Wednesday, April 1, 2009

:: Kebaikan Blog…. Apa yg perlu anda tahu ::


Just for sharing… This is my topic for public speaking during kursus kt Lanchang ari tu.... 10marks for public speaking.. harap2 dpt 10 la ok la… hehehhe….

Apakah yg dimaksudkan dgn blog?? Blog merupakan sejenis online diary atau online journal yang dipaparkan secara chronological. Maksud chronological di sini ialah post yg lama akan berada di bwh post yg baru n begitulah aturan seterusnya.

Sebelum memulakan sesebuah blog, seseorg penulis blog atau blogger memerlukan perkhidmatan penghosan blog atau blog service provider contohnya Xangga, Wordpress.com dan Blogspot.

Antara ciri2 yg terdapat dlm sesebuah blog ialah text penulisan, gambar, music, video dan link2 utk ke website blogger yg lain.

Anatara kebaikan blog:

Pertama, sebagai online dairy dimana seseorg penulis blog boleh berkongsi kisah kehidupan nya seharian dan pengalaman pahit manisnya dgn reader. Ia adalah amat practical bagi seseorg yg tinggal di luar Negara atau berjauhan dgn family. Sebagai tambahan, blog mempunyai satu cirri istimewa iaitu ia mempunyai ruangan komen di mana penulis dpt berinteraksi scr terus dgn pembaca. Sebagai contoh, saya mempunyai seorg rakan yg hampir 3 thn menetap di UK & kami sering berhubung dan bertukar2 cerita melalui runagan komen tersebut.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai therapy emosi. Contoh nya apabila seseorg blogger itu berada dlm keadaan stress/marah/hangin, melalui penulisanya scr tidak langsung dpt meredakan stress tersebut lebih2 lagi apabila menerima komen2 dan kata2 semangat drpd pembaca.

Blog juga boleh dijadikan sbg portfolio. Contohnya, seorg photographer atau pembuat cupcakes akan memasukkan hasil krativiti mereka di dlm blog dan apabila terdapat pembaca yg berminat utk menggunakan service mereka, pembaca boleh la mendapat kn segala butiran mengenai cara utk membuat tempahan atau no tel photographer atau pembuat cupcakes, seperti yg tertera di blog tersebut.

Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai tempat berkongsi ilmu. Sebagai contoh, saya sering melawati blog seorg rakan yg sering menulis mengenai resipi2 baru serta cara-cara utk memasaknya. Terdapat juga blog yg dikendalikan oleh seorg doktor ttg kesihatan kanak2 dan jgn terkejut jika saya katakn di sini bhw terdapat blog mengenai penjagaan kucing, burung, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan nyer, bnyk kebaikan boleh didapati dr sesebuah blog. Baik buruknya sesebuah blog tersebut adalah dtg dr hasil penulisan penulis blog itu sndiri. Terpulang la kpd kita sebagai pembaca utk menilainya. Sekian terima kasih.

Fuhhhh..... legaa =p.....

No comments: