Thursday, December 31, 2009

:: Goodbye 2009 ::

Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum 2009 melabuh kan tirainya. So let’s recaps apa yg aku achieved sepanjang tahun ni =p.... (sebagai panduan utk aku terus maju lagi ditahun hadapan)

Perkahwinan =p
Alhamdulillah, 19 October 2009 genap setahun anniversary kitorg. Moga ikatan perkahwinan ini semakin kukuh dengan kehadiran cahaya mata pada tahun depan. Insya-Allah =p. Moga segalanya selamat. Amin

Owh, moga tahun 2010 ini akan memberi sinar bahagia buat kami sekeluarga kerana dengan ini secara official nyer Abi akan memulakan tugas nyer di Kuala Lumpur pada 4 Januari 2010. Alhamdulilah, doa ku agar Abi sentiasa dekat denganku telah Allah makbulkan dan mungkin juga ini adalah rezeki anak yang ku kandungkan =p.

Dairy sepanjang 2009:
Pregnancy
Tuhan saja yang tahu perasaan ini bila rakan2 ku sorang demi seorang pregnant. Yes, I’m happy for them tapi deep down inside tipu la kalau aku tak terasa kn. Trust me, macam2 kaedah aku lakukan untuk pregnant. At first aku tak brapa kisah sgt tapi bila mama dah start bising, so aku kena la do something kn.

Yes aku akui, aku nyer period cycle mmg tak menentu. Kadang2 sebulan setengah, kadang2 dua bulan sekali. Sakit senggugut mmg tak yah cakap la. Tanya je kat member rumah time UTM dulu betapa teruknyer aku kalu time period. Berguling2 atas katil. So mmg sukar utk aku dpt kn date bila aku benar2 subur. Abi pulak tinggal jauh kt JB.

Antara kaedah yang aku try
i. Makan madu khaula
ii. Aku ada try product Biodex
iii. Berurut (a few places)
iv. Jumpa Dr untuk buat ujian kesuburan

Nnt la aku wat entry khans pasal nih..

2. Cuti-cuti Malaysia
Memandangkan aku n Abi dok separate, so sekali sekala berjumpa seronok gak kalu dapat p holiday bersama. Bukan nyer aper, nak release tension and memandangkan masih ber2, lebih baik kitorg berjln puas2 dulu =p. ada org ckp bila dah ber3 susah sikit lagi2 kalu anak masih kecil. So antara tempat yang kiotrg pegi:
i. Langkawi
ii. Pulau Perhentian
iii. Cameron Highland

Pekerjaan

1. Kursus Induksi Khusus *check
2. Kursus Induksi Umum *check
3. Tapisan Keselamatan *check
4. BTN *check
5. Sah Lantikan *check

Alhamdulillah, aku kini telah disahkan jawatan sebagai penjawat awam. Moga selepas ini aku akan lebih bersungguh2 dalam memantapkan karier ku sbg seorg jurutera (owhh kene amik exam PTK plak pas nih... adehh). Prinsip aku, yang abahku minta aku bawa walau kemana aku pergi:-

“Ingat Along, tiap kali kau buat apa2 kerja pon, niat kerana Allah dan niat untuk beri keselesaan kepada orang awam”

Insya-Allah abah, long akan ingat kata2 abah nan satu ini.

Kesihatan
Alhamdulillah, tahap kesihatan masih memuaskan =p. Kecuali time 1st trimester mabok tahap gabanzz punyer.. Eheheehhe..

Kekeluargaan
Semakin erat =p. Alhamdulillah.

Persahabatan
Semakin ramai rakan2 ku kenali tidak kira di alam nyata atau maya =p. I treasure every single moment of it.


2 comments:

nurhareza said...

im happy for u.. jeles nyerr bila tau yani dpt dok together ngn hubby.. kite ni bila la pulak..

Iryani Noor said...

Reza: thanx reza.. insy-Allah ur time will come.. kitorg nie pon dh sthn baru dpt dok skali... doa bnyk2 k =p..