am (10/4/2010)
At 3rd contraction dengan tiga kali push,"Assalamualaikum", kata Doc Ariza and die terus letak Alia on my tummy and she's crying her lung out laud.. Alhamdulillah.. Alia Sofia safely delivered... =D

:: 10mins after she was born =p ::

In terms of name, we decided to name our baby as ‘Alia Sofia’ which means
Alia = Beautiful
Sofia = Wisdom

*source : Name 4 Muslims

Thursday, April 22, 2010

:: Alia Sofia ::

Stretch mark
+
Diabetic
+
Gain Weight
+
E.P.I.S.I.O.T.O.M.Y
=
Alia Sofia@P.R.I.C.E.L.E.S.S

:: Alia@2nd day ::

:: Alia@5th day ::

:: Nenek Bt Pahat turu nk tgk Alia =p ::


:: Suka buat mulut mcm tu.. ::

:: My Shepet ::


*will update about my giving birth experience soon

:: Doakan Bayi Ini ::

Copy this entry dari Liza. Sedih sangat tengok condition baby Hana.. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan buat Pn Rohiza dan Kau sembuhkanlah adik Hana.

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.


Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat>Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

*Liza, personally ada e-mail pada Pn Rohaiza bertanyakan condition baby Hana.. do check her blog utk baca balasaan e-mail dari Pn Rohiza.

Saturday, April 17, 2010

:: Achik Spin Meninggal Dunia ::

Innalillahiwainnalillahirojion..
mudah-modahan roh nya ditempatkan dengan org2 yg beriman..
amin ( al-fatihah)



Pada jam 7 malam tadi, penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari diberitakan telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS iaitu di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).

Achik Spin dalam perjalanan pulang dari bersiaran langsung di RTM untuk program Hits1 pada petang tadi.

Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki kereta MPV Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.

Jam 8 malam, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

Vokalis Spin ini dikenali ramai dengan lagu Paling Comel berduet dengan penyanyi sekampungnya, Siti Nordiana atau Nana. Achik Spin bernikah dengan Tasha atau nama sebenarnya HM Rosezaitul Suriani Wati pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Namun, anak sulungnya itu meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.

:: YA Allah Kau Berilah Kekuatan Buat Keluarga Ini ::

Entry kali ini aku ingin berkongsi kisah duka seorang ibu yang baru kehilangan anak lelaki keduanya yang baru berusia 15 bulan. Kisah yang amat2 meruntun perasaan aku dan i cried coz tak dapat nak bayangkan macam mana kalau aku berada di tempat beliau. Tak dapat nak digambarkan betapa pilu dan hibanya hati ini. Namun, ini semua sudah ketentuan Ilahi. Kita sebagai hamba-NYA haruslah banyak bersabar dengan ujian yang diturunkan. Percayalah, pasti ada hikmah di atas setiap kesulitan yang kita alami.


Losing a child is every parents nightmare.


Never across in my mind that one day my child will die before me.

NEVER.

And it happens to me, in split second, he left me forever. Without any warning, without saying goodbye and never in my mind, it would be this way.

I love him so much.

I miss him so much.

Only ALLAH knows how I feel now, but I must be redha. Ini ketentuan Allah. No one can stop it. NO ONE. Sudah tertulis, ajal Dzafri sudah tiba pada 20hb Mac 2010, pukul 8.50pm. Semuanya sudah tertulis.

My second son, DZAFRI HISYAM BIN KHAIRULANWAR, passed away peacefully on 20 March 2010 at 8.50pm, at ICU/NICU Ampang Puteri and he was 15 months old (born on 22 September 2008).

He was first diagnosed with dengue (the diagnosed and confirmation of the dengue was made by our regular pediatrician at Wangsa Maju) and later transferred to Ampang Puteri on 20 March 2010 (Saturday) because Dzafri had trouble breathing and the first hospital doesnt have the proper equipment.

The minute we arrived at Ampang Puteri by ambulance, the consultant pediatrician at the ICU/NICU ward have said this to me, "Your baby is too sick. What happened? I cannot promise you anything...."

WHAT?

What?????? Said that again????

