Saturday, February 27, 2010

:: Budak Perempuan Tiga Tahun Mati Dipercayai Didera Teman Lelaki Ibu ::

Sedih bila baca paper hari ni. Aku tak tau la aper nk jadi ngan dunia sekarang.. Mana pergi rasa perikemanuasiaan??? Nie belum campur dengan kes pembuang bayi yg aku rasa dlm bulan nie aja ader 4-5 kes. Dah balik ke zaman jahiliah ke aper???

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali malam tadi.

Al-fatihah.. Moga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman..

Mangsa, Syafia Humairah Sahari, sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baharu dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lelaki yang berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam.“Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.“Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya dipetik Bernama.

Norel Azmi berkata hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.Beliau berkata polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka. *nie lagi aku tak paham, org Islam, bersekedudukan lagi and tadi dalam berita ada ckp ibu mangsa tu sdg pregnant 4bulan hasil hubungan dgn boifren tak guna tu.. Seriously 2nd one??? Heloooo mana pergi akal & maruah mu sebagai seorang Islam dan seorg yg berstatus ibu??

Ibu mangsa, yang merupakan ibu tunggal dan berusia 25 tahun itu juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya, kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru selepas dilaporkan pengsan akibat terkejut dengan berita kematian anaknya.

Sementara itu bapa kepada suspek tersebut ketika ditemui di rumah flat kos rendah di Batu 30 enggan mengulas lanjut.Katanya, dia akan memberi keterangannya kepada pihak polis apabila diperlukan.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek telah keluar untuk bermain bola di padang bola berdekatan dengan membawa mangsa bersama.Ketika suspek sedang bermain bola, kanak-kanak itu tiba-tiba menangis sebelum suspek datang ke arahnya dan menyerang kanak-kanak itu.

Saksi yang turut berada di padang tersebut ketika itu berkata orang ramai kemudiannya meleraikan sebelum mengangkat kanak-kanak tersebut yang sudah lembik ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Md Rashid berkata polis akan mengambil keterangan ibu mangsa yang kini sudah sedar.

6 comments:

Nurshahfamily said...

mmg sedih... sungguh tak berperikemanusiaan langsung.... tak terkedu baca kat metro tadi.... sakit hati pun ye ... sebak sgt... ape la yg ada dkm pikiran mak dia agaknye... sanggup tengok anak kene pukul cam tu...
kalu kene hukuman gantung sampai mati pun tak pe...

alfatihah tuk arwah...

Em's Family said...

Agree, aku siap bace kali kali, kot kot laa tersalah bace.. takut aku, macam tak takut kiamat..

Nur Nazatul Ashra said...

aku pun sama..
terbaru dlm buletin 1.30 td,mak nye mintak bantuan JKM..kalu untuk anak2 jer,ok la kan..tp,aku tahap bengang kat ibu mangsa tu..siap merayu diberi perlindungan.'menanges konon'..

siap ckp,mamat tu sbnrnya nk membantu,tp,suami dlm penjara tk nk lepaskan die.

helloo...
kalu niat tu baik,banyak jalannya.kalu mangsa da penah kena dera,ibu mangsa ada anak luar nikah lg..pe kes plak kan..tak ke yg budus pompuan tu sndiri.
so,aku sgt la berharap,ibu mangsa gak diberi hukuman setimpal kerana bersekududukan.

sori ek..sgt la emo.tatau nk kongsi dgn saper.hehe..

Iryani Noor said...

K.Nur :
betul la kak.. xpaham betul dengan dunia skrg nih.. bayi kena bunuh, bapak rogol anak, anak rogol mak, kes bunuh makin bnyk.. cam nyawa tu xder harga..

Miera:
Betul babe.. mcam org jahiliah zaman dulu2 kn.. sedih aku.. org lain yg dh kawen nie usaha nak dpt anak, yg depa nih dh ada anak (dgn xnikah nyer) leh main sepak terajang je budak tu.. kesian sungguh kt bdk tu..

Iryani Noor said...

Ashra:
betul2.. aku harap mak die pon kena hukuman yg setimpal gak.. aku tak paham la, camner org yg masih berstatus bini org, bleh berboifren kan org lain siap dpt anak luar nikah lagi.. tak fikir halal haram ke?? tak takut azab neraka ke?? i means kalu sorg anak luar nikah xper lg p nie dh masuk no 2?? dah tu status bdk yg meninggal tu pon unsure, whether anak suami die or boifren die.. MasyaAllah.. xpaham aku..

nozieyusof said...

stupido mama..mmg tak masuk akal lah pompuan nie. dia lah yg paling tak berakal dari mule lagik. pttnye dia protect anak-anak dia.

pehal ntah pompuan nie

geram aku!!