Thursday, January 28, 2010

:: Kebaya ::

Yeah..
Aku suka berkebaya especially bile pegi majlis kawen member2...
Motif entry nih???
Ujung minggu nie ader wedding member n I don't have something nice to wear...
Aisehh how howw????

Lately nie sgt la malas nak melawa ke aper ker..
Nak beli baju baru utk diri sndri pon malas...
Tapi kalu barang baby laju je aku nihh =p
Sampai aritu kena marah ngan Abi la...
Sowiee Abi =p

:: year 2007 @ wedding k.juya ::

:: year 2008@ yaya's reception ::

:: year 2007 @ Eliz's reception ::

:: year 2008 @ dear cousin, Anim's reception ::

:: year 2008 @ k.syida's reception ::

:: year 2007 @ Pijot's reception ::

:: during raya photoshoot with my siblings =p::

:: year 2005.. enchem kn Abi time nihh... oppsss =p ::


Tuesday, January 26, 2010

:: BSP reading =p ::

Alhamdulillah, everything went well semalam. 4 kali reading smer bawah 7.8mmol/L. Masih normal =p.. Maybe berkat berdietsss + jln2 kt dpn umah at least 20 min/day =p.. *walaupon sblom nie ada kata2 nakal dr seseorg yg konon nyer aku tak kn leh turun kn BSP reading aku. Sentap hokehhh...

So overall BSP reading:
8.00 am = 4.3mmol/L
(berpuasa dr 10pm mlm sebelum nyer)
12.00 pm = 4.7 mmol/L
*(roti canai + milo + limau suam xde gula @ 9.30am)
6.00 pm = 4.2 mmol/L
*(yee mee kungfu + limau suam + pau kacang @ 1.00 pm)
9.30 pm = 6.1 mmol/L
*(had 1/2 nasi + lauk + buah2 @ 6.45pm)
*lepas je amik reading kul 9.30pm tu aku trus cari ice cream.. pengsan nurse tu kalu die find out pasal nih.. harini jer.. aii promise =p

So alhamdulillah tak perlu amik insulin, tapi every 2weeks (sampai la deliver), kena wat check up kt klinik. Kalau aku terus kan pola pemakanan macam kt atas insya-Allah xder problem. Aku notice bile makan nasi jer reading aku naik, so nasi tu mmg kena kurang kn. Pasni roti canai n milo pon terpaksa kurang kn =(.. Buah-buahan mcm pisang & durian is a big No No (owhh durian).. Limau & apple xleh lebih dr sebiji sehari. Sorry yer baby, mummy terpaksa buat mcm nie utk kebaikan kite berdua k.

* BSP = blood sugar profile

Monday, January 25, 2010

:: Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu ::


Last Saturday, aku ngan Abi join Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu anjuran Gading Emas Management & Services. So seramai 42 participent yg hadir ke program ini. Mmg full house la.. Counselor yg kasi talk mmg xyah diperkanalkan lagi =p... Kak Su (lunatots) & Kak Fara (Sarakids). Memamg best. Waktu 1st time jumper Kak Su terdetik dalam hati, "Alahaiii, kecik nyer akak nihhh". Hehehhe mmg chomel. Kak FAra plak mmg kelakar.. Asyik gelak jer..

So antara topic2 yang di cover dalam class nih:
  1. Pengenalan/kepentingan breastfeeding (BF)
  2. Teknik latch on yang betul (siap ngan video.. best best)
  3. Cara-cara penyimpanan EBM
  4. Cara-cara nak wat stock bnyk2
  5. Bagaimana nak membekalkan EBM pada pengasuh
  6. Milk booster
Kire mmg banyak la info2 BF yang kitorg dapat tru' 4hrs class nih. Lagi2 plak utk 1st timer mcm kitorg nih. Memang sajer jer aku heret Abi join class nih, sbb nyer utk fully BF persediaan dari segi metal & support dari En Suami amat la penting. *tetiber teringat plak aku try guna breast pump tu kat Abi... ahahah.. Harus ku steril semula pam tu.. Ahaksss =p.. Opsss sori yer Abi =p

Kalau ada rezeki mmg aku nak BF baby secara exclusive (moga dipermudahkan.. Amin) walaupon kadang2 terdetik dalam hati, "mampu ke aku??" tapi Abi selalu ingatkan aku, "Insya-Allah, bie boleh buat". Bila tgk mummy2 blogger yang lain, gigih memperbanyak kn stock EBM derang walaupon ader jer rintangan (nipple crack, susu merundum, penat.. etc), tetiber je aku jadi semangat. Insya-Allah, aku akan cuba yang terbaik =p.

