Thursday, September 23, 2010

:: Persoalan Puasa 6 ::

Berikut persoalan yang kerap timbul terutamanya di kalangan orang perempuan mengenai puasa 6 ..

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya'rawi "Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal ".

Kalau macam tu, kesian la kat orang perempuan yang uzur di bulan Ramadhan? Tak dapat fadhilat puasa setahun la sebab tak puasa penuh dalam bulan Ramadhan?

Menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi'e, orang yang ada puasa qadha, wajib qadha puasa dahulu di bulan syawal sebelum puasa sunat. Kalau ada baki, maka bolehlah puasa sunat dalam bulan syawal. Tapi, Bagi orang yang luput sebulan Ramadhannya dan terpaksa tukar sebulan di bulan Syawal, maka dapat lagi fadhilat puasa 6 syawal kalau ia berpuasa dengan niat puasa 6 syawal di bulan Zul qaedah.

Kalau nak niat serentak puasa QADHA 'dan SUNAT SYAWAL, boleh ke?

Ulama 'berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.

Dalam mazhab Syafi'e, setengah ulama 'mengharuskan niat serentak puasa qadha dan sunat syawal dan terhasil fadhilat puasa syawal dengan niat serentak. Setengah lagi mengatakan bahawa kalau hanya niat puasa qadha 'sahaja sekalipun, tetap dapat pahala fadhilat puasa 6 hari dalam syawal kerana umum hadis tidak menyebut sama ada puasa itu qadha ataupun puasa sunat!!

Banyak sangat hukumnya .. Jadi apa kesimpulannya?

Disebabkan hal ini terdapat banyak perselisihan pendapat di kalangan ulamak, maka kita sebagai orang awam ni bebas untuk pilih yang mana satu untuk kita ikut. Jika kita nak gabungkan puasa pun tak salah, atau nak buat asing pun lagi bagus sebab puasa 2 kali. Jika anda tanya pendapat saya, saya lebih suka dengan cara Aisyah ra

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha 'pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain.

Jadi boleh mendahulukan puasa sunat daripada puasa wajib. Ini kerana puasa qada 'walaupun dilakukan pada bulan-bulan yang lain tetap mendapat 10 kerana ia adalah puasa wajib ramadhan yang diqada'. Tetapi puasa sunat 6 hari syawal hanya boleh dilakukan pada bulan syawal.

Kesimpulannya,
Anda pilihlah sendiri sebab setiap pendapat ada hujjah masing2 dan pastikan anda berpegang tetap pada satu sahaja.

Wallhualam..

5 comments:

ashra said...

a'ah..aku pun dgr dapat automatically pahala 6 kalu qada puasa..ko da stat qada' ke?huhu..jeles aku..aku 25hari beb

~ As ~ said...

gud info! thanks...

MamaShiLa said...

thanx yani for this info..baru dpt buat 2 hari puasa....lagi 4 hari tertunggak!

ana said...

seeloknya buat puasa 6 dulu...sbb dlm bulan syawal je puasa tu.

Mrs. Bee said...

K.yani...best nye blog ni..blh jadi reference utk new mummy ni..hehe..

Good post.. ader dgr dlm radio jugak..mana2 pon blh buat tp siapa yg nak pahala lebih blh buat asing2...depends niat kita ... yg penting kita PUASA 6...Berdebat sana sini tp kalau tak amik peluang puasa 6 no point jgk..
Just my 2 cent... ^-^