Wednesday, July 29, 2009

:: Kita Susahkan Orang, Orang Susahkan Kita Balik ::


*Just to share this info with you all


Apa yang Anda buat akan dibalas dengan tindakan setimpal. Kita senangkan orang, orang senangkan kita balik. Kita susahkan orang, orang susahkan kita balik.

Bahkan, susah kita akan jadi dua kali ganda lebih susah dari susah yang sebelumnya.


Anda, saya dan kita semua hidup dalam komuniti bermasyarakat.

Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri,

hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.


Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu.

Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.

Selagi Anda kekalkan sikap begitu, selagi itulah hidup Anda lancar saja, kurang dari segala macam permasalahan. Anggap perbuatan itu sebagai 'tanam saham'.

Satu masa nanti, Anda akan dapat pulangannya.


Doa orang yang kita selalu senangkan hatinya amat mujarab. Getaran tenaga positif yang datang dari mindanya akan membuat hidup Anda penuh dengan keceriaan yang seterusnya menyumbang pada kecemerlangan berpanjangan.


Sebaliknya, jika Anda susahkan orang, doa orang yang Anda susahkan tu dua kali ganda amat mujarab, kerana dia teraniaya oleh perbuatan Anda.

Allah swt cepat memakbulkan doa orang yang teraniaya. Getaran emosi negatif dari mindanya akan mempengaruhi hidup Anda lalu menjadikan hidup Anda haru biru, tak keruan jadinya.


Mulai hari ini, untuk Anda kekal cemerlang, kekal bersemangat jangan pernah lupakan orang disekeliling Anda. Gembirakan hati mereka, senangkan hati mereka seadanya, jangan sampai mereka pula sakit hati dengan Anda kerana kesannya amat bahaya! Ia menurunkan tahap motivasi Anda dengan cepat.


*Insya-Allah... Marilah kita sama2 menyenangkan hati org lain... Jangan jadi macam ada seorang makhluk nie.. I really hate him/her.. Please get out of my sight... Takde keje lain ker?? Asyik menyusah kan orang jer.. Keje pon suker tai chi kat orang lain.. Seriously kekangkadang aku pelik kenapa ko boleh naik pangkat dengan cepat?? Owhh ruper nyer ko baik dengan orang atasan... Tapi keje tak seberapa pon.. Maaf entry ini agak emo.. tapi kengkadang kita kena meluahkan apa yang tersirat di hati.

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes


9 comments:

nurshah80 said...

meluahkan apa yg kita rasa pun satu perkara yg baik tuk diri kita sendiri.... apa yg penting kerjasama (emosi&fizikal) bak pepatah wonderpat..heheh

Anggerek said...

definitely right.. :)

Iryani Noor said...

Kak Nur : btul2.. kalu tak luah org tak tau kite marah kn =p..

Anggerek : kn.. so kite kena la buat baik dgn semua org... pahala pon dpt =p

nurshah80 said...

hehehehe cam tu adik akak =p.....

Ibu Emir said...

babe kat mane2 pun politik mesti ade, but i believe kalau company banyak melayu sorry to say, it might be even worst kan... but anyway, there is no harm to express your feeling :) cheers!!

babe ko ade tak nak pergi cameron weekend ni, emran ade extra bilik kosong

Iryani Noor said...

Miera : btul la babe... aku benci la org mcm tu.. but glad to say dat org yg dimaksud kn bukan org melayu.. hahaha... ko bayang kn la die bleh dtg kt meja ko, check surat2 yg ko buat then komen2 nie salah tu salah... die bukan bos aku pon tp sibuk die mengalah nk superior aku... pastu check aku nyer claim.. ala takat RM 100++ tu aper la sgt, die bleh lak claim sampai Rm1500++.. xder org bising pon.. mcm haramjadd** btul...

wahh ko nk p cameron ekk.. best nyer.. aku xleh join la.. weekend nie sepupu kawen.. neway enjoy ur holiday k.. amik gambar bnyk =p..

Farid said...

glad to see my wife xpress her feeling to public.. susah nak tgk dia dia luahkan isi hati dia, terutama kat public.. neway good start dear..



p/s : luahan perasaan itu pengubat hati...

Naz said...

ani, rasanya, da figure out knp tak boleh send komen. hahaha. my own mistake.

Naz said...

ops..missed the y,.yani...bukan ani.:P