So gambar2 yang kat bawah nie aku curik dari blog Lyn (organizer).. TQ Lyn =p

:: K. Fara, hubby Lyn, Lyn (organizer), K.Su ::

:: Us with the counselor... kecik chomel je kan K.Su =p ::

:: Participant Kelas Asas Penusuan Susu Ibu =p::

Friday, January 22, 2010

:: Cost Living Allowance - COLA ::

Alhamdulillah, pagi2 lagi dah dapat perkhabaran gumbira dari member2 dalam Facebook. Then dalam kul 11.20am dapat lak email dari JPA...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Tan Sri /Datuk/ Dato'/ Datin / Dr. / Tuan/ Puan,

Untuk makluman bersama .

Kepada semua Warga JPA, berita mengenai pemotongan/pengurangan COLA adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.

KUKK
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia

Thursday, January 21, 2010

:: MGTT 8.7 mmol/L.... tidakkkkk)

Last Tuesday, went for MGTT (Meal Glucose Tolerance Test). Malam sebelom test tu kena start puasa dr 10 pm sampai 8am. Esok pagi-pagi p klinik, amik darah then minum air gula. Manis giler hokehh.. Tapi alhamdulillah, tak der plak nk termuntah balik mcm org lain. Aku tgk derang smpi berkerut2 muka tahan muntah. Kesian plak. pastu kena puasa lagi sampai la die amik darah dlm kul 10.30am. Huiiii lapa lapa.

Bacaan normal untuk darah:
During fasting = 3.8-5.5 mmol/L (aku nyer reading 4.3 mmol/L)
After meal = < 7.8 mmol/L (aku nyer reading 8.7 mmol/L.... huaaaa)

So memandangkan bacaan nyer tinggi, Isnin next week aku kena dtg lagi skali utk wat BSP plak. Kali nie kena amik 4 kali reading (jam 8.00 pagi, 12 t.hari, 5ptg & 9.30 mlm...). Adehh, terpaksa berkampung kt klinik la gamak nyer.

Dah 2 hari aku berkempen diet dgn lebih ketat (sedihhh gile wooo). Pagi mkn biskut jer, tgh hari yee mee kunfu, mlm nasi satu senduk + lauk2. Sampai menggigil2 tahan lapar, tapi pikir2 sebelom aku kena kencing manis, baik control. Tak mau la kena inject insulin. Lagi pon org ckp, bile ada kencing manis, nnt baby besar.. Owwhh nooo.. Then aku google-d pasal pemakanan sihat, ada yg suggest makan madu.

Manfaat Madu Lebah


1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

3. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli. d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

4. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.

5. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


Pasnih, nak p beli madu Khaula kat Giant. Mudah2 boleh reduce kan kadungan gula dlm darah =p. Btw betul ke kandungan gula dlm pisang tinggi?? Kire buah nie harus di elakkan ekk??

Monday, January 18, 2010

:: Confinement Set ::

Dear mommies,

Nak minta pendapat la u all la. Agak2 nyer la set bersalin yang mana ok?? Bile google-d banyak pulak produk bersalin nie sampai tak tau nak pilih yg mana satu. Ada sapa2 boleh tolong?? Sebab setiap produk lain2 kan item die, ada yg ada pilis, ada yg xder. Ader yang ader tablet haruan. Iskk pening2..

::Set Herbanika Bersalin NR ::

:: Set bersalin Nuriz ::

:: Set bersalin Warisan Afiat ::


:: Set Bersalin Ibu Halimah ::

:: Set Bersalin HPA ::

:: Set Bersalin Biodex ::

:: Set bersalin Salindah ::

:: Set Bersalin ConfineMum - Leesa Formula ::

:: Jamu Selapan, Mustika Ratu ::

:: Set Ammy 60 days - Sendayu Tinggi ::


Saturday, January 16, 2010

:: Baby 3D/4D Scan =p ::

Yeah we're one excited parents to be. Sanggup amik cuti semalam utk pegi wat 3D/4D scan for our munchkin =p. Kitorg p wat scan ni at Vision College. Sgt la excited biler tgk muka die =p.. We HIGHLY recommend this place. For a number of photos as well as videos in a CD, it costs only RM 60. Sgt sgt cheap compared to other places. Kalau detail scan RM120. But of course la yg wat scan tu student. And the scan is very thorough. Selalu nye around 30min to 1 hrs per session.

