Wednesday, March 17, 2010

:: Persediaan & Tips Bersalin ::

Tips Bersalin
  1. Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.
  2. Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.
  3. Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk atau berjalan-jalan dalam bilik bersalin.
  4. Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain.
  5. Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.
  6. Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.

Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.

Senarai Keperluan Ibu Berpantang.

Sebagai ibu bapa baru, tentu seronok untuk menimang cahaya mata. Tapi jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang.

Pakaian

  1. Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh.
  2. Kain batik – senang pakai kain batik kerana perut yang besar dan kain batik free size
  3. Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
  4. Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
  5. Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Makanan kesihatan/tambahan

  1. Susu – bergantung pada individu.
  2. Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
  3. Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai.

Penyusuan badan

  1. Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
  2. Bantal menyusu – mudah untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Jika tidak agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
  3. Pad alas payudara – untuk elak susu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan keluar dengan sendiri.
  4. Pam perah susu (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
  5. Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.

Lain-lain

  1. Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
  2. Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
  3. Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – terutama bersalin anak sulung. Kadang kita lihat atau fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.

Adalah baik membuat persediaan awal. Agar tumpuan sebenar ketika pantang adalah menjaga bayi dan mengamalkan jagaan kesihatan yang betul untuk ibu supaya cepat sembuh.

*source dari Mama Dania

4 comments:

SwEeT^^SiMpLe said...

long, dah book tukang urut tu? dia bleh jagakan org pantang gak..

:)

Iryani Noor said...

Anim:
aku book ngan org lain.. sbb aritu time aku call mak cik tu, die ckp cam garang2 jer ngan aku.. takut weyy.. kekekekke... pastu aku nk try la berurut ngan die dulu kn, tp mak aiii die punyer la busy, siap ckp kalu nk urut time hari keje je die ader masa, waktu pagi lak tu.. last2 aku carik je org lain.. sbb aku cari pon dh last min kn.. sambar je la saper2...

SwEeT^^SiMpLe said...

suara je garang long. tp baik giler.. sedap tuh dia urut. dia bekas bidan. Aah dia mmg urut pagi.. pkol 7.30 start urut tuuuu...

takpe asal ade org urut ko.. ape2 ko roger aku ek kalu nak makcik yg urut aku tu. mak/abah aku leh tanyekan.. :)

Iryani Noor said...

Anim;
tu la ari rabu lepas pak ngah dtg umah, die ader ckp kalu nk book ngan mak cik tu Pak Ngah leh tanyer kn.. tp aku dh terbokk ngan mak cik sorg lagi tu.. xpe nnt tgk camner, kalu mak cik yg urut aku tu cam kureng jer, nnt aku try ngan mak cik ko nih.. BTW, Pak Ngah kate mak cik tu nk p Kaherah??? bile tu??