Friday, July 31, 2009

:: Badanku Merenyam Habis ::


Semalam pegi clinic lagi sekali and I was diagnose with measle... Yes.. Demam Campak... Bukan Chickenpox ye kawan-kawan.. Owhh tidak...Abes la kulitss ku yg putih gebu ini (mati la mak perasan). A few of my friend suruh minum air kelapa tapi ada yang cakap kena tunggu semua campak nie keluar habis baru leh minum. So mana satu yang betul ekk?? Any advice??


So here are some info about Measle & Chickenpox.

DEMAM CAMPAK (Measle)

Apa itu demam campak?


Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

* Demam tinggi
* Batuk, selsema dan sakit tekak
* Mata berair dan sensitif kepada cahaya
* Sakit otot

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.

Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

* Jangkitan pada telinga
* Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
* Jangkitan pada otak (encephalitis)
* Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.

Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

* Panadol untuk mengurangkan demam
* Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
* Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.

Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi.

Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.


CACAR AIR (Chikenpox)

Apa itu jangkitan cacar air?


Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:

* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.

* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.


Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala :

* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)

* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

* Jangkitan kuman pada kulit

* Jangkitan pada darah

* Radang paru-paru

* Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.

* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

* Minum banyak air masak.

* Ambil makanan yang seimbang.

* Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

* Sapu losen kalamine di tempat ruam.

* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran 'baking soda' dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.

* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

* Berumur 12 tahun ke atas.

* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.

* Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

* Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

* Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.

* Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.

* Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Tip orang lama

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbukdengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampur sedikit air jika terlalu kering.

:: Pokok Semambu ::

2nd Tips

Kalau sudah kena demam campak, perbanyakkan:
  1. Makan hati untuk Vitamin A
  2. Sayur-sayuran hijau dan lobak untuk Karoten B
  3. Jus buah-buahan sitrus
  4. Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk Vitamin C
  5. Buah-buahan kering, kekacang dan bebenih untuk tenaga
  6. Minum banyak air


Ini adalah cara untuk mempercepatkan proses penyembuhan. INFO direct from here.

5 comments:

nurshah80 said...

laaaa adik akak yg cun ni sakit rupenyer??? ciannyer ... jgn skip mkn ubat yer... yg akak tahu minum air kelapa tu sekarang la cz bo bantu keluarkan semuanya ... tu akak la yg lain tak pasti pulak... jgn bimbang adik akak tetap cun hehehe

Nur Nazatul Ashra said...

weyh..laa.demam campak ke?tu la,kecik2 tak nk kena.ekeke.

Iryani Noor said...

Kak Nur : Alhamdulillah dh makin ok sikit... aritu demam quite high gak.. sib baik tak kena masuk ubat ikut montot.. (erkkk ader ke ubat tu utk org besar.. ahaksss)

Ashra : ala ash... lagi bagus.. tak nyusah kn sapa2 nk jaga aku...

nurhareza said...

yani.. semoga cepat sihat.. tp, dpt cuti kan.. lepak je ler ek..

blogresipi said...

Kena campa besaq nie mase umur 25 (kalo tak salah)... baru jer plan nak g first dating tup2 muncul campak bertuah nie.. last2 dating jgk dgn parut2 segala tuh kat muka... tension!!! hehehe