Thursday, January 21, 2010

:: MGTT 8.7 mmol/L.... tidakkkkk)

Last Tuesday, went for MGTT (Meal Glucose Tolerance Test). Malam sebelom test tu kena start puasa dr 10 pm sampai 8am. Esok pagi-pagi p klinik, amik darah then minum air gula. Manis giler hokehh.. Tapi alhamdulillah, tak der plak nk termuntah balik mcm org lain. Aku tgk derang smpi berkerut2 muka tahan muntah. Kesian plak. pastu kena puasa lagi sampai la die amik darah dlm kul 10.30am. Huiiii lapa lapa.

Bacaan normal untuk darah:
During fasting = 3.8-5.5 mmol/L (aku nyer reading 4.3 mmol/L)
After meal = < 7.8 mmol/L (aku nyer reading 8.7 mmol/L.... huaaaa)

So memandangkan bacaan nyer tinggi, Isnin next week aku kena dtg lagi skali utk wat BSP plak. Kali nie kena amik 4 kali reading (jam 8.00 pagi, 12 t.hari, 5ptg & 9.30 mlm...). Adehh, terpaksa berkampung kt klinik la gamak nyer.

Dah 2 hari aku berkempen diet dgn lebih ketat (sedihhh gile wooo). Pagi mkn biskut jer, tgh hari yee mee kunfu, mlm nasi satu senduk + lauk2. Sampai menggigil2 tahan lapar, tapi pikir2 sebelom aku kena kencing manis, baik control. Tak mau la kena inject insulin. Lagi pon org ckp, bile ada kencing manis, nnt baby besar.. Owwhh nooo.. Then aku google-d pasal pemakanan sihat, ada yg suggest makan madu.

Manfaat Madu Lebah


1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

3. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli. d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

4. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.

5. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


Pasnih, nak p beli madu Khaula kat Giant. Mudah2 boleh reduce kan kadungan gula dlm darah =p. Btw betul ke kandungan gula dlm pisang tinggi?? Kire buah nie harus di elakkan ekk??

9 comments:

NurShahFamily said...

ye la yani ...mmg kene kawal sebelum jadi... bahaya tau peknen ade kencing manis or darah tinggi... akak harap yani sihat ye... jgn susah2 hati cian bb... risau tengok mummy dia...

aishah zaharin said...

ooowhhh no..

akak kena buat MGTT next month. takutsssss

Iryani Noor said...

K.Nur : tu la kak.. risau jer nihh... tgh jaga mkn la ni.. control..control

K.Aishah : negeheheh.. slamat minum air gula =p.. org ckp kalau dpt parisa grape sedap.. heheh.. hopefully akak nyer result below 7.8mmol/L...

alyyani said...

jaga makan ye. kalau kencing manis ni, biasa kena induce awal.

masa time alya dulu nia kua besar, doktor tanya ade kencing manis ke. so far mmg takde.

sian la kena tahan makan. sure gigil2 tu. demi kesihatan dan baby, be stron ye. hope everything will be fine :)

blogresipi.com said...

Hopefully semua ok... hopefully yani dan baby sihat2 ye :)

~n0rliza 0thman~ said...

yani,
2nd bb ni aku kene diabetes. doc soh makan biskut cream crackers (no sugar), ko suke milo kan?milo pun no sugar/susu.. nasi kurangkan..coke/100plus etc. harammm..ermm memang diet betul lah..

pisang?aku pernah dgr gak kdgn gula tinggi. durian also.rasanye buah2 sumer doc tak kasi amek lah..

btw, Aliff Rayyan lahir mmg besar 3.9kg at 36wks only..& normal(ketuban pecah bukan induce),kalau tunggu another week, confirm czer

Iryani Noor said...

Alyyani : owhh mmg tgh giler2 berdietss nihh.. tgk je la org lain makan sedap.. sedihh btul... ngehehehhe.. tp pikir2 nnt kite yg sakit terpaksa tahan je la... salah sndri.. awal2 xnk control mkn.. haisyhhh....

K.Ijan.. Amin.. tq k.ijan =p

Iryani Noor said...

Liza : owhh ko kena diabetes ekk dulu.. ptt la bby ko beso. 3.9kg.. mak aii takut aku =p.. dah tu ko kena amik insulin ke?? or Dr soh diet jer?? aku skrg nih mmg tgh control gile2 nih.. nak minum air limau suam pon xletak gula.. hissyhhh.. mcm time tgh diets nk kawen dulu jer.. ahahha.... neway thanxx for the info.. harus tnggalkn milo + susu/gula plak pas nihh =p...

~n0rliza 0thman~ said...

yani:
aku kene diets plus insulin.. hoho yg tak tahan nak suntik diri sendiri tu lah..adoyaii..
tapi 2 hari je sebab mase tu aku checkup,kene tahan kat wad sebab kununnya jalan dah bukak. pas 2 hari beranak. pas beranak die check bacaan 5.5 kot..tak stabilla tapi alhamdulillah selamat..

aku rase naik tu pasal bulan pose aku dok pulun nasi banyak2, minum 100plus, tambah pulak mase raye tibai minum air coke.bacaan aku awal2 13++. memang tahap terorist =D