But still in my head, I thought to myself that this doctor is wrong. Ya, me, without any medical background, wants to tell to this experience doctor that he is wrong. And he continue, "I think this is not dengue, this is something else. He is too pale. Do he have talasemia?" I quickly replied to him, "No. What do you mean by something else. The doctor (referring to the earlier pediatrician) told me it was dengue." "Never mind. I will do the test first." He replied.

I kept quiet to myself, not saying anything and just let the doctor and his nurses doing their job. I was with Dzafri in that ICU room, waiting for my husband and Dzarif as I arrived earlier with the ambulance. Still in shock of what the doctor told me, but I still remaining calm. Tapi dalam hati, Ya Allah, Tuhan saja tahu. I just want to scream, yell, cry ... and all I want to do at that time is Dzafri to be ok and we can all go home.

Dzafri was put on oxygen, drip, wayar sana sini-at his chest, hand, his little feet .... He starts to merengek, maybe because tak selesa dgn wayar-wayar yang banyak tu. He didnt cried, but he wants me to hold him tight. Tapi macam mana nak dukung him with all the wayar, dari hidung, lengan, tgn, kaki semuanya ada. I tried to make him comfortable as I could, but I know, he's scared. Me too.

After 1/2 hour in the ward, Dzafri tertidur and I quickly make my way to the registration counter as hubby is stuck in the traffic jammed. habis urusan di kaunter tu, I quickly ran back to the ward and there, the doctor is waiting for me to show Dzafri chest Xray.

"Its pneumonia. Its getting worst. What actually the doctor told you?"

I explained to him the whole thing, from the first day Dzafri had his demam which is on Monday night, we went to see his pediatrician on Wednesday and was admitted on Friday because the doctor suspected dengue or viral fever, and which the blood test done on Friday and Saturday with the platlet count drop to 28, the pediatrician confirmed it was dengue but, Dzafri had trouble breathing since Wednesday and the pediatrician told me its only phlegm and something to do with Croup bacteria/virus.

"No. This is nothing to do with dengue or viral fever. Its pneumonia and his chest Xray shows that his right lung is filled with pus ? (nanah) and he need to be operate immediately".

I was nearly fainted.

My hubby was outside at the visitor lounge, waiting with Dzarif, because kid under 12 are not allowed to be in the ICU ward and we had nobody to look after him. I agreed with the operation thing and quickly ran to my husband, asked him to see the doctor and explained to him once more. Just before that, another doctor came into the room. The nurse introduced him as the Pakar Bedah Paru-paru. He was holding the chest xray and was saying something to the first doctor. Then, he explained to me. This time, his words really make me want to cry.

"Its pneumonia but I ternampak satu benda asing dalam paru-paru dia ni. I rasa ada ketumbuhan. Growth."

"Growth?"

"Tumor"

YA ALLAH!!!

At that time, I am really confused. Sad. The reason the whole transfer thing from the previous hospital to Ampang Puteri is because he has trouble breathing and the doctor there confirmed that it was dengue.

How can from dengue be a tumor?

He never sick before. Only demam, selsema like the rest of other kids. Bagi ubat, dia baik. Tidak pernah pun dia terbaring lama, kesakitan. Never. He never get sick before. I really dont understand.

"Your doctor tak pernah instruct for Xray?" Asked the surgeon again.

"No. And I pun tak pernah terfikir nak hantar dia for Xray coz dia tak pernah sakit".

"Its not your fault. The doctor should advise you. We need to sent him for scan. Then baru I betul-betul boleh confirm whether its tumor or something else. But from my experience, its tumor and maybe dah lama kat sini, maybe since birth. Pneumonia is because of the tumor. I cuma boleh tahu the size, berapa lama and what kind of tumor after the scan. Then baru I boleh buat surgery."

Again, I just kept quiet, trying very hard to understand all this. Dzafri starts merengek balik, and this time, I started to cry. I asked the doctor to discuss it with my husband. I went to get him, again, I have to wait with Dzarif at the visitor lounge. Only few minutes inside the ward, he came to get me, saying that Dzafri is crying and looking for me.

I quickly ran to get him, seeing that the nurses try to pujuk him but he's still crying and mengamuk rimas because of the wayar. The nurses prepared him to sleep, as before can get into the scan, he must sleep.

With the help of the nurses, I tried to give him the ubat tidur. Its a sweet syrup, but my poor boy refused to take it. Its not like normal Dzafri who loved to eat, drink, even ubat. Since Wednesday, his selera makan kurang and starts on Friday, he refused to drink, eat and even takes his milk. Its so sad bila mengenangkan, yang dia memang suka makan, but dia akhir hayat dia, he cant eat.... maybe because sakit yang ditanggung .... I dont know. I really dont. Sampai sekarang, everytime I ate, I must remember him, because he is my partner when makan time. He will walk towards me or starts mumbling when he saw his plate or my plate or any foods in my hand.......

Even though the portion of the ubat given to him suitable for his age and weight, he still cant sleep. He start merengek again, pulling all the wayar, tried to sit on the bed and he looked at me with his sad eyes, asking me to hold him. The nurses help me with the wayar, and I hold him tight, tried to put him to sleep. Because if he cant sleep, they cant put him into the scan machine. Still, he cant sleep after holding him for almost 15 minutes. The nurse put him to IV, with hope that he will sleep, but no .... He merengek lagi kuat, pulling all the wayar, pusing sana sini, wants me to hold him ..... I tried to calm him down, pujuk dia, berzikir, and looks like he wants to sleep .... but I was wrong.

It was 8.35pm.

He starts to tersentak-sentak, like kena fit. I thought its fit because dia pernah kena fit on 4 November 2009 and 1 February 2010. I yelled to the nurse, saying that dia kena fit, but the nurse reply to me ....

"Ni bukan fit kak"

Before she could finish her sentence, she quickly called out all of the nurses in the ICU/NICU ward and the doctors. Just a split second, there is about 7, 8 nurses in the room and one of them had asked me to leave the room. That minute I know something terrible happened.

I was crying , more into menjerit, meraung, asking the nurses what's going on. 2 of them tried to calm me down, asked me to sit on the chair as I nearly collapsed. I tak sedar, my husband were there with Dzarif. I couldnt say anthing, only sat there and cried. Dzarif come to me and hug me, saying to me not to cry. I even cry loud, saying that I am sad because adik sick.

My husband were asking me what had happened as he spent most of the time at the visitor lounge because he cant be with Dzafri in the ward because need to take care Dzarif. I told him what had happened. Dia terkejut, quickly berdoa for Dzafri and asked me to do the same.

Then, the doctor came and see my husband.

"I cannot promise you anything. I think there's no hope, but I will try my best."

My husband can only said, Ya Allah.

I cried.

And only after 2 minutes, the doctor came to us again.

I cant barely hear what he's saying but my husband came to me.

Hug me and kiss me.

"Dzafri dah tak ada, yang. Ya Allah."

And it was 8.50pm.

I still sit on the chair, crying like I never cried before.

Screaming.

My husband went into the room. I was still outside, this time I was sitting on the floor, making calls to my family and friends.

I cant walked to the room. I have no strength to do that. I just cant. I couldnt face this. My son is gone.

I am so sad. I could not explained more. No words can described it.

It felt like my chest just being stabbed.

Ya Allah. Beratnya dugaan yang Kau berikan kali ini.

After I have called my friends, Maria and Zul, called my aunties, my brother. Then I called my mom. The minute I told her that Dzafri had passed away, my dad pengsan. Ya Allah, Ya Tuhanku. Berilah aku kekuatan. Then I called my mom again to make sure that she and my dad are ok. Luckily, my aunty just stayed near there and a cousin had offered to drive my parent from Kluang, Johor to KL that night.

Then, I slowly walked to Dzafri room.

There he was, lying on the bed.

I cant hear his voice again.

No 'mama' to greet me.

No chicky smile to welcome me.

No bye bye hand from him.

He just lying there.

He's gone. Forever.

I held him tight. Crying, screaming his name. Saying No. I dont why, but I said "No, Dzafri. No."

I dont know how long i cried, screaming his name.

Then, I sat. I was tired.

I asked the nurses, "Betul ke dik dia dah tak ada".

The nurse looked at me, "Betul kak. Dia dah tak ada."

I repeatedly asked her the same question. And she reply me with the same answer.

My Dzafri is no longer with me.

I miss him. Today (1 April 2010) is the 12th day since he passed away.

But I can still hear his voice.

I can still hear his cries.

I can still remember his laughter.

I can still smells him.

And I still remember his smile.


Ya Allah, aku redha dgn ketentuanMu. Berilah aku semangat dan kekuatan dalam menempuh dugaan Mu yang besar dan berat ini, Ya Allah. Sesungguhnya, Kau Maha Pengasih, Maha Pengampun. Segala-gala yang terjadi adalah kehendak mu Ya Allah dan aku sebagai hambaMu, redha dengan segalanya. Tempatkanlah Dzafri di sisi M,u di kalangan orang beriman, di syurga Mu. Kau temukanlah kami bersamanya di syurga Mu, Ya Allah. - Amin.



Dzafri,

Mummy love you so much. I am going to miss you forever. Not only me, ayah, abang, totok, grandma, uncle adik, auntie mek, and all of us will missing you dearly. I love you dear. No words can described how much I miss you right now. I love you dear. I have to let you go. But I'm going to miss you forever and my love will never fade. You are my only DZAFRI.


Al Fatihah


Salam takziah untuk keluarga arwah. Be strong ya dear. Allah lebih sayangkan Dzafri...

source : copy from my blogger friend's blog.

Sunday, April 11, 2010

:: Syukur Alhamdulillah ::

Presenting..
..
..
..
..
..
..
..
..

A.L.I.A S.O.F.I.A

:: Sneak peek sket =p ::

Syukur alhamdulillah.
Safely delivered a baby gurl on 10/4/2010 @ 2.17am
Weight : 3.03kg,
Length : 50cm
@ APSH, KL

Friday, April 9, 2010

:: Kelas Antenatal 2010 Al-Islam Specialist Hospital ::

Dah lama nak tulis entry pasal class nih, tapi asyik tertangguh2 jer... Just for sharing ngan preggie mommies yang lain (especially for the 1st timer) about this class. Aku attend class nie on 28 March 2010 (Sunday from 8.30am to 4.30 pm) at Al-Islam Specialist Hospital , Kg Baru. So basically these were what they provide in their programme:

  1. Kehamilan *check-up/masalah2 semasa hamil
  2. Proses Bersalin *tanda2 awal bersalin & stages
  3. Kaedah Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin *epidural
  4. Pemakanan Ibu Mengandung sebelum & selepas Bersalin
  5. Anak Satu Anugerah Ilahi *doa2 semasa hamil/tahniq/aqiqah/khitan (by Ustazah)
  6. Penjagaan Bayi *masalah2 yang sering dialami oleh bayi baru lahir
  7. Persediaan Kemasukan Wad & Breastfeeding
  8. Fisioterapi Practical *exercise

:: Mummy @ 38 weeks =p ::

Conducted by their Specialist, banyak tips yang derang kongsi. Doctor2 smer sporting habis. Time slot Penjagaan Bayi, doctor yang mana dah lepas kasi talk join skali n banyak soalan yang derang tanye pada paed tu, antara nyer:

1.Kalau kat kampung2, bile baby kena jaundis, derang kasi susu kambing.. boleh ker???
*sila elak kn yer.. susu ibu adalah jauh lebih baik dr susu kambing =p
*jwpn nie khusus utk Pn Reza yer =p

2. Betul ke kalau baby tidak dibedung, nanti kaki die kengkang/bengkok
*there's no such things dat kaki akan kengkang kalu x bedung

3. Kalau baby jaundis, boleh jemur tgh panas ker???
*sila jgn jemur baby anda di tgh panas due to sinaran UV yg makin teruk skrg nih

Pada aku, class nie banyak bagi info kat aku. Ye la tak pernah ada experience kan so better siap kan diri dengan bender2 macam nie. At least aku ada ideas on what to do and what to expect,la kan rather then tak tau aper2. Dalam class nie turut di sediakan notes & handout & goodie bags =p..

