Saturday, April 17, 2010

:: Achik Spin Meninggal Dunia ::

Innalillahiwainnalillahirojion..
mudah-modahan roh nya ditempatkan dengan org2 yg beriman..
amin ( al-fatihah)



Pada jam 7 malam tadi, penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari diberitakan telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS iaitu di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).

Achik Spin dalam perjalanan pulang dari bersiaran langsung di RTM untuk program Hits1 pada petang tadi.

Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki kereta MPV Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.

Jam 8 malam, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

Vokalis Spin ini dikenali ramai dengan lagu Paling Comel berduet dengan penyanyi sekampungnya, Siti Nordiana atau Nana. Achik Spin bernikah dengan Tasha atau nama sebenarnya HM Rosezaitul Suriani Wati pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Namun, anak sulungnya itu meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.

3 comments:

FiDa@aMiDa said...

al fatihah, ajal maut tak mengenal usia..semoga roh dicucuri rahmat Illahi..aminn

Nurshahfamily said...

AMin.....

Iryani Noor said...

K.Fida:
Amin.. moga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..

K.Nur:
Amin