Mula-mula baby was not cooperating well. Asyik tutup muka die jer.. Nak main cakcak ngan mummy n daddy die yer =p. So bdk yang wat scan tu kena gegar2 kn perut aku sket. Still tak berjaya gak, then die soh aku plak gegar kan sendri. Heh kalu dr awal2 ko soh aku kn senang. Aku pon pe lagi, tekan tepi, tkn atas bawah smer la aku tekan. Shake shake shake it.. then baru die tunjuk muka die. Tu pon dapat tgk side view jer..

:: ngehehehhee permata hati kami ::

:: pipi tembam mcm daddy die ::

:: awww die tgh menguap ::

So semua nampak ok. Alhamdulillah. Bile buat thorough scan, kite leh check baby nyer jantung, kaki, tangan, tulang belakang. Tp yg tak best nyer die tak mau tunjuk tutt tutt die. Sbb most of the time die duduk in a C like position, all curled up like a baby kitten. Haisyhh anak mummy nihh.. Nakal tau. Btw weight baby 1.2kg (bagus bagus.. baby jgn besar sgt tawww =p)

Ngegegege lagi 2 bln.. Tak sabar nyer. Bile tunjuk gambar2 ni kat abah, abah ckp muka baby mcm Abi. Aiii.. Nie aii jeles nih =p.... Tp yg comfirm nyer tgn die ikut mama die. Tgn pdf =p (*gebu gebu).

So sapa2 yang nak wat scan kat Vision College nih, kena wat appoinment at least 1 to 2 wks in advance. Sbb dalam sehari die tak leh amik ramai patient. Die wat scanning nie time office hours je. Mommies around 24wks - 32 wks sahaja dibenar kan wat scan nie sbb kalau lebih dr 32wks, baby dah terlalu padat dlm womb tu. So bile baby susah nak berpusing , susah la nk dpt kn gambar baby tu. So address n map utk ke Vission College seperti di bawah =p.

VISION COLLEGE
127, JALAN SS 6/12,
KELANA JAYA, 47301,
PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
(6)03-7803 8300
(6)03-7803 8302
info@vision.edu.my

VISION MEDICAL CENTRE
Operation Hours
Monday to Friday 8.30am - 5.00pm


Aightt. Aii nak bersiap, sat lagi nk p cari barang2 baby plak =p.. DAdadadaaaaaa

Friday, January 15, 2010

:: Black Canyon ::

Tengah hari semalan p lunch ngan Abi @ Jusco AU2 Setiawangsa. Mula2 kitorg pusing2 kat food court.. Tak tau nak makan aper. Then kitorg pon jln2 sampai la kat jumper kedai Black Canyon Coffee and International Thai Cuisine nie... Tgk menu macam best jer. So we decided to gave it a try. Pastu kitorg order package for two. Siap order lauk extra lagi.. eheheh. (nak buat camner, laki bini kuat mkn =p). No bad la makanan kat sini. Waitress die pon friendly, asyik tanyer how's your food etc... So lain kali boleh datang lagi =p..


:: Stir-Fried Chicken w/Cashews ::

:: White rice ::

:: Stir-fried Prawn, Chicken and Chili ::

:: Stir Fried Mixed Vegetables in Oyster Sauce ::

:: Tom Yum Goong ::

:: ice lemond tea ::

Thursday, January 14, 2010

:: Roti Bakar Mamak ::

Alkisah roti bakar…

Dua hari lepas, around kul 10pm abi mengajak ku ngeteh di kedai mamak… So ikut kan ajer la. Abi order meggi goreng, aku plak sbb dlm misi berdiet (chewahhhh.. konon nyer =p) sekadar mengorder roti bakar. Sambil tu mata melilau2 tgk mamak yg amik order tu wat keje. Pastu terdetik dlm hati, ishh bersih ke tgn org yang bakar roti aku tu???

Skali aku terpandang la satu mamak nih, mula2 die angkat pinggan atas meja, then die lap plak meja tu. Dah tu die campak kain lap tu and dengan tgn yang tak berbasuh tu die p kt tmpt pembakar roti n bakar roti… (aiiyerkkk… geli nyer aku). Pastu die smbg hantar minuman kt meja lain then smbg balik sapu majerin n kaya kat roti tu (adoiiii kembang tekak aku). Comfirm2 la tu roti aku kan… aaaaaaaaaa

Dah tu aku terkeluar la statement nih :

Me : eiii geli geli geli.. *sambil buat muker tak puas hati
Abi : Nape???
Me : Org yg wat roti tu, eiii kotor nyer.. *sambil mencebik2
Abi : Bi nih, kalau org tak kenal bi btul2 mesti die ingat bi ni cerewet.