At first aku nak pegi class antenatal yg DEMC buat, which was held the same day, skali dapat info yang Hospital Al-Islam nie pon ader buat and way more nearer ngan Melawati, baik pegi kat sini je kan. And die lebih Islamic =p.. Cuma aku a bit disappointed sebab breathing technique yang die ajar bukan aper yang aku nakI was hoping die ajar Lamaze Breathing Technique tapi physiotherapist tu cakap die sndri tgh belajar pasal technique tu. Maybe next class baru die ajar. Ermm xpe la, dh tak der rezeki kan.

Next class will be held on:
  1. 23 May 2010
  2. 25 July 2010
  3. 24 October 2010
*sila comfirm kan tarikh nie dgn person in charge yer..

Contact Person:
Pn Roslina/ En Khairul
03-26931007

Registration Fees
RM60/couple

Tuesday, April 6, 2010

:: I'm On Leave Already =p ::

Start from yesterday, aku dah on leave.. *Hoyeahhhhh leh berjimba-jimba kat umah =p.. Dr kasi MC sebab nyer waktu check up last week, berat aku naik mendadak 1.5kg per weeks.*urghhh aku pon terkejut hokey. Yang pelik nyer, lately nih selera makan agak low. Memang betul2 xder selera2. Don't know why and aku asyik rasa cam nak muntah jer.

So time check up tu Dr tanyer la, "Kaki bengkak tak??". Aku pon tunjuk la kaki aku n aku tengok muka Dr tu cam terkejut gile. Siap boleh cakap kat nurse, "Nie kalau saya tekan, boleh main congkak nih" (*buat lawak vangang plak Dr nihh). So agak2 korang dapat agak la kan bengkak die mcm mana. Ku sangka kan mmg standard la kalu bengkak macam tu ruper nyer aku dah terlebih air dalam badan. And kalu aku tak treat water retention tu cepat2, maybe blood preassure aku akan naik mendadak n tu yg Dr nak elak kn. So I was suggested to take leave hari tu gak sampai la tarikh bersalin (13 April 2010) sebab die nak aku rest betul2 kat umah, tapi memandangkan still ada kerja, aku cakap ngan Dr aku nak start amik MC tu minggu nie. So Dr pon terpaksa setuju je ngan aku and haritu gak aku start amik medication Dr which is intended for kuar kan air dari badan. *serius, asyik nk terkucilll jer.

And hari nie, aku p wat check up skali lagi and alhamdulillah, lepas start makan ubat Dr tu, bengkak dah surut sket and berat aku turun 2kg.. *awwuhhh mak sker =p. Baby pon alhamdulillah sihat and dah engaged. Hisyhhh tunggu hari jer nih... Do pray for me ya peep =p.


Saturday, April 3, 2010

:: Restoran Kak Eita – Sup Ekor Stimbot ::

Woot woott.. Lama dah tak bersiaran... Tup2 terus ada entry makan2.. Ahahaha... BTW just nak promote kedai nihh... Semalam disebabkan kitorg teringin nak makan steamboat, so terus tuju Restoran Kak Eita – Sup Ekor Stimbot at Wangsa Maju (dekat ngan Jusco Wangsa Maju). for steamboat buffet. Mmg sedap... Here, kite boleh choose to have 2 of 3 jenis kuah. Dlm bekas steamboat ade divider, so boleh isi 2 jenis kuah trus. Its either i) sup ekor, ii) tomyam iii) sup ayam. Sup ekor die seriousss sedap =p *highly recommended..

So kat sinin mac@m2 seafood ader... (udang, ket@m, sotong, shell, tiram, kupang, kepah, lala, BamBoo)

segala2 macam bebola,

segala macam sayur,

segala macam cendawan,

segala macam BBQ (ikan keli, ayam panggang, daging kambing blackpaper, sate)...

ada section for nasi goreng, mee goreng, sambal sotong, kerang rebus

Plus dessert (buah ...puding...aiskrim.. and rojak buah)

So aper lagi.. cuba la... n Selammattt menjamu seleraaaa !

Restoran Kak Eita Sup Ekor Stimbot

33A, Jalan Metro Wangsa,
Section 2 Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Tel: 03 - 4149 7730

Steamboat Buffet starts at 6 to 11 pm only!
Price of Steamboat per person is RM 28.50++