Monday, March 22, 2010

:: Alxis & Motherhood Expo ::

Hi peeps, how was your weekend?? Mine mmg best la =p... Starting ari Sabtu, dengan tak disangka-sangka received one call from my bestfriend since high school, Miera. Rupe nyer die dah tercongok kat depan umah. Aiiii nasib baik la aku ader kt umah Mira oii.. and kebetulan memang tak der plan nak p mana-mana as Abi keje. Borak punyer borak dari kul 12pm sampai la kul 3pm.. Gile lama kan tak jumper ko babe, pada hal mcam la jauh sgt umah parents ko ngan rumah parents aku.. Neway thanxx for coming.. Appreciate it babe =p..

Then petang sket ajak my sis pergi Great Eastern Mall. Actually kitorg nyer intention nak makan Pavlova (ni gara2 tengok rancangan Nigella Lawson kt AFC.. terliur giler hokehhh.. pas google-d baru tau kek tu ader jual kt Alexis), tp dah abesss.... Waaaaa sedih giler.. So terpaksa la amik Meringue cake (perbezaan Meringue ngan Pavlova ni, die perisa choc and sebelah atas die letak nuts).

Lets enjoy the pic =p..

:: @ Alexis ::

:: Seafood Pizza :

:: Choc Nutty Meringue ::

:: btw nie la ruper Pavlova yg aku teringin sgt nak makan ::
*source google-d

Then hari Ahad went to Motherhood expo @ Mid Valley with Abi. Gile ramai orang, risau gak ngan perut terboyot2 tu terlanggar org, dah la aku jalan macam penguin, pastu nak mencelah-celah antara org ramai yang mostly preggie moms, ada plak stroller2 baby lagi. Adoiiiii penat mak. Ada yang siap main sodok2 aku dari belakang lagi (kang aku kuar kan gas beracun aku, mau pitam anak ko dalam stroller tuhh).

So managed to grab a few items. Antara nyer Autmnz Breast Milk Storage Bags, Buds Nappy Cream (& a few more Buds product), nursing bra (xder nyer aku nak tepek gambar die kt blog nihh =p). Ingat nak beli support pillow for BF tapi Abi cakap kaler die tak brape menarik (serious tinggal yang kaler buruk2 jer.. ehehe), so xper tu nanti dulu.

:: Autmnz Breast Milk Storage Bags ::

:: Buds Nappy Cream ::

After nearly 3 hours berhempas pulas mencelah-celah kat dalam Expo tu, aku memang dah lembik giler la. Nak jalan pon kena seret kaki. Gile tak larat. So waktu nak balik tu sempat la singgah kedai Aussino. Saja jer nak tengok-tengok comforter set for babies. Then terberkenan la ngan satu comforter nih (siap ada 40% tu). Memang nak beli sangat dah, skali promoter tu cakap, "Kalau akak nak design nie, better akak beli kat ruang legar bawah. Kat bawah tengah ada promotion 60%" . Woooo 60% tu, sapa tak nak kan =p..

Tapi memandangkan aku memag gile tak larat nak jalan dari tingkat 2 ke ground floor tu, so aku soh Abi je turun. Aku jenguk dari atas jer. Sampai2 je kat bawah aku tengok Abi angkat2 la comforter tu tapi muker cam konpiusss jer. Skali die jenguk atas sambil sengih2 cam kerang busuk, lambai2 kat aku sambil. Chesss hampess dot com btul. Nak soh aku turun la tu. Ingatkan boleh harap. Pilih jer la yang maner2 pon (pader hal ader 2 option jer pon, either gambar Bear or itik). Tape la demi baby aku turun la. Sampai2 bawah aku terus pilih yang mana aku berkenan (of coz la gambar Bear tu kn.. chomell sket =p), kasi kat Abi soh bayar, terus cari tempat duduk. KAki dah bengkak gile, pinggang lak cam nak patah hokehhh. Gile la tak larat. Pas dah bayar terus balik rumah. All the way back aku membuter, sampai umah pon sambung membuter lagi. Ehehehe and harini aku rasa macam nak demam =p.. Drama queen sungguh.. BTW nie la comforter untuk baby kitorg nanti. Berbaloi-baloi. Heheheh i loike =p

:: Aussino Babies Comforter Set ::

BTW aku nyer comfinement set dah sampai... Hoyeahhhh. And bilik pon berbau jamu, rasa macam nak muntah pon ader (eeuuwwww). Kotak tu aku letak kat satu sudut so xder orang usik, tp malam tadi dengan slumber nyer laki mak pegi bukak, ehhh bau die perghhh macam nak pitam aku. *Orang udah bilang jangan diusik2 kotak tu. Degil betul.. Titik tangan tu kang =p..

:: NR Confinement Set ::

Thursday, March 18, 2010

:: March Babies =p ::

Ermm babies ker??? Ahaksss... Anyway just wanna wish each and everyone kat bawah nie Happy Birthday.. Phewww ramai btul lahir bulan March nih. Starting dengan Mama =p


:: Mama (2nd March) ::

:: Qaisara, Eliz's daughter (12 March) ::

:: Miera (14 March) ::

:: From Left : Piah, Dalila (25 March), Faiz (18 March) ::

:: From Left: Sha, Selamah, Ash (18 Mac), Me, Miera (14 Mac), Pijot ::

:: Abah (31 March) ::

Hope lovely surprises are coming your way
To make your Birthday a wonderful day

Smiles and laughter, joy and cheer
New happiness that stays throughout the year
Hope your birthday brings all these and more
Filling life with surprise and joys galore!

So on this very special day
I would like to say to you
I hope you'll always find happiness
In whatever you may do.

Another candle on your cake
Well there's no need to pout
Be glad that you have strength enough
To blow them all out!


:: Putrajaya Int Hot Air Balloon Fiesta ::

Allaaaa..... teringin nyer nak pegi.... Tapi Abi plak keje ujung minggu nihh (smpi lewat mlm lak tu.. adoiyaiii).. Takper usaha pujuk memujuk still on lagi =p... So kawan-kawan pe tunggu lagi... Don't miss the fun. Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta starts harini (18 March 2010) sampai Ahad (21 March 2010). Macam2 activity kat sana. Itinerary die leh view kat sini


These events / activities include but are not limited to:

* Tethered hot air balloon rides
  • 5 hot air balloons for tethered rides for the public
  • Operating hours from 8am – 11am and 6pm – 9pm
  • Tickets: RM10 for adults and RM5 for children.
* Para-motors / para-gliders show
* Remote control aircraft flying display
* Kite flying
* Helicopter rides
  • Operating hours: Saturday and Sunday, 9am-2pm
* Outdoor games for children :Inflatables, clowns, magic shows, sphere rides
* Extreme games
* Carnival favourites / funfair booths : Face Painting, Sand Arts for Kid’s, Mehendi art painting for the kids & ladies, Cool Stick on Tattoos, etc..
* Competitions :Colouring, paper airplane, photograph of the day, lantern
* Concession Booths :Exhibit / Display / Product Sampling booths
* Fireworks display: Finale for night glow

Number of Hot Air Balloons: 23
  • Normal shaped : 18
    • 13 hot air balloons for free flying
    • 5 hot air balloons for public tethered rides
  • Special shaped: 5
Participating countries
  • The pilots that attended the 1st Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009 are excited to come back next year!
  • Countries involved were Belgium, USA, the Netherlands, France, Switzerland, Malaysia and Japan.
  • More pilots from other countries also requested to attend the event.
:: Site Map ::

:: Amalan Memudahkan Kelahiran Bayi ::


Selawat Syifa’



Terjemahan buku Harun Din & Amran Kasimin:

“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”

Lauanzalna


Terjemahan:

(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)

Kegunaa ayat-ayat menurut Darussyifa:
  1. Surah-Al-Fatihah dibacakan bersama Selawat Syifa’ untuk semua penyakit.
  2. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’& Lauanzalna untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.
  3. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’ , Selawat Tafrijiyyah untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya.

Dipetik drpd lama Darus Syifa

:: Minyak Selusuh ::

Apabila dekat dengan tempoh kelahiran, dapatkanlah minyak kelapa yang dibuat sendiri (minyak tanak). Kemudian, bacakan Surah Ath Thaariq ( 7 ayat yang pertama) dan selawat pada minyak tersebut. Boleh juga berjumpa dengan tok guru yang arif dalam membuat minyak selusuh ini.

Kemudian, suami sapukan dari pusat hingga ke ari-ari isteri. InsyaAllah berkesan dengan izin Allah. Berkesan jujga bagi bayi yang songsang. Ketahuilah bahawa ayat Al-Quran memang hebat dan tiada tolok bandingnya.

Wednesday, March 17, 2010

:: Persediaan & Tips Bersalin ::

Tips Bersalin
  1. Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.
  2. Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.
  3. Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk atau berjalan-jalan dalam bilik bersalin.
  4. Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain.
  5. Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.
  6. Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.

Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.

Senarai Keperluan Ibu Berpantang.

Sebagai ibu bapa baru, tentu seronok untuk menimang cahaya mata. Tapi jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang.

Pakaian

  1. Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh.
  2. Kain batik – senang pakai kain batik kerana perut yang besar dan kain batik free size
  3. Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
  4. Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
  5. Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Makanan kesihatan/tambahan

  1. Susu – bergantung pada individu.
  2. Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
  3. Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai.

Penyusuan badan

  1. Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
  2. Bantal menyusu – mudah untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Jika tidak agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
  3. Pad alas payudara – untuk elak susu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan keluar dengan sendiri.
  4. Pam perah susu (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
  5. Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.

Lain-lain

  1. Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
  2. Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
  3. Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – terutama bersalin anak sulung. Kadang kita lihat atau fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.

Adalah baik membuat persediaan awal. Agar tumpuan sebenar ketika pantang adalah menjaga bayi dan mengamalkan jagaan kesihatan yang betul untuk ibu supaya cepat sembuh.

*source dari Mama Dania

Sunday, March 14, 2010

:: Abi di Zaman Teruna =p ::

One of Abi's friend tagged me in Facebook. Ingat kan gambar aper la, ruper nyer gambar Abi n his friend tengah ronggeng2 back in zaman UTM dulu. Kalu tengok gambar, nie macam time derang 1st or 2nd year. Look how kurus was Abi that time. Ahahaahhaa.. *Opsss terlebeyy sudah =p

:: From left : Alan (nk kawen dh ujung bulan nih), Abi, Foad (xtau peciter), Zam (dh kawen n ader sorg anak), Reza (rasa nyer he has already finished his PhD) ::

:: Abi's Geng ::

:: Mat rempit.. Abi tukang bonceng jer.. heheh ::

:: Nie either kat Dataran JB or Stulang ::

Friday, March 12, 2010

:: Keropok Lekor & Undangan Perkahwinan ::

Waktu balik rumah time lunch tadi, baru aku teringat yang mama tak der kat rumah. Die sibuk berkampung kat rumah Cikgu K, siap kan hantaran as anak cikgu tu nak kawen ari Ahad nie. Memandang kan aku tak makan nasi time lunch, so terpaksa cari alternatif lain untuk kenyang kan perutss.. So bukak2 freezer jer aku terperasan bungkusan kat bawah nie. Aik sebelom nie tak pernah perasan pon, mana plak datang bender alah nih??


So bukak2 jer, jeng jeng jeng, ruper nyer keropok lekor. Ruper nyer tadi ader member mama dari Terengganu hantar keropok nih. Wahhhh bestt nyer. Siap ader cuka die tu.. Aku baru je sebut-sebut ngan Abi, best nyer kalu dapat kopok lekor Ganu, tup tup arini dah ader kt umah. Syukur, rezeki =p.. BTW aku memang sker kopok nih, sebab nyer time mama peknen kan aku dulu die ngidam kopok lekor (*mak saya org Ganu yer kawan2). Siap mintak tolong member die dari Ganu post lagi. Sampai2 umah je kopok tu dah keut & kena makan semut. Ahakssss. Sian mama. Tak pasal2 abah kena drive p Mersing semata-mata nak belikan mama kopok tu.


So aper lagi, perut pon dah berkeroncong, terus amik periuk, rebus kopok tu. Owhh aku memang xbrape sker yang goreng2 nih. Kalu kopok rebus mmg feveret aku =p. Ganu style. Makan panas2, cicah ngan cuka die, huuuuuuu besttt =p. Kas pon tak lepaskan peluang yang ader. Aku kasi la die raser sikit. Suker betul die. Pasnih harus la aku carikan die mak we Ganu. Aduyaii. Guaner tu =p??*Pssttt sapa kata Kas makan friskies jer??


So sambil2 makan tu check la surat-surat. And salah satu dari surat tu ader undangan perkahwinan kat Johor. Cik Farah Morset, if you are reading my blog, sorry sangat2 for not attending your wedding. Memang aku nak sangat pegi. Lagi2 plak konvoi ngan Yaya & Iena, tapi due to my condition, Dr memang tak kasi aku travel jauh. Kang tiber2 aku nak terberanak sapa plak nak sambut. KL - JB bukan nyer dekat.
*Walaupon Feruz cakap ngan Farid, "Aper nak takut, Dr Aqsa leh sambut". Tak mau aku. Maluu la weyh ngan laki ko Ya =p.. Best nyer korang dapat ronggeng2 kat JB tuhh... waaaaaaa...


To Farah & Bulu,
Selamat Pengantin Baru
Moga berbahagian ke akhir hayat
Amin..
*yes we do call him Bulu =p

*Update on 13/3/2010 @ 10.50 pm
*curik dis pic from Aini's FB =p

:: Gorgeous Farah & Aini ::

:: Acara potong kek ::

:: With SIGS friend's ::

:: Kas Si Meoww ::

"Fariddd..... Faridddd......... Fariddddd..........."

jerit mama....

"Cepat tengok kan Kas tu...
Die gaduh ngan kucing lain..."

Kusss semangat. Ku pikir kenapa mama menjerit. Ruper nyer si Kas gaduh. Aiiii concern btul mak aku ngan kucing Abi. Sampai ke bilik leh dgr die jerit. Sejak2 Abi bawak balik Kas, satu rumah kasi full attention kat die especially mama. Pada hal seingat aku la, die mmg anti kucing. Tiap kali kalu ader street cat dtg umah mesti die soh antar p kedai mamak or mana2 tempat yang senang kucing tu nak cari makan. Reason die, takut nanti kitorg kena asma. Logic gak la reason tu as time kitorg kecik2, dek kerana slalu main street cat, smer kena kurap (except mama ngan abah la).. Ahaksss.. Serious tak tipu. Dulu aku kena kat kepala. Ader la besor duit 50sen. Botak kepala aku. Sib baik la rambutss ku panjang lagi lebatss.. So tak nampak la botak nyer =p...

:: Ape tgk2.. mau gado ker?? ::

Scene 1

Mama : Kucing ko ni boleh tangkap tikus tak??
Me : Mana la die reti ma. Kucing manja. Silap2 die takut lak ngan tikus tu
Mama: Pondan betul kucing ko nih. Die makan nasik tak??
Me: Aii kucing mahal macam nih mane nak nasi.. Paling2 pon friskies
Mama: Dah macam jaga anak plak
Me: Memang la. Nie la anak Farid. Dah setahun die bela kucng nih.
*terkedu mak aku =p..

:: Nama saya Kas ::
Scene 2

Waktu awal2 Abi bawak die turun KL, kitorg terus shaved bulu die. Takut bulu die lekat kat kerusi n carpet mama.

Mama: Eii kenapa badan die macam tu?? Die tak sejuk ker???
Me: Kucing mana la sejuk ma
Mama : Mama tengok kucing ko nih macam kurus jer.
Me: Memang la, dulu nampak gemok sebab bulu die tebal.
*aiii mak aku nihhh...

:: See dah togel.. Shian dier.. furless skrg ::

Scene 3

Last week, mama wat makan2 sket kat umah, skali aku dgr member die cakap, "Ehh kenapa ngan kucing nie. Kepala die besar, badan die kecik. Macam singa". Aku nak tergelak pon ader. So terpaksa la aku explain kat aunty tu yang kitorg shave bulu die kat badan die jer. Kat kepala kitorg tinggal kan bulu die. Cam togel sangat palk kalu shave satu badan kan. Ahahah.. Sian ko Kas..

:: Macam singa kan?? ::

Scene 4

Mama: Along, mama tak suker la ko kurung2 kucing ni. Berdosa tau.
Me : Malam je. Nanti kalu lepas kan die gado ngan kucing lain pulak
Mama : Yang ko pegi potong kuku die knaper. Kesian kat die. Kalu die jumper bender pelik2 macam mana die nak lawan??? Pas nih ko jangan ketip kuku die lagi
*aisyhh kena lagi aku...
Dalam hati,"Kalu die cakar2 kerusi mama jangan salah kan Along yer".


*So sekarang nih si Kas bebas berlari2 kat luar & dalam umah aku. Slumber dog die je nak tido, ke bergolek2 kat atas katil ke, atas sofa ker. Tapi aku tau, tu utk temporary sampai la baby aku kuar. Pastu tak der la org nak manja2 kan die.. Ehehehehehe... Nasib ko la Kas...

Aksi2 Kas

:: Huarghhhh.. ngantuk nyer sayer ::




*Noted: Biler nak tido, die pandai cari port yg berangin. Time nie, kipas mmg direct kat die sorg.. Hamboi2..