So aku pon citer la bender2 yg aku nampak td. Abi terus kembang tekak. Meggi yang die tgh makan tu pon die tak lalu nak abes kn. Pastu bile mamak tu hantar roti tu, kitorg jelling jer. Dua dua kembang tekak tgk roti yang takbersalah tu. Nak makan ke idok.. Nak makan ke idok. Kalu tak makan membazir la plak. Last2 aku baca bismillah, selawat 3 kali, terus ngap sampai abes. Abi wat muker tongong die sambil gelak kn aku..


Maka tamat lah riwayat sekeping roti. Nasib baik malam tu perut aku tak buat hal.. Ngahahaha. Pasnih mmg aku xnak order lagi roti bakar kt ctu. serik serik..

Wednesday, January 13, 2010

:: Klinik Ibu & Anak Gombak ::


Arinihh pepagi buter aku ngan Abi dh tercongok dpn klinik Ibu & Anak Gombak. Time tu baru ada 2 org. So pas amik no giliran kitorg p mamam dulu sbb kaunter buka around 8am. Dalam 7.45am nurse dah panggil.
  1. Isi borang & buku merah utk 1st timer
  2. Pemeriksaan air kencing
  3. Dengar taklimat penyususan susu ibu
  4. Test darah, blood pressure, ukur tinggi & berat
  5. Scan heartbeat baby & taklimat pasal penyakit anemia
  6. Jumper Dr utk scan baby, measure baby besar mana etc
  7. Injection kancing gigi
So around kul 10.30am smer settel. Next week kena dtg utk test air gula (Ujian MOGTT) plak. Sebab nyer dlm family aku dh ada history diabetic. So nurse takut aku berisiko utk kena so aku terpaksa buat test tu.

Banyak gak procedure die ghuper nyer. Tapi nurse tu ckp next appoinment, dah tak lama mcm 1st time nih.. heehehe. yang best nyer kat sini, lagi bnyk ko bertanyer, makin friendly nurse2 kt sini. Walaupon air muka nampak garang tp derang ok sebenar nyer.

Btw baru aku tau ruper nyer time pregnant nih tak leh minum milo ekk?? Sbb nurse tu ckp takut nnt anak active. Betul ke?? Iskk aku nih leh kate tiap2 pagi minum air tu. Risau plak. hehehe aighttt time to sleep bebehh.. Dadaaaa...

Monday, January 11, 2010

:: Jenis Darah Dengan Diet ::

Pagi2 lagi K.Uyun tanyer darah aku type aper. So aku jawab la O. Pastu aku tanyer die balik "Kenapa???". Ruper nyer die tengah survey2 makanan yang sesuai dengan darah. So lepas aku googled, jumper la article nih.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi (owhh noooo, dah tu aku nk mkn aper???) Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang (erk broccoli xleh, tp tu la bnyk acid folic.. bagus tuk baby aper). Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini (opsss kena stop mkn jerukss la nihh)

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain (=p)
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan (owhh sememang nyer aku bleh mkn smer jenis makanan.. tolak batu ngan kayu jer =p)
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik (pilates =p)
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran (of coz.. kalu aku tak makan bender2 bising la mak aku)
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba (alaaaa aii kalau tea2 time pregnant nie angin la)
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal (owhh steak... ehhhm Abi, Victoria Station jom =p )
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


untuk blood type yg lain, sila refer di sini ya =p.

Saturday, January 9, 2010

:: Avatar ::

Rite now jam menunjukkan pukul 3.30am. Just came back from watching Avatar@BTS (yes i noe, citer dh lamer kuar baru aku nk p tgk.. eheheh =p) . Mmg best. U should watch it. X sia2 kitorg amik midnight movie.. Cuma ralat sket sbb at first nak amik yg 3D tu tapi tiket nyer dh habis. Tapi ape pon aku kasi rating utk citer nih 4.5 star =p... Transformer pon kalah la =p.







P/s:
Lamer dah tak berjimba2 ngan Abi kat luar waktu malam nih =p. Sekali sekala best jukan kn =p..