Wednesday, October 28, 2009

:: Cerita Hari Isnin & Selasa ::

Knapa still xboleh titun lagi nihhh???? Adoii.. Esok nk keje... Lelap la wahai mata...

Hari Isnin lepas lepas lunch, badan rasa panas. Pening-pening. Mata pon start panas. Ruper nyer tanda2 nak demam. Pastu kat area pinggul sebelah kiri terasa sakit sangat.. Sampai kena heret kaki. Cam nak nangis pon ader. K.Uyun cakap maybe urat terselit kat mana2 kot. Kena p urut kate die. Adoi mana la plak nak cari tukang urut kat KL nih.

So balik umah cakap ngan mama, sakit pinggul, & sakit tu tarik sampai buku lali. Nak naik tangga punyer la azab. So mama pon soh baring sambil tuam2 kan kaki. Sayu plak rasa sbb slalu nyer bile mama sengal2 badan, haku la yang selalu urut kan mama. Tapi kali nih terbalik plak. Kasih ibu kan, so hargailah ibu anda selagi mereka masih hidup. Mama tuam pakai tungku tu. Macam dah bersalin plak.. Ngehehe, boleh macam tu?? Then pas maghrib p klinik plak. Memang demam, so dapat MC utk hari Selasa.. Hooreyyy =p..

Pagi Selasa, demam kebah sket tapi kaki kiri makin sakit. Uisyh tak boleh jadi nih. Kena p urut gak. So nasib baik mama ada no tipon mak cik tukang urut, tp jauh nyer la nak p. Kat area Klang Lama. Nak tak nak kena p la gak. Sampai umah mak cik tu around kul 11.30am.

Bile orang tak biasa berurut kena urut, memang la rasa suffer. Tapi diam kan je la kan. Kang mak cik tu tak nak urut satu hal plak. Abis satu badan die godek2 nyer. Ingat die nak urut dari pinggang ke bawah, ruper nyer die kate urat kaki nih bersambung dari lengan atas sampai ke bawah. Tu yang tak boleh urut sikit2 tu. Pastu bile cakap ngan die, haku nih sejak pregnant asyik mengah jer, so die pon cari la urat mengah tu. Urat tu sembunyi kat bawah tali bra, betul2 bawah breast. Pergh punyer la sakit. Tapi still maintain diam sampai mak cik tu cakap " Bagus budak nih. Diam je", pader hal dalam hati dh meraung2 sakit. Suffer dowh.. Serious.

Kat area pinggul plak abes die picit2 nyer nak kasi urat tersimpul nih timbul. So biler di soal selidik oleh mak cik tu (mcm mata2 gelap plak), ruper nyer baru tau, urat tu tersimpul sbb hari Ahad bnyk sgt berjalan. Biaser la biler Abi ader mmg slalu nyer tak lekat rumah. Lagi pon p celebrate anniversary kn. Lama dh kitorg tak jln2 skali sbb waktu pregnant 2-3 bln mmg malas sgt nk berjalan. Cepat letih, mabuk, pening, mengah, malas nk bersiap n the list goes on. Memamg slalu nyer lepak kat umah je. Baju raya pon adek yang belikan. Punyer la malas. So kesimpulan nyer kena la rajin2 gerak2 kan badan.. Hua hua hua.. So wat masa nih die soh tuam2 sket kat tempat sakit tu.

So sekarang nih badan sangat la sengal2 especially kat area pinggul ngan urat mengah tu. Nak baring pon rasa sakit sangat. Demam pon lom brapa kebah sangat nih. Esok macam nak EL jer. Tapi tak boleh, keje berlambak, pastu dah banyak sangat amik MC (time kena campak ari tu je dah amik 6 hari. Lagi pon utk staff gov dibenarkan amik MC kt klinik swasta for only 15 days kn??). Kang marah plak bos. Ingat esok kalu tak larat sangat curi2 tido kejap kat surau. Hopefuly by tomorow morning demam nie kebah sket. Sengal2 badan nie comfirm 1-2 hari gak nak okeh.

Aightt time to sleep. Mata pon ala2 dah kuyu jer nih. Chaloo bettey..

Friday, October 23, 2009

:: Silent Mode ::

Salam semua..

Yes I know, sudah lama dh tak meng"up-date" blog... Soli..soli.. It has been almost 2 months since the last time I jot sumthing inside (tolak entry ucapan raya)... Mood swing sbenar nyer.. just wanna share good news with you all:
  1. Alhamdulillah, I'm now 15 weeks pregnant =p.. Sgt mabuk hokeyy.. dats why ler lama tak berblogging.. xder mood langsung.
  2. Baru terima surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan =p.. Alhamdulillah, walaupon baru 1thn 4 bln msk gov, dh dpt kelulusan pengesahan.. Alhamdulillah, rezeki =p..
  3. Baru saja menyambut anniversary yang pertama (19 Oct) n still counting =p...
  4. Masih lagi menerima jemputan open house walaupon raya dh abes =p.... Mak buyung nihh mmg suker makan2 free nihh.. Lagi2 plak kalu makan buffet =p. Ngehehe... ujung minggu nih nk serang umah Ashra plak =p... (nie kire gud news gak ker?? Ahakss =p)
Itu sajork buat masa ini... Gambar raya akan di update biler2 ada mood nnt =p... Btw buat rakan2 ku yang selamat melahirkan baby2 yang sangat gebusss & cute congratssss ya... n please pray for me too.. Moga segalanya dipermudahkan.

:: ADAB MENDENGAR AZAN ::

Sharing is caring =p

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!